Demi Masa

Demi Masa

Demi masa, yang cukup tajam, menikam kita dari belakang, memaksa kita terus kedepan. Tanpa henti terus berdetik, sedetik yang berlalu takkan mampu kita berpatah semula. 

Demi Masa

Setiap detik itu juga bermakna semakin jauh kita meninggalkan yang semalam. Ianya hanya akan tinggal dalam memori kita. Itu adalah kenangan. Masa lalu yang masih menghantui kita. Ianya sebuah bayang hitam dalam minda kita.

Tebarkan berjuta-juta wang ringgit sekalipun, harga sebuah masa tak mampu kita bayar, untuk pulang semula ke masa lalu, untuk membetulkan setiap kesilapan lalu, untuk kita kembali bersama seperti masa lalu.

Perubahan dibawa arus masa, adakah kita hanyut bersamanya? Jangan kita terus hanyut, masa yang berdetik semakin menghampiri ke penamatnya dalam lingkaran waktu. Bilakah ia akan berakhir, itu rahsia.

Jika kita berlari tidak sepantas waktu, kita akan terus ketinggalan. Masa yang tak reti nak menunggu kita. Masa itu ego, dia hanya mahu kita mengejarnya. Penat? Jangan rasa penat, masa akan terus berlalu.

Jikalau kita tahu menari mengikut rentak masa. Kita akan seiring sentiasa, kita takkan menjadi orang-orang yang rugi. Masa yang ada diisi dengan segala kebaikan.

Adakalanya kita mengeluh kerana terpaksa menunggu masa, untuk berlalu, untuk menghampiri kita. Tetapi tidak pula kita merasa rugi, kita tidak berbuat apa-apa, sambil menunggu masa yang dinanti. 

Masa dibuang, dicampak begitu sahaja. Itu satu kerugian buat kita, cuba kita kira sudah berapa bakul masa yang kita campak. Sedangkan waktu untuk esok, belum tentu kita akan ada masa yang cukup. Kita tak dijanjikan untuk terus melihat masa dihari esok.....

Share this:

Disqus Comments