blogger lelaki logo

Cara Menukar Gambar Anak Anjing Di Smartphone Samsung

43 Komen
Satu Malaysia sudah kecoh, apabila dibongkarkan gambar anak anjing dalam smartphone Samsung. Ramai yang menpersoalkan kenapa diletakkan gambar anak anjing, bukannya gambar anak kucing atau gambar tokey Samsung. 

Aku ada terbaca satu info menarik apabila sebenarnya ada cara untuk menukar gambar imej anak anjing itu di telefon Samsung kita. Tapi tuan yang buat artikel itu tak berikan jaminan jika berlaku kerosakan jika kita membuatnya.

Cara Menukar Gambar Anak Anjing Di Smartphone Samsung
Kredit Gambar: Mobilityworlds.com

Kepada mereka yang rasa terganggu dek kewujudan gambar anak anjing di dalam telefon mereka, rasa bersalah dan nak baling je telefon tu, bawa bertenang dulu. Cuba korang buat apa yang disarankan oleh Mobility Worlds ini.

Teknik beliau gunakan adalah dengan menukar file Lcdtest.apk di dalam root smartphone Samsung. File Lcdtest.apk ini telah diubahsuai, dengan memasukkan gambar kucing yang comel atau android logo, ikut pilihan masing-masing.

Tapi aku rasa kalau korang lebih kreatif dan ada kepandaian nak tukar gambar dalam file tu, boleh je nak tukar letak gambar apa-apa pun.

Kepada yang nak baca tutorial yang penuh sila klik link ini Cara Menukar Imej Anak Anjing Di Smartphone Samsung.

Ada tak yang mahu beli smartphone murah, tapi spec dia agak tinggi, siap dengan video HD, meh jap baca pasal Neffos C5 Live Fun.

43 Komen untuk "Cara Menukar Gambar Anak Anjing Di Smartphone Samsung"

avatar

aiza takde telefon samsung.. perkongsian yang baik..

avatar

mama pun takde samsung.... :)

avatar

Bagus perkongsian ni.. ada gmbr anjing tu mmg rasa x sedap je kan walaupun hanya sekadar gambar.. Salam hujung minggu :)

avatar

bagus...kalau ada cara, bagus juga ditukar...thanks bro

avatar

mohon share yer...info berguna

avatar

terima kasih atas perkongsian..
nak tukar gambar bunga la pula. boleh ke?

avatar

muja pun ada jumpa,,, tapi dah dorang yang cipta,, takut lak nak buat,,, rosak ke hape,,,

avatar

Ramai2 pakat buat komplain kat Samsung le...mungkin samsung akan mendengarnya.
Tak guna samsung...jadi boleh le cakap, hehe

avatar

nasib baik aku guna blackberry.....

avatar

dah tukar kepada gambar saya sendiri beberapa minggu yang lepas.... tutorial ni banyak kat blog teknologi omputih :)

avatar

Ok pe ada gambar anjing tu..cute..hahaha, tak dapat pegang tgk pun jadilah..haha

avatar

owh ada cara nak tukar rupanya

avatar

kalau tak silap, kalau ada gambar anak anjing tuh, thats meant yg handphone samsung tu original set kan? alah pd saya tak der masalah pun dgn gambar anak anjing tu... bukan kena samak pun. cuma gambar saja. anjing pun makhluk ciptaan Allah juga... kira ok la gak dr dia letak gambar 'ba alif ba ya'... huhu~
apa pun, kalau ada yg nak tukar gambar juga, terpulanglah... cuma kalau nak jadikan isu, mcm... tah ler... huhu~

avatar

Assalam
Cuma ada Champ jer :)
Okay. Perkongsian maklumat yang bagus.

avatar

Nice bro.. mungkin pengguna kalau tak selesa dengan gambar default [anjing tue] boleh tukar gambar lainlah lepas..

avatar

Yang gambar anjing yg original set? Tapi hairan pulak kenapa gambar anjing dan apa kaitan anjing tu dengan Samsung? Anjing tokey samsung ke tu?

avatar

anjing adalah haiwan yang setia dengan tuannya..mungkin dengan memiliki handphone Samsung kita juga setia bersama mereka..

cuma bukan tali barut anjing

avatar

Oi patutlah mat saleh letak gmbar anjing. Baru faham..

avatar

katakan tidak kepada anjing

avatar

tapi anjing juga ciptaan Allah

avatar

Kesian anjing yang tidak bersalah :P

avatar

kalau tukar karang tak pasal-pasal rosak pula telefon tu. Tak apa lah kekal je guna gambar anjing tu. Comel juga :)

avatar

aku tak perasan pulak yang ini

avatar

ooooo mungkin sebahgian samsung aje jot..acik pakai samsung x de pon

avatar

biarlah gambar asal tu.. takut problem pulak henpon nanti..

avatar

sebahagian samsung saja..yang lain gambar biasa je..hehe

avatar

Pasaran utama Samsung bukanlah Malaysia. Sebab tue ade gambar anjing. Kenapa anjing? Anjing is the man best friend.

avatar

ya
tukar je
bagus lagi letak gambar emak

avatar

nsb baik bkan pgguna smsung hu3..bnda2 cmni pn ada..harap pihak smsung ambil serius msalah ni..anjing dah la xcomel..

avatar

Huduh betul gambar anjing tu. Aku bukan pengguna samsung. tak perasan pulak benda ni. Haha. Tak salah kot. Cuma jangan la display pic anjing tu.

avatar

Wahhh boleh tukar pulak..hehe..letak aje yang original muka bini..yang local muka awek..haha..ok tak bro?

avatar

ohhh boleh tuko rupenye :O

avatar

pada aku jgn tukar gmbr anjing.. tkot nt time nk jual hpn tu, org lain cek xkua gmbr anjing, org igtkn hpn x original.. habis nt,, so, better kekalkn gmbr yg ori ni...

avatar

takut ak nk root, kang rosak kan

avatar

Yup. Betul tu. Bukan semua model.

avatar

Boleh je tukar takde masalah. Sebab diorang akan check IMEI & serial number utk tahu original @ tak. Lcdtest tu hanya utk check kalau smartphone ada problem hardware & etc.

avatar

Ala..bukan terpangpang pun gambar tu... kecuali jika ko org pi cari dlm system. .

avatar

Tak reti la nak buat, apa-apa pun nice sharing :)

avatar

Nasib baik tak letak gambar babi

avatar

Info terbaik, terima kasih BL..:)

avatar

Kalau tukar nilai hp akan susut.

avatar

Saya taknak tukar nanti tak pasal2 rugi duit beribu-ribu beli telefon baru. Saya baru je beli 2 minggu handphone samsung saya.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.