blogger lelaki logo

Cara Mengatasi Stress Cara Islam

44 Komen
Cara mengatasi stress ini ada banyak. Namum sebagai orang Islam kita seharusnya berpegang kepada asas ajaran kita. Agar kita tidak terpesong apabila jiwa kita sedang berkecamuk. Ada orang yang hilang kawalan apabila stress, mereka lupa kepada ajaran agama, dengan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Stress ini kita perlu atasi dengan bijak, jika anda tanda-tanda awal kita stress, jangan kita biarkan ia berlarutan. Kita perlu cari punca, mengapa kita jadi stress, dengan apa kita stress, dengan siapa kita stress.

Apa bila kita tahu puncanya, senang untuk kita merawat stress kita. kalau kita tak tahu dekat mana yang rosak, macam mana kita nak baiki betul tak? Jika kita tak mampu buat seorang diri, kita carilah orang lain atau kawan yang boleh dipercayai, unutk kita usaikan stress kita.

Kita kena tahu sejauh mana ita mampu untuk menerima bebanan atau tekanan. Jika sudah sampai tahapnya, jangan kita nebeng teruskan juga, biar ada batasnya kita mencabar diri kita. Biar cukup persediaan kita, dari segi mental dan fizikla kita untuk teruskan cabaran hidup.



Mengingati ALLAH S.W.T


“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati menjadi tentram.” (QS Ar-Ra’d 28)

Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir.

Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihakan hati kita dengan zikir, dan tenang fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merening alam ciptaan tahn dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan

Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menhilangkan rasa stress kita.

Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.



حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim

"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar

Ya Arhamar Rahimin

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Nota: Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.  Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.

Apa yang perlu kita ingat bahawa, apabila kita stress, jangan kita hilang punca, jangan kita cepat berputus asa dan menbiarkan jiwa kita berkecamuk dengan biarkan jiwa kita terus kosong tanpa ada pengisian rohani yang sepatutnya.

44 Komen untuk "Cara Mengatasi Stress Cara Islam"

avatar

selawat banyakkan belajar maaf dari orang sekeliling dan dekatkan diri pada pencipta

avatar

Jangan stress2...nanti cepat nampak tua dan mudah pula kena serangan stroke...hehe
Sentiasa bertenang dan positif. Ya...ikutlah saranan BL ini dan selalu2lah lepak di Relaks Minda...hahaha

avatar

selalu praktikkan bila dalam keadaan stress..

avatar

Assalam.
Bagusnya panduan-panduan yang di berikan ini. Kaedah mendapatkan kawan-kawan membantu kita jika di landa stress amatlah baik dan sangat di galakkan. Cara berjemaah biasanya mujarab dalam penyelesaian. Insyaallah.

avatar

jangan terlalu mengikut perasaan.. setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. berdoalah kepada Allah kerana doa itu senjata orang mukmin..

avatar

memang bagus entri ini. saya suka... segala yang berlaku kita perlu kembali kepada Allah

avatar

boleh diamalkan kalau stress.......

avatar

true indeed. sy pernah buat research ttg stress healing session menggunakan zikir..that time guna brain signals nak tgk ketenangan subject bila recite and dengar zikirullah. Oh mmg tak dinafikan bila berzikir dan dengar nama Allah ni. Brain signals mereka di tahap calm, :) Alhamdulillah. Patut amalkan.

avatar

Amalkan pagi-pagi selepas subuh zikir Mathurat susunan As Syahid Hassan al Banna.

avatar

cara terbaik ialah dengan mengingati Allah, kerana dengan cara itu hati akan menjadi tenang

avatar

ALLAH lah pengubat hati dan akal kita tika kita dilanda masalah. tp kena ingat dia sama ada susah mahu pown senang. :')

avatar

Terbaik! Sentiasa kembali kepada Allah saat kita senang dan susah.
Terima kasih bro berkongsi!

avatar

semuanya dalam al quran hanya kita perlu kajinya... terima kasih perkongsiaan ini :) tengah lagi stress nie dengan assigment

avatar

kalau teruk sangat, gua tidur je. haha

avatar

banyakkan berdoa..hati pasti akan rasa lebih tenang :)

avatar

sama-sama lah kita amalkan...

avatar

bila terlalu stress perkara macam ni la dneo buat... kadang2 bila stress deno melukis

avatar

Islam sendiri dah terangkan apa perlu buat untuk tenangkan diri. Tapi biasa la orang kurang iman ni. Mula la buat benda merapu.

avatar

Ya membaca Al-Quraan adalah satu ubat yang mujarab bagi mengatasi stress

avatar

insyaAllah sangat berkesan kalau diamalkan. jom kita amalkan

avatar

perkongsian yg sangat bagus

avatar

selawat boleh mendatangkan rahmat kepada kita.

avatar

bagus tips ini. boelh dijadikan rujukan..

avatar

salam...solat dan berzikir ubat yang baik

avatar

Walau apa pun dugaan yang kita hadapi, jangan putus asa untuk sentiasa berdoa...

avatar

bagus,tazkirah yang bermanfaat . . sentiasa mengingati Allah :)

avatar

Saya tertipu sebesar 33.500.000,-sya dab istri saya sangatlah stres berat.tolong bagi agan dan agan wati yang mempunyai amalan yang bagus beri tahu saya agar supaya hari hari saya tenang kembali dan uang saya bisa kembali kalau aa yang punya tolong sms saya ke no 085883173177 di tunggu banget..................semoga ALLAH Swt membalas para agan dan aganwati

avatar

Bermanfaat blog ini, alhamdulillah ada yg bagi ilmu nya buat kita

avatar

stres tu lumrah bagi orang yang selalu buat kerja lambat

avatar

Saya student medical ...belajar tentang stres dan rawatan so kena caru puncanya dan rawat ikut punca...tetapi yang paling berkesan dengan mendekatkan diri kepada Allah swt contoh solat tahajud berdoa membaca artikel keislaman dan muhasabah diri...insyaallah akan merasa diri berharga..

avatar

Kuntumkhairaummatinlinnas...kamu adalah sebaik-baik umat .....dilahirkan untuk manusia...menyuruh kebaikan dan menegah kemungkaran..setiap masalah ada cara menyelesaikannya..

avatar

thanks infonya gan... slm sukses

avatar

Terima kasih atas panduan menangani stress BL ni..

avatar

zikir antara ubat penenang paling mustajab ;) selain tu saya turut mengamalkan vitamin B yang mampu menstabilkan emosi juga berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira :)

avatar

Asalam ..hebat perkongsian alhamdulullah ..selesai baca..setuju sangat ya cara mengatasi..kena muhasabah diri

avatar

Aya just nak kongsi..

Aya dah amalkan spt di bawah ni dan sangat terasa kesannya..

- Tenangkan Jiwa
- Murahkan Rezeki

1. Istighfar - 100X
2. Selawat - 100X
3. Subhanallah - 100X
4. Alhamdulillah - 100X
5. La ila ha illa Allah - 100X
6. Allahuakbar - 100X
7. Ya Wahab - 300X

In sha Allah... akan rasa perubahannya

avatar

Ye tuan, inilah cara sebenar menghadapi stress. Islam sesempurna agama yang diciptakan Allah untuk seluruh umat manusia..

avatar

Betul tu.
Dengan memperbanyakkan mengingati Allah, hati kita pasti lebih tenang.
- Zaleha Awaluddin -

avatar

Terima kasih. Sgt2 membantu. Saya teraniaya dan x tahu nk ckp dgn siapa. Moga Allah kuatkn hati ini..

avatar

Terima kasih.. memang benar.. apa jua yang terjadi balik semula dengan Allah... inn sha Allah..
kalau stress sangat2.. amik wudhu.. solat sunat.. sangat berkesan..

avatar

Betullah jalan tetbaik ingati Allah Taala, Tuhan semesta Alam.

avatar

Buat teman teman dimalayasia ,bilamana ke bandung indonesia hub 08157160417 ,, saya anter keliling kota bandung yg sejuk ,, sehinga lenyap semua tekanan apapun itu

avatar

Ingat banyak2 kepada Allah jika sedang stress.
Tipsnya sangat bagus dan memang membantu mengatasi stress.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.