Buang Saja Tongkat Itu

Buang Saja Tongkat Itu

Tongkat hanya perlu untuk mereka tak betul-betul tak mampu berjalan. Takkanlah orang muda pun nak berjalan pakai tongkat, lainlah kalau dia OKU. Ini yang sihat cukup sifat pun, lelaki yang gagah perkasa pun nak berjalan pakai tongkat. Apa kes?

Lagipun memang selama ini kita berjalan guna tongkat, sebab itu apabila tongkat nak patah, kita mula rasa goyang. Kita takut kalau-kalau kita tak mampu berdiri lagi. Dah tak boleh berjalan, bila kita dah tiada tongkat. Lagipun kita cuma pakai tongkat yang kita pinjam. Bila-bila masa tuan dia boleh minta balik.

Buang Tongkat
Kayu berbentuk pelik dan tongkat ukiran orang asli Pahang. Jenis Kayu : Kayu penawar hitam, raja kayu, Kayu rajah, Kayu Remang/Kayu kijang , kayu cendana dan kayu siang malam. Kredit Gambar : Khazanah-alamz

Takut sangatkah orang kita berjalan tempang, kalau tak bertongkak. Atau mungkin kita akan rebah terus jikalau tiada tongkat. Lemah sangatkah kaki kita untuk berdiri tanpa tongkat, siap kita perlukan tongkat sakti, untuk bantu kita berdiri.

Aku tak ada lah nak salahkan tongkat 100%. Mungkin ada eloknya sesekali kita berjalan pakai tongkat apabila kita sakit. Tapi bukannya kita perlu berjalan pakai tongkat untuk selama-lamanya. Silap haribulan tongkat itu patah, dimana lagi kita bergantung.

Ada tongkat lurus dan ada juga tongkat yang bengkok. Aku tak boleh nak spesifik, siapa yang pakai tongkat lurus dan siapa yang pakai tongkat bengkok, sendiri mau ingat la. Akan tetapi, kita kena fikir, adakah kita betul-betul perlukan tongkat itu. Jika tak perlu mengapa kita masih pakai juga tongkat itu?

Sebenarnya isu tongkat ini, tak sepatutnya jadi semacam isu negatif. Sebab tongkat memang perlu, untuk tolong orang yang tak mampu berjalan. Tapi apabila selalu sangat tongkat diberikan sebagai hadiah. Kita pun mula bergantung kepada tongkat. Bila orang nak buang tongkat tu, kita dah mula gelabah.

Ingatlah, kita sudah diberikan tenaga untuk berjalan sendiri. Kita cubalah berjalan tanpa tongkat, walaupu susah dan penat. Jangan kita terlalu mengharapkan tongkat itu, lebih-lebih lagi tongkat sakti. Biar kita berjalan megah tanpa tongkat.

Share this:

Disqus Comments