Awek Usha Lelaki

Awek Usha Lelaki

Eh! apa kes plak ni awek nak usha lelaki plak...ada ke awek atau wanita macam ni...yang suka duk usha lelaki sana sini...awek mana pulak yang datang duk usha lelaki dekat blog ni eh..ada awek idaman lelaki Malaya ke yang terjah blog ni?

Awek Usha Lelaki

Tapi ini aku nak cerita pasal awek usha lelaki untuk dijadikan bakal suami...kiranya wanita tu berani untuk masuk meminang lelaki...orang kita selalu sebut ni seperti perigi mencari timba...ada ke awek macam ni?

Perigi mencari timba ni perpatah Melayu yang mengambarkan wanita yang pergi mencari jodohnya, bukan seperti kebiasaanya yang mana lelaki perlu pergi mengorat dulu.

Dalam adat kita perigi mencari timba ni macam agak kurang sopan pada mata masyarakat kita..silap-silap nanti orang duk kata awek ni minah gatal dan miang serta gedik...dam macam-macam lagi yang tak sanggup aku nka sebut.

Salah ke kalau wanita nak mencari jodoh untuk mereka, dah tak ada sangat dah orang lelaki nak pergi mengorat dia. Apa salahnya jika dia pulak yang pergi mengorat lelaki kan...hahaha..(jahatnya mulut)

Sebenarnya dalam Islam soal perigi mencari timab ini tidak timbul...contoh yang paling jelas kita boleh tengok adalah bagaimana Siti Khadijah yang telah melamar Rasulullah SAW...selain itu ada juga kisah lain..

Awek Usha Lelaki
Kredit : Flickr
Dimana apabila Saidina Umar sendiri pergi meminang Saidini Abu Bakar unutk anak perempuanya iaitu Siti Habsah. Namum pinangan itu ditolak dengan cara yang baik oleh Saidina Abu Bakar, namum Siti Habsah mendapat jodoh yang lebih baik iaitu dia telah dijodohkan dengn Rasulullah SAW.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: 
“Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” 
(Riwayat Bukhari)
Cuma yang kita perlu tahu ialah, malu kita biar bertempat..dan jangan pula kita melanggar hukum hakam agama dalam bab pergaulan lelaki dan wanita ini. Selagi kita menjaga batas-batas tersebut, segala usaha kita itu tidak sia-sia.

Share this:

Disqus Comments