Apa Tindakan Kita?

Apa Tindakan Kita?

Macam biasa sebelah malam, adalah waktu untuk aku off PC, off blog, dan masa untuk aku santai bersama kawan-kawan aku. Lepak dan berborak di kedai mamak, perkena rotai canai kosong sekeping dan air kopi tarik terbaik.

Tapi mamak ni selalu buat aku naik angin. Mana tak nya, kita order sekeping je roti canai, tapi nak siap order sampai berjam. Sampai aku dengan kawan-kawan kau pernah bertekak dengan  mamak ni. Bertepuk meja la juga.

Aku start motor kapcai aku, dengan deruman ekzos yang nyaman untuk lalu dekat kawasan taman. Angin malam dingin menerjah ke muka sepoi-sepoi bahasa. Menuju ke kedai mamak yang dimaksudkan.

Tak jauh pun kedai mamak tu dengan rumah aku, tak sampai 5 minit pun dah sampai. dan macam biasa, aku yang paling lambat sampai, sebab rumah aku paling dekat...hu3..kawan-kawan aku dah sampai dulu.

Sambil-sambil layan makan roti canai, borak-borak pasal masalah negara, dah macam pak menteri.

Apa Tindakan Kita


"Teruklah sekarang ni, harga rokok dah naik, gila mahal harga tak macam dulu." ujar kawan aku, suara dia macam selalu, kuat dari suara tv dekat kedai mamak tu.

"Dah tu tak reti-reti nak berhenti." ujar aku sambil jamah secuit roti canai.

"Nah tengok ni, layan macam kita orang, vaping" ujar sorang lagi kawan aku, sambil menyedut asap dari rokok elektronik dia. Jenama Evic tu, perisa laici ais. AKu pula cuma pakai mesh mod pinoy je.

"Ala vaping tak best, tak ada feeling, aku nak ada puting lepas isap boleh buang, baru ada nikmat isap rokok."

"Sama je, janji berasap kan?" balas aku, tak sempat aku nak sambung, kawan sorang lagi mencelah.

"Bak rokok sebatang, lama tak rasa Dunhill ni."

"Tengok, vaping konon, tapi last-last minta juga rokok aku, lepas sebatang-sebatang." gurau kawan aku yang duk bising-bising pasal harga rokok tadi.

"Dahlah harga minyak naik, lepas tu rokok naik, lepas ni tak tau lagi apa yang nak naik?" sambung dia lagi.

"Aku dengar gaji gomen pun nak naik jugak." sambung aku.

"Tengok, kalau gaji gomen naik, kompem harga barang pun akan naik. Makin sesaklah kita yang tak berapa nak masyuk ni." bising kawan aku lagi.

"Habis tu nak buat macam mana, bukan kita boleh halang pun harga nak naik ke turun ke. Apa kita boleh buat. Kita ni bukannya menteri." Ujar aku sambil duk lap tangan dengan tisu. Sambil kawan kau yang sorang lagi tergelak.

Selepas itu masing-masing tukar topik, tak mahu dah jadi menteri tak sah taraf, duk bincang masalah negara. Lagi baik aku sembang dengan kawan aku lagi sorang, lepas ni nak cuba perisa apa pulak..hu3

Kita duk bising-bising pun, sembang lebat, tapi kita bukannya orang yang hebat, yang masuk parlimen duk berdebat, apa yang mampu kita buat, setakat sembang dengan kawan terdekat. Tapi apa tindakan kita?

Share this:

Disqus Comments