Apa Kata Orang

Apa Kata Orang

Fitrah manusia adalah mahu hidup bebas tanpa ada belenggu atau terpenjara. Namum realiti kehidupan tidak begitu, ada yang dengan rela dipenjara dan ada yang terpaksa dipenjarakan. Semua itu disebabkan oleh silap kita sendiri.

Belenggu Terpenjara

Antara belenggu dan penjara, dua istilah yang berbeza tapi sama tapi tak serupa. Belenggu kita akan diikat, penjara pula kita dikurung. Persamaannya adalah kita tak bebas. Kebebasan kita telah disekat.

Aku masih ingat kata-kata pendaki gunung Everest yang pertama sampai ke puncak. Katanya 'penghalang utama untuk sampai ke puncak adalah dirinya sendiri', jika awal-awal lagi kita mengalah, masakan kita akan sampai ke puncak.

Untuk berjaya perkara pertama yang kena kita lakukan ialah, kita kena bebaskan diri kita terlebih dahulu, jangan biarkan diri kita terus dibelenggu dengan sikap-sikap negatif, yang akhirnya menbataskan kejayaan kita. 

Buat apa kita terlalu fikirkan apa yang orang perkatakan. Kita takot ada cemuhan, dan kritikan, kita risau ada yang mengata dibelakang kita. Kalau kita nak ambil pusing semua ini, memang kita takkan buat apa-apa, sebab kita hidup dalam dunia ini dengan manusia, dan memang ada sifat manusia ini yang suka bercerita pasal hal orang lain. Lebih-lebih lagi pasal keburukan orang.

Jangn kita penjarakan diri kita dalam linkungan ini, jika orang lain cakap atas dasar nasihat kita ambil teladan, kalau orang duk bercakap pasal keburukan, kita buat pekak badak, buat tak tahu je. Mulut orang takkan boleh ditutup.

Share this:

Disqus Comments