blogger lelaki logo

Apa Itu Kiswah Kaabah

25 Komen
Kiswah adalah kelambu atau selimut Kaabah. Ia dipasang untuk melindungi Kaabah daripada kotoran, debu serta panas yang boleh merosakkan dinding Kaabah. Selain itu ia juga bertujuan sebagai hiasan Kaabah.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kiswah Kaabah.

Kiswah Kaabah diperbuat daripada kain sutera asli berwarna hitam, Dan dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-quran dengan menggunakan 150kg emas serta perak.

Kiswah berukuran 658 meter persegi. Dan mengandungi 47 kain yng setiap satunya berukuran 14 meter panjang dan 95 cm lebar.

Kiswah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
  1. Sitaar (Langsir) yang menutup pintu Kaabah
  2. Tirai yang menutup dinding Kaabah.
  3. Hizam (tali pinggan) Kaabah.


Kaabah akan dibasuh dua kali setahun, pada bulan Syaaban dan Zulhijjah. Kaabah akan dimandikan dengan air zamzam dan minyak atar.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kerja-kerja menukar Kisah Kaabah.

Sejarah Kiswah Kaabah

Tidak ada tarikh yang jelas, bilakah tradisi memasang kiswah Kaabha ini bermula. Ada pendapat menyatakan ia bermual sejak dari zaman Nabi Ismail.

Namum ada riwayat yang menyatakan bahaya orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubbak al-Himyariyy Asad Abi Karb, Raja Yaman pada kira-kira 220 tahun sebelum  Hijrah.

Dan ada juga pendapat yang menyatakan datuk Nabi Muhammad, Adnan Ad merupakan orang pertama yang memasang kiswah Kaabah.

Pada zaman itu, mereka tidak membuka kiswah yang lama, kiswah yang baru terus diletakkan dan kiswah akan dibiarkan mereput dengan sendiri.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, kiswah Kaabah ditukar 2 kali setahun, iaitu sebelum Ramadhan dan pada hari wukuf di musim Haji.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kerja Halus Tangan Menyulam Kiswah Kaabah.

Pada tahun 1926 (1346 Hijrah), Raja Abdul Aziz telah mendirikan kilang khusus unutk membuat kisawah Kaabah. Dan Sheikh Abdul Rahman MUzhar merupakan pegurus pertama kilang itu.

25 Komen untuk "Apa Itu Kiswah Kaabah"

avatar

Terima kasih Tuan atas perkongsian ilmu :) Saya suka. Saya suka. Saya suka.

avatar

Nice info. Kat tv ada juga pernah tengok live diorang tukar haritu.

avatar

thanks for info nie...Moga kita menjadi tetamu allah satu hari nnti..insyallah..

avatar

Terima kasih bro konsgikan pada saya yang tak tahu apa-apa bab ni..hehe..sejujurnya saya seronok dengan artikel macam ni..hehe

avatar

Pertama kali dengar kiswah nie..thanks.. agak2x berapalah harga kiswah nie? mesti mahal ni sebab menggunakan emas.

avatar

baru aiza tahu namanya kiswah.. selama ni aiza panggil kelambu kaabah je.. terima kasih di atas perkongsian ini..

avatar

ramai yang tak tahu nih..

avatar

salam aidiladha..smg sentiasa di berkatiNya..

avatar

Salam Aidiladha. Thanks for the info. Saya juga dapat tahu tentang kiswah ni, apabila ia sudah digantikan, kiswah yang lama akan dipotong diberikan kepada pembesar-pembesar negara sebagai cenderahati.

avatar

perkongsian yang menarik...terima kasih bro...

salam Aidiladha buat bro sekeluarga...

avatar

Banyaknya kandungan emas dan perak. Sampai 150g. Bila diganti, kiswah lama tentu amat berharga. Tq for sharing.

avatar

tadi baru tgk dieorg tukar kat tv alhijrah scra live. huhu. sempat tgk kejap je

avatar

oooo..baru taw kiswah tu apa

avatar

sulam tekad ni sangat teliti dan ambil masa lama nak siap ... yg terbaik utk rumah Allah ...

avatar

nice sharing kucha
ade td tengok kat tv pertukaran kiswah
salam aidiladha kucha

avatar

baru kali pertama tahu ni :) nice sharing

avatar

Assalam. Salam Aidiladha.
Kiswah yang mengagumkan. Terima kasih kongsikan info mengenainya.

avatar

tadi ada tengok kat tv live penukaran kiswah ni. terima kasih sbb berkongsi. (saya pun baru tau namanya kiswah)

avatar

kiswah ini penutupnya yah sob, berita yang saya baca tadi katanya kiswahnya barusa saja di ganti

avatar

budak-budak sekolah memang tak tahu la apa benda kiswah tu..

avatar

terbaik lah kiswah kaabah menakjubkan

avatar

terima kasih ats perkongsiaanye

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

avatar

Macam ni kisah di sebalik kiswah kaabah yea. terima kaih sudi cerita BL.

avatar

bagus perkongsian ni bro. memang hebat siswah kaabah.

avatar

Kalau tak silap sekarang ini boleh dilihat secara live apabila dia ditukar.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.