blogger lelaki logo

Apa Itu Hak Asasi Manusia?

32 Komen
Hak asasi manusia adalah perkara yang dianggap sebagai hak kebebasan yang perlu dimiliki setiap manusia tidak mengira agama, sosial, warna kulit dan bangsa. Mereka berhak mendapat hak itu seperti manusia yang lain.

Dan wujud pula kumpulan atau individu yang sering menperjuangkan hak asasi manusia ini. Pelbagai isu kemanusiaan yang dibangkitkan. Ada yang sememangnya patut diperjuangkan dan ada pula yang menperjuangkan perkara yang dianggap hak asasi tetapi lari dari norma kehidupan manusia.

comango, Disebalik Hak Asasi Manusia

Ada juga kumpulan yang berselindung disebalik pejuangan hak asasi manusia tetapi ada muslihat tersembunyi, ada udang disebalik batu. Dan kumpulan ini juga wujud di negara kita, jangan kita tak sedar.

Kononnya perjuangkan hak tetapi apakah hak itu benar-benar diperlukan sebagai manusia. Mereka hanya menggunakan akal untuk melaungkan perjuangan, mereka lupa, fitrah manusia sememangnya inginkan kebebasan, tetapi manusia juga perlukan panduan.

Tanpa panduan, manusia akan tersesat, dan bebas melakukan apa saja, atas dasar hak asasi wajarkah LBGT turut diperjuangkan, penyebaran ajaran yang bertentangan juga perlu dibenarkan. Ikut logik akal memang semuanya boleh, tetapi kalau ikut hukum hakam bagaimana pula?

Manusia ada landasan yang perlu diikuti, dalam perjuangan jangan tergenlincir dari landasan itu. Matlamat tak menghalakan cara.

Apa Itu Hak Asasi Manusia?

32 Komen untuk "Apa Itu Hak Asasi Manusia?"

avatar

hak asasi yang sebenar ialah menghambakan diri kepada Allah SWT

avatar

itu benar sangat KB. tapi manusia tak ramai orang akan ambil port

avatar

Tak ramai orang yang mau memperjuangkan HAM (hak asasi manusia),terakhir kali yang ramai dibicarakan seseorang dibunuh kerana memperjuangkan HAM.

avatar

setiap orang ada haknya masing-masing maa..

avatar

betul tu.. matlamat tidak menghalalkan cara..

avatar

Assalam
Kumpulan pejuang Hak Asasi Manusia ini mahukan kebebasan 'mutlak' - namun ianya melangkaui fitrah manusia.

avatar

Itu semua ada agenda tersembunyi tu..,

avatar

sapa la yang wujudkan perkataan hak asasi ni.. mengkonfuse kan ramai pihak.. taapi pada den ni ok lagi la, den paling tak gemar term 'customer is always right', tang mana yang right tah..haha

avatar

memperjuangkan hak perlu disertakan dengan tanggung jawab, hak asasi tanpa tanggung jawab akan pincang.

avatar

Rasanya hak asasi ini boleh digolongkan dengan cerita revolusi kecil - kecilan

avatar

kita ada agama, dah jelas. hukum akal kita manusia terhad.

avatar

Nice info. I can use this for my research. Wee! Thanks a lot!!

avatar

berpegang pada hukum Allah rasanya yang terbaik.manusia kdg2 mengikut emosi.

avatar

Ramai diantara kita perjuangkan hak tapi lupa hak setiap manusia dengan ALLAH.

avatar

LBGT tuh memang tak patutlah nak diperjuangkan...

avatar

jika tidak diperjuangkan negara akan huru hara dan bergolak

avatar

hak yg utama ialah hak setiap manusia kepada Allah(pencipta segala manusia), rmi yg lupa akan hakikat ini..

avatar

Aku pun tak sokong hak asasi manusia yang tidak berlandaskan ajaran Islam ni. Banyak inpak negatif kepada manusia.

avatar

HAM itu sepatutnya difahami dalam konteks yang merdeka..dan yang ditekan adalah jiwa yang merdeka bukan fahaman nafsunya. Tapi tunjang dari HAM adalah mencipta lingkungan hidup yang lebih baik, jadi perlu disoal adakah keyakinan HAM yang diperjuang seseorang individu itu bersifat merosak atau membaiki.

Salam Diwali

avatar

Kita berjuang untuk elak dizalimi, Allah saja berhak menentukannya

avatar

nafsu liar jadi susah untuk memaktubkan nafsu

avatar

Kembali pada fitrah.

avatar

hak asasi blogger ada tak bro?

avatar

hak asasi yang disalahgunakan

avatar

Setuju dengan Kaki Blog... hak asasi manusia ialah menghambakan diri kepada ALLAH :)

avatar

Hak asasi, hak asasi juga...tapi kalau melanggar hukum agama dan adat budaya, mmg cukup melampau...

avatar

Pejuang hak asasi manusia yg pelik2 ni biasanya berfikiran liberal...

Agama ada batasnya...

avatar

susah nak cakap tapi itulah dia kalau mahu melakukan kebaikan ada sahaja yang cakap lain .. hak asasi manusia ni agak sensitif ..entah lah kenapa ..haha.. sempitkan minda kot

avatar

Ada pulak yang siap ambil hak orang lagi tanpa rasa bersalah dan segan silu..haha

avatar

menuntut hak asasi tapi menyalahi hukum agama, ini senjata orang -orang liberal

avatar

Ada org salah sangka, ingat semua org ada hak masing2 ..
sedangkan kita tertakluk pada hak maha pencipta..

avatar

Malangnya bagi sebahagian orang, hak asasi adalah hak untuk melakukan apa saja..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.