blogger lelaki logo

7 Tahun Kemarau

63 Komen
Sudahkah kita bersiap sedia untuk menghadapi 7 tahun musim kemarau. Ya 7 tahun, lama tempoh masa itu. Bekalan yang secukupnya harus kita persiapkan dalam masa 7 tahun yang mewah ini. Agar kita tidak melarat bila tibanya musim kemarau itu.

7 Tahun Kemarau

Perpatah orang tua kita ada benarnya juga, sediakan payung sebelum hujan. Sentiasa beringat, langit tak selalunya cerah. Ombak tak selalunya tenang. Tetapi jangan pula dicurahkan air ditempayan, bila guruh kedengaran, boleh jadi hujan tak jadi turun.

Peringatan demi peringatan diberikan, agar kita sentiasa bersedia, bila-bila masa sahaja kemarau akan tiba. Kontang dan berdebu, tanah yang kekeringan, kemana nak kita mencari air. Sukar bukan, namum begitulah hidup, ada pasang surutnya, ambil peluang sementara air sedang pasang.

Kalau sedikit buat cara sedikit. Lama-lama jadilah bukit. Tak ada perkara mudah dalam hidup ini, adapnya berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bukan senang nak dapatkan yang bergolek, apatah lagi nak tangkap yang pipih.

Surah Yusuf. Dari ayat 46 hingga ayat 49.


46. (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

47 Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

48 Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

49 "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Segala peringatan ini, buat aku tersedar, ia bukan dari manusia, tapi dari kitab suci Kalamullah. Semoga kita semua dapat jadikan pedoman untuk menghadapi 7 tahun musim kemarau

63 Komen untuk "7 Tahun Kemarau"

avatar

lama bener yah mas sampai 7 tahun, benar2 harus di persiapkan untuk menghadapi tahun kemarau

avatar

Assalam.
Subhanaallah. 7 tahun masa yang panjang untuk ditempuh. Moga dengan panduan yang di beri dalam Kitab Suci, kita dapat perolehi ilmunya.

avatar

Kitab Suci Al-Quran merupakan mukjizat Rasulullah SAW yang hebat. banyak rahsia yang patut kita kaji dan yakini.

avatar

Bersiap sedia menghadapi ekonomi negara yang semakin hari semakin runcing. salam,

avatar

terbaik bro..peka dengan keadaan..bukanya kita mendoakan..tapi kita kena berjaga-jaga

avatar

ya ada banyak kisah, panduan, peraturan...rugi jika kita sendiri tak mengkajinya

avatar

huhu..sebelum ini kita pernah lalui nya..dari tahun 1998

avatar

persiapan awal penting ya mas..takot nanti kita kelaparan

avatar

Ada hikmakan kenapa kita umat islam diwajidkan berpuasa...

avatar

jika masa musim kemarau itu tiba jika mau selamat tentu harus ada pemimpin adil dan bijaksana yang sepertinya halnya jaman Nabi Yusup alaihi salam..

avatar

jangan tunggu tujuh tahun kalau nak buat atau nak berubah utk jadi lebih baik..sebab ajal bila-bila sahaja boleh menjemput

avatar

hu3...banyak hikmat bepuasa tu bro..lagi banyak ibadah dalam Islam menpunyai khasiat tertentu yg kadang2 kita tak terfikir pun

avatar

semoga ada dipihak kepimpinan bijak mengawalnya

avatar

hu3...betul tu, tak ada janji yang pasti esok kita dapat tengok matahari

avatar

bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana kita tidak dapat menjangka bilakah 7 tahun kemarau itu akan berlaku..

avatar

7 jam tak mandi dan minum pun tak tahan.. camne la agakya kalau kemarau sampai 7 tahun tu..

avatar

7 Tahun kemarau, Masya Allah tak dapat nak bayangkan berapa sengsaranya

avatar

bukan dah start ke??

avatar

slow sdg masuk ke frasanya bro..semoga selamatlah kita semuanya..oh bubble

avatar

kena buat sedikit persiapan bro

avatar

jgn sampai tak mandi bro..hu3..kalulah aku boleh karangkan dalam bahasa yg lebih mudah difahami..he3

avatar

dah slow nk berlaku..ura2 dan khabar angin sudah kedengaran

avatar

lama tuh 7 thn... kalau sekolah rendah dah masuk tingkatan tuh

avatar

Seminggu pun sudah tak tentu arah

Moga kita semua bersiap sedia menghadapinya

avatar

cerita yg boleh diambil pengajaran...

avatar

sejak kenit pindah kl ni, kenit dah tak alami sangat musim kemarau ni. Tak macam kat kuantan dulu, terasa sungguh bahangnya sampai rumput pun mati hehe

avatar

semoag kita semua beringat

avatar

haha..nak buang air pun tak selesa bro

avatar

hahaha...lau anak saay dah masuk darjah satu tu

avatar

sedangkan panas sekejap pun dah terasa bahang..apetah lagi 7 thn lamenya..allahuakhbar

avatar

7 tahun jangka masa yang lama... subhanaAllah

avatar

Berkenaan 7 tahun ni, saya merasakan negara kita pun bakal berdepan 'kemarau' yang panjang. Kemarau yang saya maksudkan ni bukanlah kemarau iklim. Ia adalah kemarau kesukaran rakyat seperti kita mendapatkan sumber untuk menampung kehidupan zaman ini.

Lebih baik kita melakukan persediaan dari sekarang.

avatar

macam dah mula dah tu...kena bersiap sedia mulai sekarang tak boleh nak tunggu esok lusa

avatar

tu la..semoga kita semua dpt beringat dari sekarang

avatar

betul tu bro..itulah maksud saya..hu3

avatar

hu3..kita dah pernah tempohi nya dulu

avatar

jadi kena berjaga-jaga lah kita semua

avatar

tapi dekat kuala lipis lagi teruk cuaca panasnya...dekat kuantan pun boleh tahan

avatar

Merancang dan bersedia menghadapi dugaan itu tugasnya seorang ketua. Ia bermula daripada seorang ayah yang melindungi keluarganya...

avatar

sebagai peringatan dan pedoman untuk kita semua. terima kasih bro.

avatar

Semua kena bersedia utk apa2 yg bakal datang. Dengan kekangan hidup yg smakin hebat...maka kita seharusnya berusaha utk mempersiapkan bekalan secukupnya kerana yg dibawah itu akan trus ditekan oleh yg diatas. Tak ada guna utk kita protes sana sini...kerana mereka lebih berkuasa.

Peringatan ini sgt2 bagus untuk renungan semua.

avatar

terima kasih atas peringatan ni. . :)
sediakan payung sebelum hujan :D

avatar

Ya!...Kita perlu bersedia dari sekarang dan sepanjang masa. Jgn tergolong dalam orang2 yg rugi. Perlu diingat, ayat2 Al-Quran ini mempunyai maksud yg mendalam...tidak semestinya kemarau itu bermakna kemarau tanpa hujan. Hanya yang arif dan dalam ilmu agama sahaja mampu mentafsirkannya.

avatar

memang perlu bersiap sedia...mental , fizikal , rohani , iman semuanya kene mantap...

avatar

mampukah kita mengharunginyer?

avatar

sediakan payung sebelum hujan

avatar

terima kasih sudi berkongsi info broo..singgah sebentar....hurmm..kemarau....

avatar

Wah kalau kemarau bisa sampai 7 tahun bisa susah juga ya mas :)

avatar

subhanallah ... jika usia masih dipanjangkan ... beribadahlah ibarat kita akan mati bila2 masa saja ...

avatar

Al-quran selalu mengingatkan kita. Cuma kita yang tak sedar dan tak ambil tahu.

avatar

7 tahun kemarau? Bukan senang nak hidup tanpa air ni..Orang kuat je mampu.

avatar

tak sanggup nak menghadapinya.....

avatar

7 tahun bukan satu tempoh yang singkat...

avatar

sehari dua kering pun kita dah merungut kan, bayangkan tempoh 7tahun.. Ya Allah, tak tahu nak kata apa. terima kasih mengingatkan

avatar

lama tu... muhasabah diri..

avatar

seramnya,, tapi muja tak faham la ayat2 tu,, kena kaji lebih mendalam kot,,

avatar

Adoiii la...semoga semuanya selamat..aminnn

avatar

sebenarnye hadis tu ade bersangkut paut dgn keadaan ekonomi... negara arab pn berpandukan surah/ayat ni dlm pemerintahan mereka..agar sentiasa berjaga2 dan membuat persiapan. last ekonomi subur..tahun lepas la (last gawat 1998+7(kontang), 2006+7=2013(subur)). 2013, harga minyak dunia dah maintain, harga barang2 runcit dunia terkawal. so sekarang 2014 (kontang)+7 tahun= 2020/2021. so di jangka 2014 sehingga 7 tahun berikutnya adalah kontang... begitula ekonomi kite semasa. so betollah wawasan 2020 tu...tahun ekonomi nk subur. itu jam juga, pasaran emas dijangka mencecah RM503 segram. so, apa lagi jom beli emas ramai2.. insya Allah. hidupla berlandaskan al-Quran wal Sunnah.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.