Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Where Have All The Bootboys Gone?

Apa kes nie, tiba buat tajuk omputih, tapi isi bahasa Melayu..hahaha..xde apa-apa cuma tiba-tiba jiwa ini rasa nak mengimbau kembali ketika dizaman muda-muda dulu. Kepada mereka yang pernah melalui kenangan ini mungkin tahu tajuk entri ini merujuk kepada sebuah lagu..hehe3..itu zaman dulu bro.

Sebenarnya dalam kita menerjah ke alam dewasa, begitu banyak kenangan yang kita lalui. Begitu banyak hinggakan kita pun mungkin sudah lupa begitu banyak perkara. Namum dalam perjalanan kita menuju kedewasaan, kawan-kawanlah yang selalu bersama kita. Susah senang dalam mengenal erti hidup ini mereka bersama kita.

Namum kini semua itu tinggal kenangan. Kita masing-masing semakin dewasa. Perlahan-lahan kita ada komitmen sendiri. Begitu ramai kawan-kawan lama aku yang sudah terpisah. Ada juga kawan aku yang sejak dari darjah satu sampai ke SPM, tapi kini kami sudah jarang bertemu. Setahun sekali je itupun dihari raya. Maklumlah dah jadi A.D.O. orang sibuk..hahaha

Where Have All The Bootboys Gone?

Kemeriahan zaman remaja sudah lama berlalu. Setiap hujung minggu ramai-ramai keluar lepak. Bila kita mengimbau kembali ke detik itu, adus bertapa sengalnya aku dulu. Zaman kita melepak dengan kawan-kawan di town dulu, oh kenangan terindah yang mengisi jiwa muda.

Jiwa remaja yang gila-gila, itu kadangkala ada mengajar kita erti hidup. Baru kita kenal erti kawan dan lawan serta gunting dalam lipatan. Jiwa remaja sering menberontak. Namum semua itulah yang membawa kepada kematangan kita berfikir. bagi yang sedar dan tidak hanyut, tapi ada juga yang terbabas.

Ramai juga kawan-kawan aku yang terjebak. Mereka alpha dengan kegilaan zaman remaja hingga mereka hancurkan hidup mereka. Kita sebagai kawan hanya mampu menasihati, namum itu jalan yang mereka pilih sendiri. Tetapi aku tetap anggap mereka sebagai kawan. Tapi jangan makan kawan.

Sekarang apabila sekali-sekali keluar berjalan tengok gelagat remaja sekarang. Teringat bagaimana kita dulu, budak mentah yang cuba menberontak. Bagi mereka cara buat sesuatu itu hebat, tapi percayalah selepas mereka dewasa, mereka sendiri yang akan tepuk dahi tengok gelagat mereka sekarang ini.

Kini aku dah kembali ke paras normal kehidupan. kini aku ada ehidupan bekeluarga, ada kerjaya, jauh beza dengan zaman remaja dahulu. Cuma sekali-sekali je teringat kembali kisah kita dizaman muda-muda...huhuhu...Wahai kawan-kawanku..Unite!..


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail