blogger lelaki logo

Usaha Dan Kejayaan

28 Komen
Usaha adalah apabila kita melakukan sesuatu atau membuat tindakan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Kejayaan pula adalah apabila kita mencapai matlamat yang kita mahukan.

Usaha dan kejayaan bagaikan adik beradik dan sepupunya adalah kegagalan, tanpa usaha kita takkan berjaya, jika kita nak berjaya kita kena ada usaha. Dan untuk berjaya kita kena ada tangga ditengah-tengahnya, macam slogan yang selalu orang sebut "Usaha Tangga Kejayaan".

Usaha Dan Kejayaan

Apabila kita berusaha, umpama kita sedang mendaki. Semakin kita berusaha naik keatas, bererti kita sudah berjaya berada lebih tinggi daripada sebelumnya.

Dan apabila kita terleka seketika, kita tertidur sekejap, mungkin kita tergelongsor turun, jatuh kebawah. Dan untuk naik keatas balik kita kena berusaha semula bermula dari bawah.

Dan apabila kita berhenti mendaki, kita masih ditampuk lama, tidak naik tidak turun, tapi kena ingat tulang kita juga makin mereput. Tenaga kita juga semakin susut mengikut waktu.

Tinggi atau tidak pendakian kita, hanya ditentuka oleh kita sendiri. Kita yang tetapkan, tinggi mana aku mahu mendaki. Mungkin ada orang mahu sampai ke tahap 100 meter dari paras laut, tapi ada ayang mahu lagi tinggi hingga ketahap 1250 meter dari paras laut. Itu semua kita sendiri yang tentukan, setinggi mana kejyaan yang mahu kita kecapi.

Apabila kita sudah berada diatas puncak, jangan kita alpha. Bila-bila masa juga kita boleh tergolek jatuh kebawah. Macam nangka busuk daa..

Orang bawah juga harus ingat, jangan ada hasad dengki. Kita tak suka tengok orang yang sudah berada diatas puncak. Kita ambil galah duk jolok dari bawah. Kesian orang tu..ko jolok tang mana tu.

Ada juga mereka yang mendaki secara berkumpulan, masing-masing saling tolong menolong tarik kawan yang bawah untuk naik keatas, dan silih berganti. Biar masing-masing sama naik ke atas. Tapi jangan pula bila sudah sampai dekat atas, pi tolak kawan yang tolong kita tadi tu jatuh kebawah pula.

Tapi ada juga yang komplen, mereka dah berusaha, tapi masih tak naik tinggi, mengapa? Dah tu sapa suruh kau pergi panjat gunung yang landai lagi rendah. Kalau nak naik lagi tinggi, pergi la cari gunung yang tinggi lagi curam tu. Barulah kau boleh naik lebih tinggi. Kena berani ambil risiko. Sapa suruh  pi mendaki dekat busut belakang rumah tu.

Sebelum mendaki, kita perlu perkuatkan tenaga kita, persiapkan diri semolek-moleknya, jangan dah separuh jalan kita mendaki, rasa semput pulak, lepas tu mula la nak patah balik. Buang karen je.

Tak semua pendakian itu seronok, mungkin pada permulaannya pendakian  itu landai, namum apabila semkain jauh kita pergi, semakin tinggi kita daki, semakin curam dan semakin sukar.

Harap ada yang faham apa yang aku tulis ni, sebab aku sendiri pun dah pening bila baca balik. Harus kita ingat, dalam kita berusaha untuk mencapai kejayaan, jangan kita lupa akan konsep yang telah Islam ajar kepada kita iaitu usaha, doa dan tawakkal.

Sekian, selamat berjaya buat semua. Dan pesanan terakhir, jangan panjat tinggi-tinggi kalau anda gayat..hehehe

28 Komen untuk "Usaha Dan Kejayaan"

avatar

usaha... usaha.. insyallah .. bezanya cepat dengan lambat je....

avatar

Emm bila dah jatuh tu..usahalah untuk naik kembali..jangan biarkan ia jatuh dan terus jatuh..kan bro..

avatar

gua memang gayat. haha

avatar

betul tu... Usaha terlebih dahulu, apapun hasilnya nanti, janji kita berpuas hati dengan berkat usaha kita selama ni

avatar

lu gayat tp lu boleh daki tinggi..hebat bro

avatar

betul tu..jgn biar sampai tergolek jatuh ke cerung

avatar

insyallah..jika kita usaha, berdoa, tawakkal dan bersyukur

avatar

kita sendiri yg letakkan target untuk kita capai..itulah kejayaan kita

avatar

betul tu kucha
suka pd perkongsian kucha ni
dlm kita berusaha sentiasa juga memohon padaNya agar dipermudahkan segala urusan kita

avatar

Dengan berusahalah kita dapat mengecapi kejayaan, tetapi bila kita dah berusaha tapi tak mendapat hasil jangan kita mudah mengeluh tetapi kita cuba bermuhasabah diri apa yang masih silap sama ada hubungan kita dengan ALLAH S.W.T. atau pun manusia.

avatar

biar segala usaha kita mendapat berkat..kalau kita berjaya dan hidup tak tenang tiada gunanya juga

avatar

betul tu bro..teruskan berusaha...mungkin belum ada rezeki kita lagi

avatar

makin tua makin gayatlah...heeee.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

avatar

tapi bro makin steady..hu3

avatar

Usaha yg murni pasti membawa kejayaan, aku pun gayat jugak haha..

avatar

mesti bangun dan tak akan tewas salgi daya

avatar

menarik sekali perkaitan antara usaha dan kejayaan tu.. yang penting jangan sesekali berjaya dengan cara menindas orang lain..
p.s: aiza nak tanya ada tak widget untuk top commentator untuk blogspot? nak pasang di blog aiza.. yang dulu aiza dah remove sebab blog jadi berat..

avatar

tidak boleh dipertikaikan lagi
dgn usaha pasti berjaya
tgk usaha macam mana la kan? hehehe

avatar

yang penting kuncinya adalah fokus berusaha dan berdoa tentunya, daj terus melakukan purubahan-perubahan / inovasi

avatar

suka dgn perkongsian nie...

avatar

jgn jatuh dan kena duri,, sakit ooo

avatar

mendaki sampi cucur atap :-)
Betul tu. jangan putus asa. kena kuatkan semangat sampai berjaya. :-)

avatar

Ada azam datang usaha, ada usaha terbuka jalan, nampak jalan ada harapan berjaya...

avatar

Usaha yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik dan memberi manfaat pada orang lain. Kejayaan akan datang dengan keberkatan hidup kita

avatar

Kalau nak berjaya memang kena usaha. Melainkan anak raja atau anak menteri, goyang kaki jela. Haha

avatar

sama-sama kita tingkatkan usaha kita lagi

avatar

kalau jatuh dari kerusi lebih baik daripada dari meja..sakitnya tidak sama

Entri terkini saya Segmen Review Blog : Relakssminda

avatar

yezza, don't ever give up!

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.