blogger lelaki logo

Sweet Ke Lelaki Merajuk?

25 Komen
Merajuk, apabila kita menunjukkan rasa tidak puas hati kita kepada seseorang atau sesuatu. Siapa yang tak pernah merajuk kan. Apabila kita rasa tidak puas hati dengan sesuatu, kita tarik muka, lepas tu buat muncung panjang-panjang..erk macam ni ke lelaki merajuk. Macam wanita je merajuk macam tu. Bukan wanita saja yang suka merajuk ni, lelaki pun ada rajuknya juga, untuk minta dipujuk..hehehe

Sweet Ke Lelaki Merajuk

Macam-macam tindakan atau perbuatan yang kita akan kita pamerkan apabila kita merajuk. Jadi kita kena faham seseorang itu dan lebih cakna barulah kita tahu bahawa dia tu sebenarnya sedang merajuk.

1. Selalunya jika seorang itu sedang merajuk, dia akan diam seribu bahasa. Orang yang merajuk tu akan diam je tak banyak cakap macam biasa. Kita sedang bercakap dengan dia, tapi dia boleh buat tak reti je. Paling tidak pun sekadar anggukkan kepada takpun sekadar cakap "Hmmmm" atau "Iya lah", ayat dia pendek-pendek je.

2. Ada juga yang merajuk jenis buat tak tahu bila disuruh buat sesuatu kerja. Ada juga dia buat apa yang disuruh tapi dia buat kerja macam acuh tak acuh. Ada yang lagi teruk siap hempas-hempas barang lagi..hahah...kompem dah dia tu sedang merajuk.

3. Perbuatan merajuk yang paling ketara kita boleh tengok adalah bila dia bermasam muka dengan kita, memang takkan tegur kita dah, nak tengok muka kita pun tak mau dia. Baik lelaki ataupun wanita, memang merajuk macam nie..tapi wanita special kes sebab dia ada tambah muncung sikit..hahaha..tarik muncung tu panjang-panjang cuck dekat uSB port baru tau.

4. Orang merajuk ni ada macam perangai mengada-ngada dia. Ada tu buat-buat baca surat khabar tak pun buat-buat tengok tv, dan buat kita ni macam tak wujud dekat sebelah dia. Padahal itu surat khabar semalam. dan rancangan tv yang dia tak pernah tengok pun. Berita tamil pun dia boleh layan tau.

5. Ada juga jenis merajuk zaman teknologi ni. Bila merajuk je tutup telefon, tak pun bila kita call dia dia selamber je dia reject. Abis kredit wooo...hahaha

Okey dah semua jangan duk merajuk lagi. Nanti susah orang nak pujuk lagipun sweet ke orang lelaki merajuk..hahahaha

P/s: Ini cerita tak ada kena mengena dengan sesiapa, baik lelaki atau wanita, yang hidup atau pun mati, kalau ada yang terasa tu nasib la.

25 Komen untuk "Sweet Ke Lelaki Merajuk?"

avatar

sweet la gak, kalau lebih sangat merajuknya, nyampak jugak...hihi

avatar

best apa sesekali buat merajuk
tapi kena la pastikan dulu ada yang akan pujuk nanti
haha

avatar

tak suka kalau lelaki merajuk.. buruk benar.. hehe.. setakat ni tak pernah lagi kenal dengan lelaki yang suka merajuk..

avatar

hahaha...sama la kita..kalau selalu sgt merajuk pun xbest jugak..dh ilang rasa sweet tu..

avatar

hahaha..tu confrim bro..lau xade yg pujuk susah jugak tu..merajuk sampai ke tua la jawab nya

avatar

sebenarnya susah jugak nak tau lelaki tu merajuk ke tak..hu3

avatar

Rajuk sikit2 sweet la ,kalau jenis hempas2 barang tu,lelaki jgn wat gitu malu ahh hahhaa

avatar

hahaha..buat malu kaum je bro kan

avatar

Langsung tak sweet kalo lelaki merajuk..!! Merajuk tu hak eklusif pompuan tau*pepandai je mak bg*. Ahaha..

Apapun, alhamdulillah mujur cik abam mak tak pandai majuk..

avatar

merajuk juga kalau blog asyi meragam heee

avatar

kalau kawin bisa aja pujuk belum kawin jangan gatal-gatal ya dosa tahu heeee

avatar

bese kot lelaki merajuk sebab kita pun manusia gak hehe bro buat blog baru ka x bg tau pun aku update dlm bloglist aku k

avatar

lelaki bukannya merajuk la. dia marah sebenarnya. Tapi sebab nak jaga hati, terpaksalah cakap "merajuk" dengan penuh senyuman. Orang perempuan aje yang suka merajuk-rajuk nih..

avatar

Biasa la tu laki merajuk. Apa ingat perempuan je boleh merajuk ke apa. Haha

avatar

lelaki pun manusia juga, cuma jangankah selalu sangat merajuk, buruk....heeeeee

avatar

ok je kalau merajuk, tapi kalo over tu memang something kot..hahaha

avatar

merajuk itu boleh, tapi biarlah pada waktu yang sesuai dan pada ketika yang sesuai

avatar

Kalau merajuk ada org nak pujuk xpe la kalau merajuk xde nak pujuk kan naya je...

avatar

Emm entah la..saya tak suka merajuk..kalau terasa hati, memang saya suka..haha

avatar

Sekali-sekala boleh la layan! Berkala-kala bye-bye je lah

avatar

lelaki pun boleh merajuk jugak.. x kan perempuan je.. ini sexist.. hehehe

avatar

sweet sweet dan kekadang boleh jimatkan kos.. :)

avatar

adoi...cmne ni...merajuk smpai terus xleh col...pening kpala..cmne nk wt...

avatar

He he. Sweet. For me, dea merajuk,marah salu dea akan tidur. Nanti dea bangun wassap I semula. Jadi masa itulah I siapakan kerja yang perlu. I jarang pujuk dea. Salu I diam and do something dea gelak semula.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.