Special Giveaway : Hari Malaysia

Special Giveaway : Hari Malaysia

Hari Malaysia adalah sebagai lambang perpaduan diantara kita semua rakyat Malaysia. Dengan perpaduan inilah maka terbentuknya negara yang bernama Malaysia ini. Jadi asas kemajuan dan kemakmuran yang telah kita nikmati hari ini adalah hasil daripada bersatu padunya hati seluruh rakyat pada 50 tahun yang lalu.

Harapan kita untuk 50 tahun akan datang adalah semoga perpaduan ini terus padu dan teguh. Kita bersama-sama terus hidup didalam keutuhan perpaduan ini dengan tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Jangan sesekali kita berpecah belah, kita sudah lihat bagaimana contoh di negara luar yang kacau bilau dan hancur akibat perpecahan sesama rakyat mereka. Jika kita meniru gaya mereka, tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia tidak akan aman lagi seperti hari ini.

Hari Malaysia

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan yang terbentuk ini. Jangan kita terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang cuba memecah-belahkan sesama kita.

Kita semua mahu melihat negara kita terus maju, aman selalu dan tiada sengketa yang boleh merosakkan negara. Kita rakyat adalah tulang belakang keutuhan negara ini, jadi seluruh rakyat yang di dalam berstatus warganegara Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memajukan negara ini dengan cara masing-masing didalam bidang masing-masing. Dan semoga kemerdekaan negara kita terus kekal sampai bila-bila. Hidup Malaysia!

Kepada blogger lain yang juga ingin turut serta di dalam segmen ini bolehlah sertai bersama di Special Giveaway : Hari Malaysia. Tarikh tutup penyertaan sehingga 11:59, 16 September 2013.

Share this:

Disqus Comments