Sabah Pernah Menyertai Sukan Olimpik 1956

Sabah Pernah Menyertai Sukan Olimpik 1956

16 September nanti kita akan menyambut Hari Malaysia. Kita semua tahukan sejarah negara ini kan, pada tarikh itulah Singapura, Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia. Itu adalah cerita sejarah yang selalu kita dengar, aku tak pasti samada cerita sejarah ini sesuai atau tidak bersemperna Hari Malaysia / Hari Kemerdekaan negara kita. Bagi aku kisah ini juga sudah menjadi sebahagian daripada sejarah negara kita.

Sabah Pernah Menyertai Sukan Olimpik 1956

Aku pasti tak ramai yang tahu pasal sejarah ini. Kisah sejarah ini mungkin tak ada dalam buku sejarah dekat sekolah dulu. Takkanlah semua cerita sejarah kita nak baca dalam buku teks je kan...Boring jugak kan...aku tahu ramai budak budak sekolah yang tidak suka nak belajar sejarah ni...pesan aku rugi jika kita tidak athu akan sejarah negara kita sendiri...malas dah aku nka menbebel panjang...dipendekkan cerita...Korang tahu tak Sabah pernah menyertai Sukan Olimpik di Melbourne 1956?

North Borneo

North Borneo adalah nama asal Sabah sebelum menyertai Malaysia 1963. Jadi ketika itu North Borneo masih lagi berada dibawah naungan British. Malaysia (Malaya) juga masih belum merdeka juga turut menyertai sukan Olimpik di Melbourne 1956.

Sabah Pernah Menyertai Sukan Olimpik 1956


North Borneo telah menyertai Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia. Ia adalah penampilan buat julung kalinya penampilan North Borneo di sukan Olimpik, sebelum North Borneo menjadi sebahagian daripada negara Malaysia pada tahun 1963.

North Borneo pada ketika itu hanya menghantar 2 orang kontijen sahaja untuk bersaing di sukan Olimpik di dalam acara Lompat Kijang Lelaki. Cuma dua atlit lelaki sahaja. Atlit tersebut adalah Gabuh Piging dan Sium Bin Diau. Walaupun begitu kedua-dua atlit North Borneo ini tidak berjaya membawa sebarang pingat.

Gabuh Piging
Gabuh Piging
Sium Bin Diau
Sium Bin Diau

Kiranya hebat jugalah atlit Sabah ni pada waktu ketika itu, mereka sudah tahu mereka cuma berdua sahaja yang mewakili negara mereka untuk bertanding di acara sukan Olimpik. namum mereka tetap teruskan menyertai acara sukan ini. Semangat perjuangan mereka ini juga perlu kita contohi, tidak gentar menyahut cabaran. Pantang undur sebelum berjuang.

Kredit untuk artikel ini :

Share this:

Disqus Comments