Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang KISS

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang KISS

Selamat pagi semua, hari ini semua orang mahu bercerita pasal bola, sekalung ucapan tahniah buah skuad Harimau Muda A yang telah berjaya memenangi Pesta Bola Merdeka, tetapi aku pagi ini mahu cerita tentang perkara yang lagi best iaitu KISS. Ya, kiss, ciuman terhangat.

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang Kiss

Ciuman dari segi istilahnya adalah suatu perbuatan kita dengan menekankan bibir kita kepada salah satu anggota tubuh sesorang atau diri sendiri. Apa tak tahu cara nak cium? meh sini abang tolong ajarkan. Caranya senang sahaja, mula-mula cuba muncung bibir anda sedikit kedepan, dan sekarang cuba cium siku anda. Boleh tak?..hehehe

Ciuman adalah untuk kita meluahkan rasa kasih dan sayang kita kepada seseorang. Masa kita kecil dulu kita selalu cium emak kita, sebab kita sayang emak kita. Itulah dia, ciuman yang mengeratkan kasih sayang kita, cara untuk kita menunjukkan atau meluahkan rasa sayang kita kepada emak kita.

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang KISS


Masihkah kita ingat ciuman emak kita semenjak dari kita lahir lagi, bagaimana kasihnya seorang ibu, setiap hari pasti dia mencium pipi anak kesayangan dia. Itulah tanda kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasih suci yang tiada bandingannya yang mungkin terluah denga hanya secuit ciuman.

Sememangnya ciuman ini adalah salah satu cara yang paling efisien untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin. Apabila kita sudah berkahwin, ciuman  cinta, kasih dan sayang akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Rumahtangga akan lebih berseri, apabila kedua-dua pasangan saling meluahkan rasa cinta mereka. Rumahtangga yang bahagia, si isteri mencium tangan suami setiap pagi sebelum suami pergi kerja, sebagai tanda taatnya.

Perhubungan yang lebih mesra dan melahirkan suasana yang harmoni di dalam keluarga kita. Apabila sudah anak anak sendiri, kini tiba giliran kita pula meluahkan rasa kasih sayang kita kepada si anak, seperti ibu bapa kita buta sewaktu dahulu, setiap pagi mencium pipi anak kita sendiri. Oh! Indahnya.

Kasih sayang makin erat, hubungan makin rapat, semoga kita semua mendapat berkat. Jadikan ciuman sebagai pengerat hubungan istimewa kita, tapi jangan salah guna pula. Kepada yang belum berkahwin tu pergilah cium ibu  bapa awak tu, jangan duk sibuk nak cium awek pula.

Artikel ini sebenarnya dikarang khas untuk Segmen: Reblog Bersama Puteri Kasih. Penyertaan dibuka sehingga 16 september 2013 sahaja jangan ketinggalan yer.

Share this:

Disqus Comments