blogger lelaki logo

Rahsia Batu Karbala Syiah

35 Komen
Gerakan Syiah di Malaysia kini cuba disekat oleh pihak berwajib daripada terus tersebar secara meluas. Saban hari ada sahaja berita pasal penangkapan pengikut ajaran Syiah di Malaysia. Gerak gempur menyekat ajaran Syiah kini semakin diperhebatkan diseluruh negara.

Menurut laporan akbar sinar harian, ada tangkapan di Bagan Serai, Perak. Pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah merampas batu karbala, sehelai kain yang tetulis nama 12 imam Syiah, buku-buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa Saidina Hussein serta sehelai baju t-shirt Syiah. Kita duk sebut pasal Batu Karbala, apa dia sebenarnya Batu karbala ini? Jom kita kaji sikit pasal rahsia Batu Karbala Syiah ini.

Rahsia Batu Karbala Syiah

Amalan di dalam ajaran Syiah ini, kebanyakan jauh berbeza dengan ajaran yang dibawa Ahli Sunnah Waljammaah. Sujud diatas batu adalah salah satu amalan pelik di dalam ajaran Syiah. Batu Karbala ini sebenarnya digunakan oleh pengikut Syiah untuk sujud sewaktu solat. semasa sujud dahi akan bersentuhahn dengan Batu Karbala, manakala dahi dan hidung pula tidak kena lantai.

Pengikut Syiah akan sujud diatas seketul batu yang berbentuk bulat leper atau empat segi. Menurut ajaran mereka, sujud perlu dilakukan pada bumi yang bersih seperti tanah, batu, pasir, rumput, asalkan ia bukan mineral. Ada yang menyatakan tidak wajib sujud diatas Batu karbala, tetapi adalah digalakkan.

Batu yang paling suci bagi pengikut Syiah adalah yang diambil dari Karbala, kemudiannya di Masyad dan seterusnya di Qom. Karbala yang paling utama kerana, disitulah tempat suci bagi Syiah semperna menperingati kematian Hussain.

Kita sudah tahu gerakan Syiah kini cuba untuk menpengaruh rakyat Malaysia, jadi berhati-hatilah kita semua daripada serangan golongan ini yang akan cuba mengoyahkan pegangan kita selama ini. Jangan kita mudah terpedaya dengan dakwah mereka. Mereka selalu berhujah dengan menjual nama Ahli Bayt, padahal mereka dengan terang mencela para sahabat Nabi. Semoga kita semua terselamat daripada fitnah ini.

35 Komen untuk "Rahsia Batu Karbala Syiah"

avatar

eh..pa yg skit tue

avatar

Assalamualaikum awak. thanks sharing ilmu. sheila perasan gak dekat berita ada buat serbuan dan tangkap pengikut syiah ni. semoga kita dilindungiNya. blog awak dah approved! heeee. sorry lambat. jangan marah naaa ;p

avatar

terima kasih sbb dh approve..hu3..tak marah pun

avatar

Salam..satu entry yg sgt berguna.. syiah mmg sgt bahaya.. kerana syiah ibarat musuh dalam selimut.. ssh utk kita bezakan antara ahli sunnah dan syiah dalam kelompok masyarakat kita sendiri.. sbb mereka berpakaian dan bekerja spt ahli sunnah yg lain.. tgk2 kan keluarga dan rakan2 kita.. kalau rasa ade yg xkena pd mereka cpt2 kita amik jln segera.. mg kerajaan kita berjaya dlm menghalang syiah dr trus menular..

p/s: senang2 lawat dan fllw blog kami yer..

avatar

Mintak jauh la dari golongan ni..aminnn

avatar

kadang terfikir gak kenapa diorang boleh ikut sahaja ajaran nie...terlampau banyak penyelewengan agama islam yang sebenar...

avatar

golongan Syiah ini selalunya akan bertaqqiyah untuk melindungi diri mereka

avatar

sebab mereka gunakan cara halus untuk menarik org mendekati mereka

avatar

btol tue.. skrg nie kat area tempat sy dh mkn berleluasa.. mereka menjadi smkn berani sbb undang2 terhadap mereka x dikuatkuasa lg.. sekadar menyatakan yg syiah itu haram..

avatar

mungkin patut dibuat laporan pasal kegiatan mereka itu..supaya ada tindakan daripada pihak berkuasa

avatar

Tapi syiah ni bukan ke bermuka2. how to detect them.sbb bile solat dgn sunni. they didnt use that batu kan?

avatar

dulu, memang pernah jumpa. Pelik gak apa pasal dia letak batu tu..dah besar ni..barulah tahu..

avatar

golongan Syiah ini mereka akan bertaqiyyah jika dikalangan bukan mereka..taqiyyah itu adalah berselindung..seperti mana dahulu kita tidak sedar bahawa Hizbullah itu Syiah

avatar

agak2 bro tahun bila tu..dah alam ke?..memang dah lama mereka masuk Malaysia ni

avatar

bahayanya syiah.. semoga kita semua terhindar darinya..
p.s: pelik betul bila seketul batu diagungkan sebegitu mulia..

avatar

kalau dikutkan ia sebenarnya bukan batu tapi diperbuat daripada tanah yg kemudiannya dikeringkan..tanah itu diambil dari Karbala, Iraq

avatar

Harapnya ajaran syiah di malaysia tidaklah seteruk di negara lain...

avatar

tapi ada je orang yg terjebak dgn ajaran mcm ni..xtau la nk cakap apa

avatar

macam2 ada kerenah manusia untuk menyesatkan agama Islam..

avatar

golongan ini takkan pernah berhenti

avatar

sesat lagi menyesatkan -,-'

seram pun ade, err. mohon kita dijauhkan.

avatar

syiah mulai menyebar kemana-mana mempengaruhi orang lain di Indonesia pun banyak yang datang dari Iran

avatar

ada orang minat Syiah ni sebab boleh nikah mutaah.

avatar

huhu. bahaya2. kadang2 kita x tau pun dia tu syiah sebab mereka senyap2. sbb tu bahaya tu.

avatar

Oh....jadi batu Karbala ni digunakan untuk melapik dahi ketika solat. Untuk melekukkan dahi ketika solat dan lama-kelamaan akan terbentuk bekasan batu karbala di dahi. Pasti ini sebagai tanda bahawasannya mereka banyak melakukan solat dan tanda di dahi adalah kerana solat mereka yang berterusan.Macam-macam ya...itu mengikut ajaran Syiahlah...tapi jangan kita ikut pula amalan mereka tu...nanti tak pasal-pasal kena tangkap.

avatar

saya ada nampak di masjid UPM beberapa orang arab tak tau dari mana meletakkan gambar seseorang di tempat solat mereka...mungkin gambar imam/pemimpin syiah mereka...

Jom terjah entri terbaru saya - Mr. Bean Masuk Islam - Penerimaan Dunia Islam Dan Zionis Yahudi Yang Berbeza

avatar

perkongsian yg baik

yg benar itu jelas, yg batil juga jelas...sama2 kita memohon hidayah Allah utk memandu kita ke jalan yg diredhaiNYA

avatar

semoga Allah selamatkan akidah kita..Akidah ahli sunnah waljamaah

avatar

saya juga pernah melalui saat dimana terlihat sndiri penganut ajaran syiah ini solat, di tepi sy.. mmg pelik sangat2...
tp x ada plak batu atau pun kain yg diletakkan didepan tempat mereka sujud kerana sy brada berdekatan dengan "DIA" minah arab yang mngkin dtg stdy kat UNI tmpat sy blajar ni... mula sy menegur cara pemakaian telekung solatnya, tp x tahu plak dia ni pengikut syiah.. tetiba ternampak tepukkan tangan 3x yang di tepuk dipahanya slps selesai solat... apa lagi tunggu sy kluar terus dari madrasah tempat sy solat 2.. takut di tegur di plak nnt...

avatar

syiah rafidhah pencela sahabat dan pelaku nikah mutah di Indonesia pun gerakan mereka semakin nampak

avatar

Ya Allah,Ya Robb...jauhkan lah kami,anak cucu kami,saudara2 kami dr dipesongkan akidah oleh golongan2 syiah yg sesat lagi menyesatkan

avatar

Ya Allah,Ya Robb...jauhkan lah kami,anak cucu kami,saudara2 kami dr dipesongkan akidah oleh golongan2 syiah yg sesat lagi menyesatkan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.