blogger lelaki logo

Puitis Denai Hati

2 Komen
denai hutan
Kredit gambar untuk UPM.


Denai hati
Kadangkala ia suka
Kadangkala ia duka
Kadangkala ia tabah
Kadangkala ia rebah
Kadangkala ia sendiri
Kadangkala ia ditemani
Kadangkala ia terasa hati
Kadangkala ia memaafi

Hati yang sepi minta ditemani
Hati yang ditemani minta disayangi
Hati yang disayangi minta jangan dikhianati
Hati yang di khianati minta jangan diulangi

Denai adalah laluan kecil di dalam hutan, teringat masa kecik aku suka berlari menyelusuri denai dihutan. Terasa sungguh nyaman, udaranya cukup segar mengisi paru-paru. Ada denai itu menuju ke anak sungai, airnya sejuk dan nikmati. Denai itu kini mungkin sudah tiada, lama sungguh tidak aku ke sana, ke tempat pemainan aku semasa kecil.

Ada rasa rindu ingin kesana, tapi masa tidak terluang waktu lagi. Kini aku hanya menyelusuri jalan raya, yang penuh dengan karbon monoksida, debu-debu berterbang menusuk ke paru-paru. Lansung hilang rasa ketenangan, tidak seperti denai yang aku sangat suka diwaktu dahulu.

2 Komen untuk "Puitis Denai Hati"

avatar

denai hati...yang pasti ia terlalu rapuh dan goyah jika tak disuburi dengan iman & taqwa..

avatar

yup..itulah pegangan kita

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.