blogger lelaki logo

Obses Dengan Nombor

33 Komen
Nombor atau angka, sesuatu yang penting didalam kehidupan kita. Aku ambil contoh paling senang la, sekarang dah pukul berapa, kita tengok jam kan? salah, sebenarnya kita sedang tengok nombor. Macam Broframestone selalu update dekat status facebook dia 7:07..hahaha...nampak tak bertapa pentingnya nombor dalam hidup kita.

Dengan menggunakan nombor juga la kita menilai kekayaan seseorang. Sapa orang yang paling kaya dekat Malaysia ni, orang akan tanya berapa aset yang dia ada. Dan orang akan sebut jumlah aset dia didalam bentuk nombor. Contohnya Mahmud Taib berapa jumlah harta dia? Korang fikirlah sendiri..hmmmm

Sebenarnya aku mula terfikir pasal nombor ini selepas membaca satu entri terbaru daripada bro Hasrul Hassan pasal kepercayaan blogger terhadap Angka.

Obses Dengan Nombor

Tapi topik aku hari sebenarnya nak bercerita tentang macam mana orang kita obses dengan nombor tak mengira lelaki atau wanita. Banyak perkara yang ada dimasyarakat kita ini berkaitan dengan nombor. Dan sememangnya inilah yang wujud di dalam masyarakat kita.

Kita tak sedar sejak dari kecil lagi kita sudah diajar untuk obses dengan nombor. Bagaimana? Masihkah kita, masa kita sekolah dulu, bermula dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah bersambung pula ke institut pengajian tinggi. Kita telah di paksa untuk obses dengan nombor-nombor yang melambangkan kehebatan, kecemerlangan, kelayakan dan bermacam-macam 'ke'.. lagi. 

Setiap tahun apabila kita dapat buku rekod sekolah. Semua kawan-kawan sibuk duk tanya, "awak dapat nombor berapa?". Balik rumah mak ayah pula tanya, "awak dapat nombor berapa?". Tak abis dekat situ, sebelah petangnya mak cik jiran sebelah pula datang bertanya dengan mak kita,"anak awak dapat nombor berapa?". Pada sebelah malamnya ayah pula bising, "tahun depan ayah nak awak dapat nombor satu" sambil mak duk sebelah menyampuk "Tak malu ke dengan anak jiran sebelah tahun nie anak dia dapat nombor 3". dekat sekolah keesokanya pula cikgu pula cakap, "sapa dapat nombor paling corot kena turun kelas"...adeh -.-

Sampai sudah kita dimomokkan dengan nombor sampai terbawa ke dalam mimpi..hahaha..mimpi nombor ekor la tu..yang ni kita tak suka. Ini pun kisah orang obses dengan nombor jugak ni. Salah satu sikap orang kita jugak ini, bukan semua tapi segelintir ajelah, yang obses dengan nombor ekor.

Ada orang yang obses dengan nombor ekor ni sanggup pergi jumpa bomoh, pergi puja kubur sebab nak minta nombor ekor...yang ini memang tahap dewa la punya taik judi...ada juga yang secara kecil-kecilan pula pantang ada eksiden, mulalah nak berhenti tepi jalan, bukan nak tolong orang eksiden tapi nak pergi tengok nombor kereta, boleh tikam big small takpun tapau semua sekali..hahaha...durjana orang macam ini. Insaf la wei.

Kalau nak kira memang banyak lagi perkara yang orang kita ni obses sangat dengan nombor, tu belum cerita bab nombor plate kereta, nombor telefon, bab dulang hantaran, bab tarikh-tarikh, bab bilangan hari dan bermacam-macam nombor lagilah. 

Tapi ada yang juga obses dengan nombor berkaitan agama seperti selalu guna nombor 786 dan 777..Tetapi kalau obses dengan nombor 666 tu pula bapak setan punya nombor, jangan ikut pulak.

Harap-harap jangan la pula kita lupa tentang nombor yang wajib ni iaitu 24434...hehehe...Apa-apa pun jangan kita biarkan hidup kita diselubungi dengan nomborrrrrr.

33 Komen untuk "Obses Dengan Nombor"

avatar

yes! nombor tu tak bleh lupa :)

.

avatar

nombor apa deno..hahaha

avatar

aiza suka no.8.. nombor telefon pun mesti cari yang ada bayak no.8.. kalau tanya sebabnya tak tahu kenapa aiza suka no. tu..

avatar

hahaha..ada juga yg macam tu

avatar

nombor sukar menipu. Jadi, gua agak percaya gak dengan nombor.

avatar

tak semua perkara boleh dinilai secara quantitative. kadang2, ianya perlu dinilaian melalui qualitative...

avatar

jgn duk percaya dgn nombor sudah la bro..hu3

avatar

orang kita terlalu obses dgn nombor dalam mendidik anak-anak..yang penting dapat nombor satu dalam kelas..yg ni kena ubah

avatar

nombor. kod rahsia buat hati. hihih. tetibe lak kan :D

avatar

ramai orang kita taksub dengan nombor, g berjudi.. belum penah aku tengok orang berjudi boleh beli kete mewah dan hidup senang selamanya.. hahaha

avatar

ceh..ada pulak kesitu..macam2 la org tgh hanyut bercinta

avatar

jadi taik judi ada la bro...jgn duk buat bro..tak baik..lagi baik belanja gua makan cendol

avatar

Tp bila fikir balik bagus juga ada sistem nombor ni. Boleh mendorong pelajar2 untuk sama-sama bersaing secara sihat. Tapi yang tak eloknya kalau mak ayah tu lah terlalu obses dalam mendidik anak-anak. Yang penting ada peningkatan dalam pelajar.. tu yang terbaaek.

avatar

sy pergi mana2 ada kaitan dg nombor sllu kalau tak kena no 25 akan mesti ada no 9.. btw no 2,5 atau 9 antara no tak lari dr kehidupan saya..tu yg saya perasan ler

avatar

betul mmg itulah tujuan asal sistem yg digunapakai..tapi org kita pula jadi terlalu obses tu yg tak elok..hu3

avatar

hahaha..tunggu apa lagi pergi tikam la..mcm cantik je nombor tu...

avatar

den tiap2 hari berhadapan dengan nombor , sudah sinonim , kalkulator sentiasa di sisi...:)

avatar

satu artikel yang menarik berkenaan number...

avatar

ha3..tu bro banyak kira duit..xpe masyuk..

avatar

no yang ada ong.. orang yang berduit.. sanggup beli no plat no cantik2 mnaa..

avatar

masa zaman sekolah memang asik nombir jer, lagi lagi yang awak dapat no berapa, hehee

avatar

angka favorit saya 7 sob, karena saya ngefans saya pemain bola nomor punggung 7 semuanya

avatar

nombor 24434 tu yang jangan lupa dan tinggal tu. solat 5 waktu tuu. hehe. gua memang minat math dari lahir.

avatar

aku pening dengan nombor ni..huhuh

avatar

assalamualaikum wbt...

orang math / stats...selain obses dengan nombor, mereka juga obses sungguh dengan table dan msExcel... muahahahaha...
bagi lah sistem canggih tara mana pun, ang tak bagi depa .xlxs tu memang depa reject...

avatar

jangan main nombor ooo.. ustaz mare

avatar

Betul tu..dengan nombor kita boleh jadikan panduan dalam kehidupan seharian..

avatar

dah pening dengan nombor. hehe

avatar

nombor?? Errrr..mak alergik ngan nombor. Kalo soh mak manage nombor bnyk2, mula la rasa nak demam tak kebah2!

Tp kalo bg duit bnyk2, takpe. Tu mak x alergik! keh keh keh..

avatar

24434...ni talian wajib kena dail tiap2 hari...terbaiklah bro!

avatar

Tapi jangan lupa dengan nombor 999, jika ada masalah kecemasan..

avatar

Salam perkenalan...Mari singgah di sini sebab blog ini menjadi penaja kontes review klinik cinta...ada masa singgah kat blog saya ye...he..he.. jgn kuca lana sudah le...

avatar

Aku memang obses dengan nombor ni. No handphone aku beli dengan harga ratusan untuk dapat nombor cantik. No plate kereta aku masuk tender jugak sebab nak nombor cantik. Haha

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.