blogger lelaki logo

Minda Kita Mudah Di Brainwash?

20 Komen
Brainwash adalah membuatkan seseorang itu menerima pakai kepercayaan yang baru atau berbeza dengan menggunakan teknik yang sistematik dan berulang-ulang secara paksa. 

Aku pun tak faham sangat dah apa kau tulis dekat atas tu. Macam ini lah lebih kurang maksud dia, kita cuba mengubah pemikiran orang tu dengan menghasut dia untuk percaya sesuatu fakta dengan cara paksaan.

Minda Kita Mudah Di Brainwash?

Entahlah ada orang faham ke tak pejelasan aku tu. Lantak la yang tu!..Tapi yang menjadi persoalan kini adalah senang sangatkah orang kita ini di 'brainwash'? Sebabnya kita sering mendengar berita orang kita sangat mudah diperdaya dengan segala macam bentuk penipuan, bukan satu dua tapi banyak kali.

Sejak bertahun-tahun orang kita tak pernah terlepas daripada ditipu skim cepat kaya, walaupun nama skim silih ganti bertukar, tetapi cara dan sistem yang dijalankan adalah hampir sama. Namum orang kita yang sudah tahu, tetap jua terjerumus ke dalam perangkap mereka. 

Mengapa, adakah disebab manis mulut si promoter itu, atau tersangat lemah minda kita untuk menilai baik buruknya sesuatu, mungkin juga kita mudah gelap mata dengan gandaan duit yang dijanjikan, atau apakah disebabkan sifat tamak haloba yang memerangkap kita?

Namum ada banyak cara sebenarnya yang digunakan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk memanipulasi minda kita, agar menpercayai sesuatu mengikut kemahuan atau fakta yang dibawa oleh mereka. Mari kita tengok siapa yang kena, minda siapa yang sudah berjaya dibrainwash hari ini?

Mungkin pernah terjadi kepada kita salah satu daripada yang berikut:-

  • Manipulator akan menawarkan kita beberapa pilihan, tetapi semua pilihan itu membawa kepada kesimpulan yang sama.
  • Idea atau frasa yang sama sering diulang-ulang untuk memastikan ia melekat di dalam otak kita.
  • Informasi pendek ringkas di sampaikan secara konsisten kepada kita, informasi ini membuatkan kita merasa teruja untuk tahu lebih lanjut, dan membuat kita ternanti-nantikan jawapan daripada manipulator tersebut.
  • Manipulasi emosi digunakan untuk meletakkan semangat kita berada ditahap tertentu, kerana ini kita sukar untuk menggunakan logik akal. Mungkin digunakan dengan cara menimbulkan emosi kesian, marah, sedih, gembira dan sebagainya.

Jadi berhati-hatilah kita kerana mungkin manipulator sedang mengawal apa yang kita tonton dan baca. Nampak tak permainan mereka, aku tak mahu hurai panjang-panjang. Korang boleh renung dan fikir sejenak.

20 Komen untuk "Minda Kita Mudah Di Brainwash?"

avatar

Skim cepat kaya, gores dan menang etc etc

avatar

yup..itu belum cerita bab ajaran sesat dan syiah yg ada juga orang kita mudah terpengaruh

avatar

antara lain yang kerap, terima panggilan(telemarketing) tiba-tiba dah masuk insurance setahun lepas, mintak renew.

avatar

selalu juga mereka datang dengan contoh orang yang telah berjaya.. misalnya individu berkenaan kononnya telah berjaya membeli kereta mewah dan rumah yang besar hasil dari skim berkenaan.. memang kita mudah terpedaya dengan contoh-contoh sebegini.. jadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran untuk kita.. gunakan logik di dalam berfikir, tiada benda yang mudah diperolehi tanpa usaha yang gigih..

avatar

selalu jugak kena yang macam ni..hampeh betul la

avatar

salah teknik unutk mengaburi mata kita

avatar

salam :)

brainwash lebih sesuai digunakan para guru supaya apa yang diajar murid2,senang lekat.brainwash juga perlu digunakan oleh ustaz/ustazah supaya penuntutnya mahir tajwid.brainwash jugak perlu bagi majikan supaya dapat melahirkan staff yang kreatif,inovatif dan berproduktif.

tapi kalau minda terpengaruh dengan pelbagai skim mudah jutawan,alamak...duit melayang....family semua pun tak sayang he3...

avatar

betul jugak tu..kita perlu brainwash ke arah kebaikan

avatar

haha..hari-hari kerja gua..brainwash orang. haha

avatar

hahaha..itu gua tak tau bro..

avatar

teringt time sekolah dulu2.
be4 exam bsr msti cikgu bg brainwash, pehtu, mule lah sume nak pkt muhasbh ngis meraung2. but, just for 1 day. 1 day, plg lame pun sminggu.keh3 ;p well, cikgu xkan mampu nak brainwash kitorg tiap2 ari..bhaha.

avatar

bukan kah blogger macam kita ni yang selalu brainwash orang haha

avatar

hu3..semua orang pernah kena tu..

avatar

kalau kita mampu untuk mengawal emosi para pembaca..memang hebat tu..boleh jual semua barang yg kita promot dkt blog ni kna..hu3

avatar

weekend aku kasutsekolahwash je..

avatar

hahaha...penting jugak tu bro

avatar

jika kita naif, kita mungkin mudah di brainwash :)

avatar

hu3..betul tu bro..jgn mudah terpedaya

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.