blogger lelaki logo

Mengenang Jasa Ibubapa Kita

2 Komen
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ketiga aku menjadi Mr. Mama menjaga anak aku, Alisya. Syukur, semuanya berjalan lancar tiada sebarang masalah, Alisya belum lagi pandai buat kerenah teruk-teruk. Setakat menangis, itu biasalah, budak kecil kan, dengan cara menangislah dia nak berkomunikasi dengan kita. Dia bukannya reti nak bercakap nak beritahu kita.

Kadang-kadang je Alisya buat hal, ada masanya dia jadi susah nak tidur, padahal nampak sangat dah mata dia dah mengantuk, tapi saja je celik mata luas-luas. Tapi adakalanya silap aku juga, memang susu dan bagi minum, tapi terlupa pula aku nak check lampin dia, sekali dia berak daa..patut la susah nak tidur. Kita kena faham jiwa bayi ni, kalau tidak memang susahlah nak jaga dia.

Jasa Ibubapa Kita

Sebenarnya setelah aku menjaga anak sulong aku ini, membuat aku terfikir bagaimana agaknya ibu dan ayah aku menjaga aku sewaktu kecil dulu. Aku ada buat perangai teruk-teruk tak? sampai ibu aku terpaksa berjaga sampai ke pagi. Asyik menangis siang dan malam ke tak?...Hmmm...Kini baru aku mengerti bertapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu dan ayah aku untuk membesarkan menjadi manusia berguna. 

Daripada lahir hinggalah aku mampu untuk menyara diri aku sendiri, entah banyak mana jasa ibu dan ayah buat aku. Jika korang tanya aku, siapa manusia paling hebat di dunia ini, bagi aku orang yang paling hebat itu ada ibu dan ayah aku.

Lagipun keluarga kami bukannya dari golongan berada. Masih segar di dalam ingatan aku, bagaimana rumah kami dulu bermula daripada rumah buluh beratap nipah hingga kini terbinanya rumah batu. Semasa rumah kami dahulu berdinding buluh, aku masih ingat, selalu sangat aku dan ayah aku sebelum tidur merenung ke bulan. Sebab ayah Sungguh indah saat itu. Aku sempat merasa susah senang keluarga aku, perlahan-lahan rezeki keluarga aku bertambah. Kiranya ia satu kejayaan buat ibu dan ayah aku yang tiada pendidikan tinggi, namum membesarkan kami sehingga berjaya semuanya.

Kini giliran aku pula untuk merasa apa yang sudah ibu dan ayah lalui dulu. Jasa ibu dan ayah tiada bandingan, hanya tuhan sahajalah yang membalasnya nanti. Dan berdoalah agar aku juga mampu menjadi manusia hebat menjaga dan mendidik anak-anak aku sehingga menjadi orang yang berguna.

Korang tahu tak, kenapa kita selalu sebut ibu dahulu baru bapa?..hu3

2 Komen untuk "Mengenang Jasa Ibubapa Kita"

avatar

bila kita dah jadi ibu/ayah baru kita dapat rasa pengorbanan dan betapa besar jasa mereka.

avatar

itu la pasal...lebih terasa untuk menghargai ibubapa kita

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.