blogger lelaki logo

Lelaki Yang Sempurna

22 Komen
Mencari lelaki yang sempurna? Bukan disini, lelaki ini serba kekurangan. Tetapi aku nak bercerita pasal kesempurnaan. Semua perkara kalau boleh kita mahukan ia sempurna. Banyak perspektif kita boleh lihat makna kesempurnaan. Sempurnanya sesuatu itu, ia bergantung kepada diri sendiri yang menilai dan melihatnya. Pandangan setiap dari kita mungkin berbeza.

Lelaki Yang Sempurna

Kita mencari kesempurnaan di merata-rata, kita nak cari suami atau isteri yang sempurna, kita nak keluarga kita sempurna, kita nak kerjaya kita sempurna. Banyak bendalah nak dikira, tapi kalau boleh biarlah kita cari kesempurnaan dari pandangan Allah s.w.t juga.

Ada orang yang jenis Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Orang jenis ini mahukan semua perkara nampak sempurna, biar teratur. Jikalau ada kurang dimata beliau, serba tak kena jadinya. Contohnya dimeja makan, kena dihidangkan dengan elok, hidangan pula semua kena lengkap, kalau tak cukup satu menu, boleh hilang selera dibuatnya, hampeh...sehinggakan sekecil-kecil perkara pun akan nampak besar dimata beliau. Mereka ini sungguh teliti mencari kesempurnaan.

Ada orang pula mencari kesempurnaan dengan berfikir orang itu akan sempurna jika orang itu mengikut cara atau idealogi dia. Jika orang lain tak sekepala dengan dia, serba tak kena, yang ini tak betul, yang itu pun salah. Bagi mereka golongan atau kumpulan dengan idealogi mereka sahaja yang betul dan sempurna, jika orang lain berbeza pendapat akan dianggap tidak sempurna.

Tanggapan manusia terhadap kesempurnaan ini bermaca-macam ragam. Ada yang menganggap kemewahan itu sebagai lambang kesempurnaan. Semuanya cukup lengakap dengan gaji besar, jawatan besar, kereta besar, rumah besar dan bini pun besar, bagi mereka itulah tanda kesempurnaan, iya betul itu memang sempurna, sempurna dari segi harta kekayaan. Tapi jangan lupa itu semua hanya pinjaman..hehehe..kena bayar balik nanti.

Kalau nak cerita bab sempurna ini takkan habis dengan satu artikel aku ni, jadi apa kata korang pula , beri komen pasal kesempurnaan ini.

22 Komen untuk "Lelaki Yang Sempurna"

avatar

Lelaki sempurna... Kommonnn la... Perempuan punya sikap je nak sempurna, kita lelaki biasa lek2 sudah -_-

avatar

hu3..betul tu bro..kadang2 lelaki ni lebih suka yg simple2 je

avatar

lelaki sempurna? dia tak buat hal kat luar dan jaga family ngan baik..itu dah kira sempurna dah bagi kenit haha.

avatar

hahaha..begitu pula sempurna bagi Kenit

avatar

takda yg sempurna pun. masa bercinta tu sempurna lah kot tp bila dah kawin tu, baru tau sempurna ka tak :D

avatar

kesempurnaan itu sebenarnya apabila kita saling melengkapi

avatar

tiada yg sempurna... sbb tu kita perlu dipasangkan sbb pasangan tu yg melengkapkan kita...

avatar

betul tu..kita saling perlu untuk saling melengkapi untuk jadi sempurna

avatar

kesempurnaan itu akan dikecapi dengan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. . tapi yang paling utama,sempurna nya seorang lelaki dengan iman dan taqwa kepada Allah . .

avatar

yup itulah yg sebaiknya

avatar

XMO YG SMPURNA SGT .. NAK YG BILE ADE DLM IDUP DIE . BRU DIE ASE SMPURNE . KIHKIH . AUWWW . JIWANG GITUWW

avatar

layan jiwang la plak ptg2 nie

avatar

tak perlu nak sempurna sangat.. terima kekurangan dan juga kelebihan

avatar

itu lah yg seeloknya

avatar

pada pandangan aiza, sempurna tu tak penting pun.. yang penting saling lengkap-melengkapi.. tak kira la samaada dalam institusi kekeluargaan, sahabat, atau pasangan suami isteri..

avatar

betul, itu yang penting. insyaAllah kita tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

avatar

insyallah bro....

avatar

Hehe..lelaki yang sempurna..mana ada..kan?emm sempurna di mata manusia memang boleh buat..tapi sempurna di mata ALlah..susahhh..

avatar

LELKAI SMEPURNA DI MATA WANITA BILA MANA DIA MAMPU MENJAGA HATI PASANGAN.. DENGAN KESETIAAN, KEJUJURAN SERTA TANGGUNGJAWAB..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.