Lelaki Idaman Wanita

Lelaki Idaman Wanita

Di dalam artikel yang lepas kita sudah bincang pasal wanita idaman lelaki. Kali ini tiba giliran wanita pula untuk membuat pilihan lelaki idaman mereka. Jangan cari yang ensem je cik adik oi, jangan sebarang pilih, nanti esok dah kahwin hidup merana, siapa yang susah.

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki idaman wanita, inilah ciri-ciri untuk seorang lelaki yang bakal bergelar suami. Lelaki yang menjadi dambaan setiap wanita muslim. Seorang lelaki yang mampu menjadi ketua keluarga, mengalas tanggungjawab untuk membimbing wanita itu kelak, dan juga menjadi seorang bapa yang baik untuk anak-anak.

Wahai lelaki sekalian, sudahkah anda bersedia untuk menjadi  lelaki pilihan di hati para wanita dan awek-awek cun sekalian. Nah ini dia 10 ciri lelaki calon suami terbaik :-

1.) Kuat Amalan Agamanya – selalu menjaga solat fardhunya, sentiasa berjemaah, amat menitikberatkan hal-hal agama.

2.) Berakhlak Mulia – menanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri, pandai mengawal pertuturannya, sopan santun serta memiliki keperibadian terpuji.

3.) Tegas Pertahankan Maruahnya – menjaga diri di dalam batas pergaulan serta tidak mengunjungi ke tempat-tempat yang tidak senonoh.

4.) Amanah – di dalam mengalas tugas yang diberikan, tidak pula menyalahgunakan kuasa serta pangkat.

5.) Tidak Boros, tapi bukan kedekut – lelaki juga perlu pandai berimat cermat ketika berbelanja, menguruskan kewangan dengan bijaksana.

6.) Menjaga Pandangan – matanya tidak liar usha awek-awek yang lalu lalang dihadapannya.

7.) Menjaga Pergaulannya – tidak mengamalkan cara hidup bebas, bercampur baur antara lelaki dan perempuan.

8.) Mempunyai Kawan Yang Baik – orang tua selalu pesan “jika kita berkawan dengan orang suka ke masjid ,kita juga akan suka ke masjid” , jadi kawan-kawan ini juga memainkan peranan, sebab orang lelaki ni suka berkawan.

9.) Bertanggungjawab – boleh dilihat cara dia melayan dan menjaga ahi keluarganya yang terdekat.

10.) Setiasa Tenang – orang muda cakap ‘cool’ didalam menghadapi tak kira suasana, seaktu bekerja dan waktu kecemasan.

Share this:

Disqus Comments