blogger lelaki logo

Lelaki Bantu Buat Kerja Rumah

51 Komen
Malukah lelaki untuk membantu isteri buat kerja rumah seperti mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk, memasak, basuh baju, jemur baju, menjaga anak dan bermacam-macam lagi, yang selama ini ramai kaum lelaki menganggap ini kerja remeh dan ianya terletak di bahu wanita semata-mata.

Sebenarnya tanggapan sebegini bukannya salah sesiapa, kita sudah terbiasa dengan adat kita sejak dari zaman dahulu yang sudah termaktub bahawa kerja rumah ini adalah tugas hakiki kaum wanita.

Lelaki Bantu Buat Kerja Rumah

Kita tahu lelaki kepenatan selepas seharian keluar bekerja mencari rezeki. Namum bukan itu alasannya, kita kan lelaki gagah perkasa, takkan nak tolong lipat baju pun tak larat..huhuhu...dimanakah keperkasaanmu wahai lelaki semua. Hari minggu mungkin masa yang sesuai untuk lelaki membantu isteri membuat kerja rumah, seperti tolong isteri mengemas rumah, sapu lama rumah dan lain-lain.

Bukan aku nak kata lelaki ini tak bagus, malah ada juga yang rajin tolong isteri di rumah. Cuma kadang kala pandangan masyarakat kita yang tak mahu berubah, sebab ada saja yang duk mengejek jika ada kaum lelaki yang buat kerja rumah, dayus la, laki takut bini la. Apa ni, orang tu tolong isteri dia la beb, dapat pahala, bukan kerja sia-sia, silap-silap malam nanti dapat upah lagi..aummm...

Pada aku salah satu caranya untuk kita buat kaum lelaki jadi rajin dan mahu membuat kerja rumah adalah dengan cara asuhan dari sejak kecil...sebab ada keluarga jiran sebelah rumah aku dulu..semua anak-anak dia kena buat kerja rumah tak kira lelaki ke perempuan.

Selepas makan semua orang kena basuh pinggan masing-masing. Setiap petang aku akan tengok adik beradik mereka akan bergilir-gilir sapu sampah dekat laman rumah.

Mereka telah diasuh dengan cara begitu, dan sudah menjadi tebiat mereka begitu..Insyallah mungkin melekat sampai ke tua..lama tak jumpa jiran aku tu, sejak dia pindah rumah.

Bukan niat aku nak menperlekehkan kaum lelaki dalam hal ini, jangan ada yang terasa, cuma kita nak wujudkan suasana tolong menolong di dalam rumah tangga kita. Tak kesian ke tengok isteri kita tiap-tiap hari buat kerja tu. Sekali - sekala tolonglah dia juga, buat apa yang patut.

Aku harap aku tak menyinggung perasaan sesiapa dengan penulisan kau ini, aku cuba karangkan daripada setiap pemerhatian aku di dalam kehidupan seharian. Mungkin ada pandangan lain juga boleh kita sama-sama kongsikan.

51 Komen untuk "Lelaki Bantu Buat Kerja Rumah"

avatar

he benda ini memag ni asak utk anak kecil saya dh suruh anak gak btw dia girl skrg dia pula tukang sibuk nk mmbantu heee...

avatar

kalau dah kawin jangan masing2 mau jadi bos tu kurnags etuju tapi cuba kita bantu masing-maisng dalam bab mengemas, mamasak saya rasa kebahagian rumahtangga pasti akan lebih aman dan saling menghargai

avatar

baguslah suri didik anak mcm tu...tapi sbnrnya..apa yang isteri buat tu semua pahala..cuma terasa ringan beban kalau suami membantu..:)

avatar

sekarang ni memang dah ramai lelaki yang rajin buat kerja rumah..mugkin sebab dah biasa hidup berdikari dan jauh dari keluarga. Jadi bila dah kahwin pun mereka akan rajin tolong isteri di rumah.

avatar

perlu sangat asuh anak lelaki dari kecik buta kerja rumah. dah kahwin memang banyak bantu isteri terutamanya dalam pantang nanti, yang paling tak terkalah ada fadhilatnya.

avatar

Pandangan yang memperlekehkan suami membantu isteri ni adalah pandangan lapuk yang menindas para isteri secara halus. Suami yang penyayang adalah suami yang bijak memenangi hati dan perasaan isterinya.

Menolong meringankan tugas isteri di rumah adalah salah satu strategi memenangi hati dan perasaan isteri. Suami yang bijak adalah suami yang handal dalam menggunakan strategi memenangi hati isteri.

Suami yang menggunakan kekerasan untuk menundukkan para isteri adalah sebenar-benar lelaki dayus.

avatar

ey, who simply said tht guy couldn't hang around with kerja rumah. my dad did help mom when she's not feelin well,, wuu tapi ayah masak tak sdp lah..kehkehkeh. smpt lg ngutuk. ;D WELL, Just back to reality..wahaha. tapi die, bleh masak je, lipat bju or other thn tht, xleh -________-'' aku ler yg jadi mngsa.. pft.

avatar

aishh.. apa nak malu? kan memnolong isteri dirumah tu akan dapat pahala? aishh.. xkan xnk pahal kot.. heee..

avatar

done follow sini no. 30
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http:[email protected]/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

avatar

untung la dapat suami mcm ni :D

harap korang boleh lawat blog sye yg x seberapa nih

www.ceritaapakah.com

kalau ada yang x suke sila comment yeee

:D

avatar

tak kira laki ke pompuan..didikan sejak dari kecil mmg penting

avatar

setuju tu...sama2 menbantu meringankan beban

avatar

betul tu..mmg besar pahala isteri yg membuat kerja rumah ni..tp xkan suami nak tengok je kan...hu3

avatar

kalau kita dh terbiasa tolong ibu kita dirumah..mungkin kita akn ringan tulang jugak nak bantu isteri kita...

avatar

yup bro..gua sokong fadhilat paling tak terkalah itu yg perlu kita kejarkan

avatar

yup..betul tu.. :)

avatar

bukan xde bro golongan yg masih terperangkap dgn pemikiran kolot mcm tu...ramai lagi

avatar

haha..itu yg buat lelaki malas nak masak..tapi kira okey la tu..dia berani jugak mencuba..respek ayah awak dan ayah saya juga..hahaha ayah saya pun xbest bila masak dulu2

avatar

sepatutnya suami isteri saling bekejaran merebut pahala...hu3

avatar

hu3..dah melawat kawasan pun

avatar

Bagus artikel ni... best! Saling membantu bukan utk menjatuh ego sesiapa... thumbs up lah!!!

avatar

Eh, akak dtg membalas kunjungan follow #31.. hehe..

avatar

apa salahnya sesekali suami membantu isteri melaksanakan kerja rumah.. isteri pun da bantu suami untuk menambah pendapatan dengan bekerja.. hidup suami isteri kan harus saling lengkap-melengkapi..

avatar

p.s: blog aiza loading lambat sangat ya? ada tips tak camna nak cepatkan loading blog?

avatar

padahal laki-laki yang jago masak itu keren lho

avatar

Menolong dan menyelesaikan tugas orang perempuan tidak bererti hilang macho dan kehilangn kejantanan. Sebaliknya ramai yang menghargai lelaki yang suka meringankan beban orang perempuan di dapur ni.

avatar

auu auuu.. saja je aku tulis tu ya, laki buat keje dapur ok jer. mana lah tahukan, isteri sakit ke... takde le mengelupor cari kedai mamak.

avatar

jago tu jaguh ke bro..

avatar

bagi aku ok jer sebab aku pun buat kerja dapur x rasa apa apa pon, biasa jer

avatar

sedangkan nabi tolong siteri buat keje rumah...

avatar

orang kata nampak cute kalau buat keje umah..hahaha

avatar

makin bertambah macho kan..hu3

avatar

hu3..betul jugak tu bro

avatar

haha..cute + macho = jambu

avatar

Biasanya saya jadi jong basuh dan jemur kain dan sapu lantai aje..hehe

avatar

Kalau bab mengemas dan menyapu memang paling saya malasss nak buat. Tolong perkara2 lain spt basuh & sidai baju, memasak, basuh pinggan dan apa saja...takde hal!
Isteri perlu di bantu terutama jika isteri pun bekerjaya...Ini adalah cara utk rumahtangga aman dan bahagia.

p/s: Mungkinkah permintaan anda tertunai kali ini? Sila pastikannya sendiri...

avatar

assalam, takan jatuh martabat seorang lelaki bernama suami sekiranya mahu dengan seikhlas hati membantu tugasan rumah tangga, malah lebih dipandang tinggi kerana mengikut sunnah Nabi... kan Nabi juga rajin membantu dalam urusan rumah tangga...wallahu'alam..

avatar

okey dah tu bro..dah ringan sikit beban isteri

avatar

hahaha..terima kasih bro..

avatar

betul tu..sedangkan Nabi pun buat macam itu..takkan kita taknak ikut kan.

avatar

yang muja tahu, keje rumah mmg keje lelaki sebenarnya,, cuma perempuan mmg dia dilahirkan dengan sifat penyayang dan dia buat semua keje tu kerana kasih sayangnya :D

avatar

yup sebab buka la kitab apa pun xpernah tertulis kerja rumah tu tanggungjawab wanita..hu3..tanggungjawab wanita adalah melayan suami dan taat kepada suami.

avatar

Haaa, tau tak tahu... Aku tiap2 pagi bangun awal kemas rumah... Dah kemas tu, tambah lagi dengan buat sarapan...

avatar

keep it up bro..suami mithali

avatar

Suami Muslim yang sejati adalah suami yang sentiasa membantu isterinya with the household chores.

avatar

pandai pilih tajuk entri yang menarik pembaca untuk hantar komen.Gud Job!Husband CM pun selalu tlg sama-sama buat kerja kat umah.tu yang boleh buat partime blogger ni..hee..(ishh..teruk ni..)maksud CM, yang mana suami boleh tolong dan kerja tu berat sikit sprt mop lantai, bersihkan habuk2 kat rumah ke..biarlah lelaki yang buat kan,isteri buatlah kerja yang sesuai sprt masak, lipat baju dan lain2..

avatar

perlu diingat isteri juga bekerja malah lagi jauh dari tempat keje suami. kita balik jer terus ke dapur tak sempat letak ponggong, kdg2 tudungpun tak sempat buka... tengok2 apa yg bole dimasak untuk makan malam. sang suami bole dok dalam bilik main handphone. kalau setahun dua tu bole la sabar.... kalau dah masuk 20 tahun sape bole sabar. dah la gaji isteri lagi besar so dia yg perlu selesaikan lebih perbelanjaan rumah tu. ego sang suami tu bole buat isteri naik antu

avatar

klu menurut islam semua tugas dan kerja di rumah mmg tanggungjawab suami dan isteri hanya membantu. klu zaman dulu mmg la isteri yg buat semua sbb ramai isteri suri rumah. tp zaman skrg ni bila isteri pun dh keluar bekerja kenalah berlaku adil bahagikan tugas sama rata. suami kena igt yg keluar bekerja mencari rezeki bkn tanggungjawab isteri pun. ni baru cuci pinggan sikit dah rasa mcm buat byk kerja dh penat pastu masuk bilik baring main henpon. isteri yg berjam-jam berdiri kat dapur nak masak dia tak fkr. nak mkn pun demand tak nak mkn masakan sama bosan dh katanya. isteri pun usahalah cari resipi baru untuk dimasak setiap minggu. tu pun boleh kata isteri malas lagi...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.