Tags:

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013/2014?

Oleh kucha lana Pada:
Kecoh hari ini pasal pelarasan kenaikan gaji baru penjawat awam 2013/2014. Aku pun tak pasti akan kebenaran berita ini, berdasarkan berita yang disiarkan di laman Beritaterkini.my. Pelarasan gaji baru ini dikatakan akan berkuatkuasa seawal disember 2013 nanti.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013/2014


Jika fikirkan logik mungkin ada benarnya sebab pada 25 Oktober nanti PM kita akan buat pembentangan bajet 2014. Mungkin inilah intipati bajet yang akan mengembirakan hampir 1.42 juta penjawat awam diseluruh Malaysia.

Tapi...ada tapinya pula, kalau nak difikirkan logik jugalah, pada bulan Julai 2013 yang lepas, penjawat awam sudah menikmati kenaikan gaji tahunan buat kali kedua untuk tahun ini. Untunglah penjawat awam tahun ini sahaja sudah dua kali naik gaji. Takkanlah ujung tahun nanti nak kasi naik gaji lagi...botak kepala macam ni.

Namum, bukan sekali ini sahaja tersebarnya berita yang hampir sama disetiap kali menjelang tarkih pembentangan bajet. Hampir setiap tahun pasti akan munculnya berita khabar angin sebegini, tetapi selepas bajet dibentangkan, semuanya terjawab, semua khabar angin itu tipu belaka.

Selalunya, menurut laman itu juga, sumber maklumat ini diperolehi daripada Putrajaya. Macam biasalah orang ada kabel kuatkan..huhuhu..semua maklumat dalaman mereka tahu. Aku kadangakala syak wasangka jugak, takkanlah perkara penting macam ini boleh terlepas kepada pengetahuan umum, bukankah sepatutnya jika adakan mesyuarat pasal dasar kerajaan ini adalah rahsia. 

Takkanlah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat, sungguh tidak professional, tak boleh nak tutup mulut. Tapi jika kita lihat pula kepada fenomena sekarang, semua perkara orang nak update je ke status laman sosial mereka, kononnya up to date kan.

Tak kisahlah yang tu, kalau betul khabar angin ini, syukur alhamdulillah. Jika tak betul semua pakat tepuk dahi. Tapi satu sahaja yang selalu kita runsingkan jika berlakunya kenaikan gaji penjawat awam ini, risau kalau-kalau ada barang naik harga...jeng...jeng...jeng...

Post Tags:

38 comments to ''Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013/2014?"

ADD COMMENT
  1. Salam ziarah.....
    Gaji naik,harga barang naik...itu sudah semestinya. Yg tak tahan tu, di sini baru ura-ura, di sana sudah naik mencanak-canak.Habis,camane tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la apa nak jadi ni..mmg la gaji penjawat awam dah naik..tapi gaji pak cik dkt kampung yang duk menoreh getah tu tak naik2..tapi brg semua naik..

      Delete
  2. Emm rezeki kakitangan awam..hehe..semoga kerja lagi rajin yer lepas ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki jangan ditolak..tapi jangan ada yg ambil kesempatan pula

      Delete
  3. Replies
    1. hu3..doa panjang2.biar PM terbuka hati nak sign bajet ni

      Delete
  4. Replies
    1. haiya bro pun lagi mau naik gaji ke?..

      Delete
  5. Replies
    1. syukur..orng memberi kita menerima..jgn duk naikkan harga barangan lepas tu sudah la

      Delete
  6. alhamdulillah sgt2 kalo betul. Tp harap2 x jadi la minyak baru naik, gaji baru angin2 nak naik TP harga semua brg dan perkhidmatan dah siap2 naik!!

    kesian la kat rakyat2 semua ni...hidup dah makin terhimpit dah nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang kita xnka dengar..padahal baru ura2 je pun..xnaik lagi..brg dkt kedai nak naik...

      Delete
  7. untunglah sesiapa yang menjadipenjawat awam tu..

    ReplyDelete
  8. aku lebih suka kalu kerajaan paksa syarikat swasta yang naik gaji hehe

    ReplyDelete
  9. Assalam. Walau pun saya bukan sebahagian penjawat awam , tapi syukur2 ..jika betul khabar itu.

    ReplyDelete
  10. Assalam. Walau pun saya bukan sebahagian penjawat awam , tapi syukur2 ..jika betul khabar itu.

    ReplyDelete
  11. cik akak ada terbaca kat wall berita terkini tadi...
    kalaulah rezeki...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  12. kalau betul ALHAMDULILLAH..syukur tu..harap2x menjadi..

    nak aku tegur, jomlah join segmen saya mahu ditegur..

    ReplyDelete
  13. minyak dah naik... terkini gula pun nak naik!

    kalau betul gula naik harga... kos makanan/minuman pun semua akan naik... ape laaa nak jadi...

    ReplyDelete
  14. untung la penjawat awam...lepas ni kena bersiap sedia banyak lagi harga barangan akan naik :)

    ReplyDelete
  15. Betul tu, sekarang org ramai mahu berita baik dirahsiakan supaya harga barang tak meningkat naik.. Tapi mcamana pun akan bocor juga.. Ada kenaikan alhamdulillah.. Nak tambah insurans tahun depan, maklumlah dah semakin tua hokhokhok..

    ReplyDelete
  16. Kalau betul la, Alhamdulillah. Hehe

    ReplyDelete
  17. dah nak dapat bonus nih hoho..harap2 5 digit kali nih hehe. bagi jeles skit

    - penjawat tak awam

    ReplyDelete
  18. kalau dapat gomen memang rezeki depalah

    ReplyDelete
  19. ada boleh percaya ada tidak mana satu nak percaya kita baca dan tengok nampak sahaja

    ReplyDelete
  20. ha? kakitangan kerajaan naik gaji? alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. Ahli politik suka sembang dulu baru buat. Yang paling kita takut , harga barang naik sebelum gaji naik.

    ReplyDelete
  22. gaji naik berkadaran dengan harga barang naik...benda yang tidak dapat dipisahkan selain daripada harga minyak naik...

    Jom terjah entri terbaru saya - Mr. Bean Masuk Islam - Penerimaan Dunia Islam Dan Zionis Yahudi Yang Berbeza

    ReplyDelete
  23. hihi. sy tak bekerja pejawat awam. keje bisnes shaklee jer. dah 3-4 angka sebulan. hihi. tp bersyukur la. rezeki masing2

    ReplyDelete
  24. Haha biala gaji naik itu selaras dengan usaha kakitangan awam iye... jngan nk gaji naik tp perfomance mcm gituuu jugak...

    ReplyDelete
  25. Haha biala gaji naik itu selaras dengan usaha kakitangan awam iye... jngan nk gaji naik tp perfomance mcm gituuu jugak...

    ReplyDelete
  26. gaji naik rezeki...tapi risau juga kala tak sepadan dengan kenaikan harga barang

    ReplyDelete