Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Jumlah Lelaki Melebihi Wanita Di Malaysia

Lelaki lebih ramai daripada wanita di Malaysia. Hari ini kita nak sambung sikit bab obses dengan nombor. Jom kita lihat statistik ini yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj, menyatakan bahawa bilangan lelaki melebih wanita dengan kadar nisbah 106 :100. Dan hanya di 2 buah negeri sahaja bilangan wanita melebihi lelaki, iaitu di Perlis dan Wilayah persekutuan.

Kalau diikutkan logik daripada statistik ini, maknanya lelaki di Malaysia terpaksa berebutlah nak cari pasangan untuk kahwin. Itu belum cerita bab nak bersaing dengan awang hitam, mat bangla dan pakistani. Adehh..aku rasa terpaksalah juga lelaki Malaysia cari tsok dekat Syria takpun Maghribi...hahahaha

Jumlah Lelaki Melebihi Wanita Di Malaysia

Statistik ini sebenarnya dikeluarkan oleh IKRAM. Malah ada lagi statistik ayang menarik untuk kita lihat, iaitu purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini dikatakan di antara 72 hingga 75 tahun dan perempuan pula 76 tahun...hmm tak ada lah banyak beza sangat pun. jadi risiko untuk jadi duda dan janda tu agak kurang lah..hehehe

Dan statistik ini agak menarik bagi aku sebab ada menyentuh pasal faktor lelaki kahwin lambat. Menurut Prof tue, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia 25 tahun keatas (16.7%) tidak berkahwin disebabkan faktor-faktro masalah kewangan, tiada calon yang sesuai, kemajuan kerjaya, lebih selesa hidup membujang dan ada komitmen kepada keluarga.

Jom kita peningkan kepala kita dengan nombor-nombor lagi faktor kahwin lambat ni:
  • Ada masalah kewangan (Lelaki 44.7%, Wanita 14%)
  • Tiada calon yang sesuai (Lelaki 19.3%, Wanita 40%)..hmmmm
  • Kemajuan Kerjaya (Lelaki 12.8%, Wanita 8.4%)
  • Selesa hidup membujang (Wanita 8.4%)
  • Komitmen kepada keluarga (Lelaki & Wanita 7.4%)
Namum ada juga statistik yang menyakitkan mata. sekarang kita nak cerita ba zina, perkara yang sangat berleluasa kini, sudah menjadi barah dalam masyrakat kita. menurut IKRAM, salah satu faktor punca berlakunya zina adalah disebabkan ramai yang berkahwin lambat. Mungkin mereak tidak cukup wang untuk kahwin. Dan berteusan dogoda nafsu, sehingga hanyut di dalam dunia percintaan yang akhirnya menjerumuskan mereka ke lembah perzinaan.

Dari tahun 2007 sehingga 2009, ada kira-kira 17,303 anak yang tidak sah taraf BERBANGSA MELAYU telah didaftarkan di negara ini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail