blogger lelaki logo

Jiwa-Jiwa Kecil

46 Komen
Orang berjiwa kecil adalah mereka yang terus menyerah sahaja pada nasib, berjiwa budak(hamba), bertuhankan manusia...takut segala orang yang berpangkat, menurut definisi Profesor Hamka.

Untuk kita berjaya dan maju kedepan, kita harus 'besarkan' jiwa kita. Sebabnya orang yang kecil jiwanya hanya meneruskan apa yang dia ada tanpa wujud rasa mahu berubah, malas untuk berfikir mencari jalan untuk keluar daripada kepompong. Berfikir dibawah tempurung.

Jiwa-Jiwa Kecil

Orang seperti ini sebenarnya takut, mereka takut untuk gagal. Mereka takut akan ditertawakan nanti jika apa yang mereka usahakan menemui kegagalan. Mereka lebih suka untuk tidak berbuat apa-apa untuk merubah keadaan, nanti ada orang akan ejek kita sebab usaha kita gagal.

Akhirnya mereka mengalah dan biarkan setiap hari itu biarlah berlalu seperti kebiasaannya.

Perumpamaan yang sesuai untuk mengambarkan mereka ini adalah "hidup segan, mati tak mahu". Mungkin kasar ayat aku ini, tetapi inilah realitinya. Mereka tidak kreatif dan inovatif di dalam mencari jalan kepada sesuatu untuk mencapai kejayaan. Meraka lebih suka unutk mengikut telunjuk daripada orang yang lebih berpangkat. Rasa hormat mereka kepada orang yang berpangkat ini begitu tinggi.

Macam mana kita mahu maju jika kecilnya jiwa kita, apabila kita terlalu merendah diri, kita memandang rendah kepada keupayaan diri kita sendiri. Bukannya nak suruh kita jadi riak, tetapi kita juga perlu bangkit menperlihatkan kemahiran yang kita ada.

Petikan kata-kata Hamka lagi, rakyat jelata berjiwa kecil akan bertuhankan manusia dan takut kepada orang berpangkat, pemimpin kecil jiwa bernafsu besar pula akan bertuhankan kuasa dan bergelumang dalam kemewahan harta.

Besarkan jiwa kita untuk mengapai cita-cita dan impian kita. Bangkit perjuangkan nasib kita. Jangan mudah mengalah dan usaha yang gigih. Bukan niat kita untuk melawan takdir tetapi tuhan sudah tetapkan Qada dan Qadar.

Ada ketentuan yang memang kita tidak boleh ubah sampai bila-bila dan ada juga ketentuan yang perlukan jawapan daripada kita. Jadi apakah jawapan kita kepada nasib kita?

46 Komen untuk "Jiwa-Jiwa Kecil"

avatar

Setuju dengan pendapat anda. Jangan terlalu merendah diri sehingga di pijak, maruah harus di jaga.

avatar

setju sangat dgn bro

avatar

tak boleh lari dari berani untuk gagal. kita sendiri yang ubah nasib kita dengan izinNya.

avatar

besarkan jiwa untuk mencapai kejayaan dan cita-cita..

avatar

iya betul..kita kena kembali kpd konsep..usaha, doa dan tawakal

avatar

ada tip tak nak besarkan jiwa tu..he3

avatar

jangan gentarlah kata orang lalau jer apa sahaja yang ada kita tahu berapa banyak ilmu berjaya kita gengam

avatar

kecil-kecil cili api ni

avatar

Assalamualaikum. woahhh! bagus sekali entri ni kucha lana. hehehe. buka minda, buka perspektif sheila dan rakan-rakan :)

avatar

gagal itu, adalah perkara biasa. hoho

avatar

aah sokong
moga dgn jiwa yg besar tu
kita berjaya menggapai impian kita
berani menempuh cabaran

yg poll tu boleh sesiapa isi..even org tu xde akaun nuffnang
ia cuma kajian utk tahu demografik pembaca
jemput la isi..kalau free :)

avatar

gagal sekali tak bermakna kita gagal selamnya tak begitu

avatar

Cita- cita dan impian harus sebesar gunung..

avatar

kena confident dan perasan macam bagus.. hehe.. itu moto aku hari nih

avatar

pedulikan kata orang yer

avatar

bukan sebarang kecik bro

avatar

nak ubah cara orang kita berfikir..hu3

avatar

hu3..okey nnt kalau ada free boleh r...semoga kita blogger semua berjiwa besar

avatar

kita bangkit daripada kegagalan itu untuk mara kedepan lagi bro

avatar

kalau boleh biar tingi sikit lagi bro..hu3..kalau jatuh baru puas hati

avatar

jangan terover sudha la bro..nnt org menyampah pulak..

avatar

nanti bro bleh r share kisah bro plak yer

avatar

ayuh besarkan jiwa...

avatar

semoga impian kita semua tercapai...amin...

avatar

Aminnn...terima kasih bro

avatar

Sekecil-kecil perubahan yang kita buat, kekadang dapat merubah 360 darjah corak hidup kita.

avatar

betul tu.. jiwa kena besar untuk berjaya..

avatar

rezeki itu datang tidak disangka-sangka bro

avatar

memandang rendah kpd keupayaan diri.. wuuu. sentap -_-'

avatar

kebanyakan mereka ang hebat2 di dunia ini mereka berjiwa besar

avatar

singgah baca kemas blog nie

avatar

Banyak kata-kata Hamka berkenaan jiwa ini dalam buku dan kitab tafsirnya...memang membuka minda. TQ sharing

avatar

jgn sentap lagi beb..hu3

avatar

sama2 la kita memotivasikan diri

avatar

betul tu..banyak kata2 dia yang boleh kita buat renunnag diir..walaupun ada yg cakap dia ni wahabi

avatar

Jiwa kecil tapi semangat besar, di dalam dunia ni tiada apa yang mustahil, nak kita berusaha taknak kita buat derk je.. hidup perlu ada matlamat, tetapi matlamat yang macam mana?? itu terpulang kepada dri kita juga..

avatar

Memang betul kata-kata hamka tu..setuju..

avatar

ya..kita yanag akan menentukan matlamat kita

avatar

kata-kata orang lama tu

avatar

Merendah diri biar ikut keadaan.

avatar

kalau dah berjaya tu janganlah jadi bongkak pula yer..hu3

avatar

merendah diri juga perlu namun harus pada tempat yg betul

avatar

setuju tu bro..semakin berisi padi semakin menunduk

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.