blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Ada Baiknya Aku Diam

32 Komen
Ada Baiknya Aku Diam


Dosa mulut adalah dosa yang paling mudah dan dekat dengan kita. Jika kita tidak menjaga ketajaman lidah kita berbicara, mungkin tersembur dosa-dosa dari hamburan kata-kata yang kita lepaskan. Ringan dimulut tetapi berat timbangannya kelak.

Kita selalu anggap kita bercerita hal keburukan orang lain itu tidak berdosa, kerana kita bercakap perkara yang benar tentang buruknya orang itu. Malah kita hanya bercakap perkara yang benar tanpa ada tokok tambah atau membuat fitnah dalam cerita kita. Tapi kita telah bercakap hal yang tidak disukai oleh orang itu dan telah menyakiti hatinya.

Tanpa kita sedar itu sebenarnya juga termasuk di dalam salah satu dosa yang besar. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” 

(Hadis riwayat Muslim)
Wahai sahabat sekalian, mulai hari ini, jagalah lidah kita berbicara daripada menyakiti hati orang lain. Memang seronok apabila kita dapat bergosip sakan, tapi adakah kita tahu, apa yang kita cakap itu akan menyakiti hati orang lain.

Alangkah aman dunia ini jika masing-masing dapat menjaga lidah mereka daripada menyakiti hati orang lain. Berhati-hati lah apabila kita berbicara.

32 Komen untuk "Edisi Jumaat : Ada Baiknya Aku Diam"

avatar

tak baik tak baik.. nanti org ingat sombong plak

avatar

Diam itu lebih baik dari berkata2...

avatar

terima kasih kerana mengingatkan.. ramai yang memilih untuk berdiam diri dari berkata yang sia-sia..

avatar

Betul tu. Kita kena jaga lidah kita. Jaga lidah, iman kita akan terselamat juga.

avatar

Assalamualaikum. terima kasih sharing. insyallah kalau ada benda tak patut dibicarakan. sheila akan berdiam sahaja.. :)

avatar

oklah, gua diam kejap.

avatar

Diam tak perlu kata apa..

avatar

kita diam daripada duk bercakap bnd tak elok je..hu3

avatar

tapi jgn diam dkt blog bro..rindu nk baca entri lu dgn cendol..hahaha

avatar

daripada kita duk menyakiti hati org lain..sebaiknya kita diam je

avatar

betul tu kucha
biasanya org main lepas cakap je
even benda tu hanya perkara lagha-benda yg sia2
akhirnya mendatangkan sakit hati org lain
kan lebih baik diam..n zikir pdNya

avatar

satu nasihat yang bagus untuk peringatan kepada diri ini

avatar

yup..setiap apa yang kita bicarakan hari ini akan dibicarakan disana

avatar

plg mudah kumpul dosa . mmg susah nak kawal mulut kecuali iman . makanya , berfikir sebelum berkata - kata ...

avatar

diam itu mang baik tapi jiga jangan terlalu kelewatan, diam dari bicara yang sekiranya tidak manfaat sangat baik

avatar

tadi pun ada tengok rancgn alKuliyyah, tajuknya dosa percuma...diam lebih baik drpd berkata-kata

avatar

Hehe..mujurlah saya tergolong dalam mereka yang pendiam..terima kasih bro ingt mengingati..hehe

avatar

saya akan diam bila tiada perkara yang baik untuk dibicarakan...

avatar

diam dari terlebih berkata-kata, bikin orang sakit hati dan menyampah.. diam untuk kebaikan takpe..

avatar

lidah lebih tajam dr pedang

avatar

diam-diam juga header cantik huhu

avatar

hu3..nak tempah pun boleh bro..

avatar

lidah bisa menhiris tanpa ada sentuhan

avatar

betul tu...tapi ada juga masa kita perlu bersuara..gunakan dengan betul

avatar

itu bagus bro..selalunya org yg diam ini bijak

avatar

hu3..org pendiam tu selalunya suak memendam rasa

avatar

yup..jgn kita terikut dgn cara org lain..yg sibuk bergosip..

avatar

itu yg selalu orang pesan..fikir sebelum cakap..

avatar

orang yang menjaga lidahnya adalah orang yang bersyukur

avatar

Berbicara tentang kebaikan tu selalunya kurang sambutan tetapi bile bercakap tentang org lain terutama keburukan mereka...selalunya sedap je mcm mcm roti cicah air teh je...semoga Allah sentiasa memelihara lidah, mata dan pendengaran kita dari melakukan dosa2 ini secara sengaja atau tidak...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.