Dunia Tanpa Iklan

Dunia Tanpa Iklan

Pernah tak korang nampak sebuah bandar yang nyaman daripada papan-papan iklan. Tiada lansung iklan yang ditayangkan untuk sebarang produk. Malah logo-logo untuk iklan kedai juga tiada. Rasa macam aman je dunia ini kan, mata kita tidak lagi di tayangkan dengan iklan-iklan. Tiada iklan di tepi jalan raya, tiada iklan di bangunan, tiada iklan pada bas. Itu belum kira lagi iklan pinjaman wang berlesen...hu3

Di Malaysia memang sarat lah dengan papan-papan iklan ni, sampai ada orang kata ia menyakitkan mata. Ada pula iklan yang diletakkan dikawasan yang tidak sepatutnya. Jadi pada pandangan korang patutkah kita buang sahaja papan-papan iklan ini, agar mata kita nyaman dari melihat iklan-iklan itu. Lagipun ada banyak juga papan iklan yang mencolok mata, yang ini aku harap akan dibuang suatu hari nanti.

Pernahkah pula kita terfikir apa akan jadi jika lansung tiada papan iklan, apa akan jadi dengan bandaraya kita yang selama ini sarat dengan iklan yang berwarna-warni, mari kita lihat bandaraya tanpa iklan ini.

Dunia Tanpa Iklan

Sao Paulo, Brazil, bandar bebas iklan. Pada 2006 Datuk Bandar telah meluluskan undang-undang yang dipanggil “Clean City Law". Dimana dengan perlaksaan undang-undang ini telah mengharamkan semua iklan seperti papan iklan, transit serta didepan kedai-kedai, malah iklan skrin video dan iklan pada bas juga turut diharamkan.

Dunia Tanpa Iklan

Di dalam tempoh masa setahun, 15,000 papan iklan telah diturunkan disebabkan oleh perlaksanaan undang-undang ini. Dan hampir $8 juta denda telah  dikeluarkan untuk menerbsihkan Sao Paulo daripada penjenayah landskap.

Dunia Tanpa Iklan

Semasa undang-undang ini diluluskan, kerisauan melanda ahli perniagaan yang terlibat secara lansung dengan papan-papan iklan ini. Mereka bimbang disebabkan oleh undang-undang ini akan menyebabkan hampir 20,000 orang akan kehilangan pekerjaan, dan melibatkan kerugian sekitar $ 133,000,000. Ada juga yang gusar bandaraya besar seperti Sao Paulo akan kelihatan seperti hutan batu konkrit, dan kelihatan hambar tanpa iklan yang berwarna-warni...macam abog aku ini tak ada iklan..hahahaha.

Dunia Tanpa Iklan

Dunia Tanpa Iklan

Apa pandangan korang pula pasal papan iklan ini, yang mana lebih bagus..hu3..nampak janggal pula kan bila tiba-tiba bangunan jadi kosong tanpa iklan yang berwarna-warni tu.

Share this:

Disqus Comments