blogger lelaki logo

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

6 Komen
Anak adalah kurniaan daripada Illahi untuk kita. Mereka juga adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul di bahu ini. Anaka adalah amanah Allah s.w.t kepada kita, ibubapa. 

Sudah pasti kita sebagai ibubapa mahu tengok anka kita menjadi anak yang soleh, supaya apabila kita meninggal nanti, ada orang yang akan mendoakan kita. Anak kita ini macam saham, yang mana kita perlu kita laburkan, dengan harapan membuahkan hasil yang cemerlang.

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Doa anak yang soleh kepada ibubapa tidak akan terputus walaupun sudah meninggal dunia. Sebab itu kita perlu terapkan dalam jiwa mereka agar menjadi insan yang berguna. 

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh


Satu-satu caranya adalah kita menekankan ajaran agama buat mereka. Sejak dari kecil lagi, kita perlu didik mereka mengikut cara Islam. Kita ikut cara Rasulullah mengajar anaknya. Insyallah terdidik anak kita nanti menjadi anak yang soleh.

Buat Alisya yang masih kecil ini, apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa dan selalu bercakap dengan dia supaya menjadi anak yang soleh, entah dia faham ke tidak...huhuhu..sambil-sambil dodoikan dia tidur, tak lekang mulut berzikir, dengan harapan akan menjadi amalan dia bila besar nanti.

Cerita pasal doa, aku nak kongsikan doa-doa supaya anak kita nanti menjadi soleh dan solehah semuanya. Semoga menjadi amalan kita semua dalam mendidik anak-anak kita.


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


Setiap petang juga aku selalu buka siaran Astro Oasis, sebab bermula pukul 7, ada banyak zikir-zikir yang didendangkan menghibur jiwa dan menyejukkan telinga.

6 Komen untuk "Doa Untuk Anak Menjadi Soleh "

avatar

terima kasih untuk perkongsian yang berguna ini.. :D

avatar

nanti sama kita boleh amalkan

avatar

insyaallah anak anda akan jadi seorang yg soleh :)

avatar

amiinnn ya allah...

avatar

Terima kasih BL. Panduan yang baik untuk diamalkan..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.