Dilema Filem Melayu

Dilema Filem Melayu

Cerita sahaja pasal filem Melayu ada bunyi-bunyi yang agak sumbang akan keluar, kebanyakkannya perkara negatif. Takkan langsung tak ada filem Melayu sekarang ini yang berkualiti. Banyak cakap-cakap yang keluar dari mulut orang "lebih baik gua tunggu link download keluar, nak pergi tengok dekat pawagam sorry la beb.'

Filem Melayu sekarang ini sedang mengalami dilema diantara karya seni dan bisnes. Ada penggiat seni filem ini yang cuba mengangkat filem dengan karya seni yang hebat, dan ada pula penggiat filem yang menjalankan bisnes, sudah tentu mahu untung ma.

Dilema Filem Melayu
Gambar Ihsan Wikipedia.

Bagi penggiat filem yang mahu berkarya dengan penuh kesenian di dalam filem mereka, kualiti adalah yang dititikberatkan. Dari segi jalan penceritaan, barisan pelakon berbakat tak semastinya popular, kualiti gambar yang dihasilkan dengan sudut kamera yang berseni dan macam-macam lagilah cuma orang filem je tahu kan. Akan tetapi penggiat filem jenis ini selalunya akan kurang mendapat sambutan apabila ditayangkan. Mengapa?

Disebelah pihak yang satu lagi pula, menghasilkan filem untuk mengaut keuntungan. Filem yang dihasilkan tidaklah sebagus mana, nilai seninya entah kemana, kelaut semua. Jalan cerita jangan haraplah, punah, dengan plot penceritaan yang lemah. Tetapi mereka bijak mencari tarikan dengan barisan pelakon yang popular.

Mereka memainkan genre cerita yang hampir sama semuanya, balik-balik genre komedi ntah apa-apa ntah, genre seram yang tak berapa nak seram, kini genre berbentuk aksi & gengster pula mengambil tempat selepas musim genre rempit makin menyusut. Skrip pun ada yang hancur langsung tidak melambangkan budaya kita. Akan tetapi kutipan filem mereka apabila ditayangkan pecah panggung. Apa sebabnya?

Sudah tentu lah para penonton yang memainkan peranan, sebab yang menjadi penyumbang kutipan berjuta-juta sesebuah filem itu adalah penonton. Sebab mengapa banyak filem yang dihasilkan adalah genre yang serupa adalah disebabkan penonton yang memilih untuk menonton filem yang sebegitu.

Para penerbit filem sudah tentulah akan memilih untuk mencari keuntungan sebab kos untuk menerbitkan sebuah filem pun bukan sikit modalnya. Jadi mereka terpaksa mengikut kehendak penonton. Inilah konsep perniagaan, iaitu memenuhi permintaan tertinggi, untuk menjual perlu ikut kehendak pasaran. Bagi mereka yang melawan arus, patah riuk la jawabnya.

Itu cuma pendapat aku, tak tahu orang lain macam mana pula. Antara filem Melayu di era 90-an hingga kini ada beberapa filem aku aku anggap ada kualiti tersendiri seperti Jogho, Setem dan Bunohan. Spining Gasing pun boleh tahan juga, tapi ada unsur negatif pula dalam tu, lebih kurang macam filem Amuk, yang mengetengahkan budaya hippies yang pernah muncul di Malaysia. Apa cerita dengan Vikingdom ek?

Share this:

Disqus Comments