blogger lelaki logo

Cermin Diri

24 Komen
Mesti kita pernah dengan ayat macam ini kan, "wei cermin la diri ko tu dulu sebelum nak ngorat aku." ataupun "hang tak reti nak cermin diri hang dulu ka nak mai bekawan dengan aku." ataupun...erk berapa banyak atau daaa...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cermin diri yang itu. 

Cermin Diri

Ini adalah kisah aku dengan seorang pak cik yang aku sempat kenal dia cuma tak sampai sejam.

Kisah ini berlaku 5 tahun yang lepas kalau tak silap aku, masa tu aku masih mentah dan bekerja di Kuala Lipis, Pahang. Setiap hari aku ulang laik pergi kerja naik bas.

Kebetulan bus stand yang paling dekat dengan tempat kerja aku dekat dengan masjid, jadi sebelum aku naik bas balik aku akan singgah di masjid itu untuk solat asar.

Pada petang yang hening itu, selepas aku selesai solat asar, aku pun menyeberang jalan untuk tunggu bas. Ada seorang pakcik sedang tunggu bas juga. Tak pernah nampak pun dia sebelum ini tunggu bas dekat situ.

Dia yang tegur aku dulu, pak cik kira banyak cakap jugak la. Tetapi banyak kata-kata dia yang berunsur nasihat. Dan ada ayat dia yang paling aku suka. Kata-kata yang masih segar ditelinga aku ialah...

"Kita jangan cepat sangat berburuk sangka dengan orang, apa yang hati kita rasa itu seperti cermin diri kita, apa yang kita tengok dekat orang tu, itulah yang mencerminkan diri kita yang sebenarnya." pergh..berfalsafah pula pak cik ni. Mendalam betul ayat dia tu.

Membuatkan aku berfikir sejenak dengan kata-kata pak cik itu tadi, sampai sekarang aku masih ingat kata-kata pak cik itu. Disebabkan kata-kata pak cik yang begitu hebat, aku memang dah lama tulis dalam kertas ayat-ayat dia tu dan aku simpan sampai sekarang.

Tapi sekarang buat kau rasa menyesal sebab sekejap saja pertemuan kami dulu, jika ada pada masa itu panjang masanya, mungkin ada banyak ilmu yang aku dapat korek daripada pak cik tu.

24 Komen untuk "Cermin Diri"

avatar

memang betul. dalam menegur orang dan melihat kesalahan orang. kita perlu cermin juga diri kita kerana kita juga penuh ngan salah dan silap

avatar

tak salah untuk tegur orang..tapi jangan kita duk fikir dlm hati kita yang kita ni dah bagus sangat daripada orang lain

avatar

Assalamualaikum.

Mudahan-mudahan setiap teguran daripada manusia itu adalah teguran dari Tuhan.

Insyaallah.

avatar

betapa orang yang kita jumpa sekilas pun dapat bagi ilmu bermanfaat pada kita,, mmm,,

avatar

kita sering buat salah patut bersyukur sb ada orang sekeliling sering ingatkan kita..

avatar

Insyaallah bro..dan jgn kita cepat melenting jika ada teguran yang dilemparkan..mungkin itu adalah hidayah daripada tuhan untuk kita berubah jadi lebih baik

avatar

itu semua urusan tuhan yang kita tak sangka2...sebenarnya panjang cerita dkt atas tu..pak cik ada menegur saya sebab solat asar lambat..hu3

avatar

betul tu..kita jangan lupa peringatan daripada tuhan datang dalam pelbagai cara

avatar

Tak salah kita menegur orang yang penting kita tahu apa yang kita nasihatkan..dan tidak hanya bercakap kosong..

avatar

betul tu bro..tapi biar kena dgn tempat..hu3

avatar

Assalamualaikum wbt...
Once i met with an uncle, tukang sapu kat masjid putra after my class. slalu jer ternampak uncle tukang sapu tu... dia senyum kat semua orang yang lalu depan dia dan kalau orang tu muslim dia bagi salam. tatau lak uncle tu dari negara mana... but somewhere some how, saya suka tgk muka pakcik tu bila dia senyum tegur orang dan bagi salam. cam sangat sincere. ada orang yang buat derk jer, ada yang senyum balik... biasalah manusia kan... n biasalah tukang sapu kan, camtu lah dress up dia...
one nite... after class, i went out with my ustaz and my fren after a few Q&A, n de uncle was still there.
pastu (x ingat ar uncle tu tegur ustaz or ustaz yang tegur dia), depa borak dalam bahasa arab weih... dalam hati i said... dahsat pakcik ne... so menyebuk lah tumpang dengar sekali apa depa borak... nak nyampuk, tak reti cakap arab (just blh faham skit2),lagipun tak baik lak nyampuk orang tua bersembang. hehee...
rupa2 nya pakcik tu pernah kerja kat madinah...kat masjid nabawi...
weih, walaupun sekadar tukang sapu/ tukang cuci... dia lagi beruntung tau, leh berada dekat dengan rasulullah s.a.w selalu dan leh dapat pahala 1000x sebab solat kat masjid nabi.... bersihkan masjid nabi.... kita???
huhuhuhu... so again cam bro cakap... "Jom cermin diri"....

avatar

setuju sangat dengan kata-kata pak cik tu..
p.s: terima kasih di atas tips-tips.. rupa-rupanya widget pengomen tegar aiza yang berat sangat sebab ada avatar.. aiza dah remove dan gantikan dengan widget tanpa avatar..

avatar

Sebelum kita cari salah orang, lebih baik tengok salah diri sendiri dahulu. Tapi, memang senang nampak salah orang berbanding salah sendiri.

avatar

mulia sungguh keperibadian pak cik tu

avatar

sama2 just bg komen je tu

avatar

gajah depan mata bro sapa tak nampak..hu3

avatar

bagus nasihat pakcik tu, kadang-kadang kita lupa. sama-sama kita bemuhasabah diri.

avatar

kadang2 rasa tu dtg sebab kita rasa diri kita dah bgus sgt dah

avatar

Orang tua-tua nie banyak yang mereka dah lalui... pengalaman mereka luas. Seronok dapat dengar mereka berkongsi pengalaman :)

avatar

gua nak beli cermin jap..

avatar

setuju dengan entri ini, sama sprt kes mengumpat.Jika kita cerita ttg keburukan org lain, itulah sebenarnya keburukan kita.Cermin diri ni bagus utk kita jika tetiba rasa nak berburuk sangka dekat org lain..:)

avatar

Setuju tu yang penting saat kita geram or marah kita cari ketenangan dulu

avatar

cermin adalah alat wajib yang berada kat rumah kita untuk melihat wajah sendiri...

Entri Terbaru Saya : Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink(siri 2)

avatar

ia seperti kita cakap dengan diri kita sendiri hehe

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.