blogger lelaki logo

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

37 Komen
Pagi tadi aku nak study sikit pasal cara menarik trafik ke blog baru. Macam biasalah, aku pun pergi menuntut ilmu dengan pak cik Google. Aku bukan apa, sebagai blogger baru, banyak lagi ilmu yang perlu aku belajar untuk menaikkan lagi trafik ke blog aku ini. Tapi tak semena-mena hasil carian itu agak mengejutkan aku. Korang nak tahu apa sebabnya?

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

Aku rasa aku tak pernah tulis tip atau petua untuk menarik trafik ke blog, lagi pun artikel yang terpapar dekat google tu adalah artikel untuk kontest yang aku menang tempat ke-3 tu...hehehe...artikel itu sebenarnya pasal Apa kata blogger tentang trafik blog?.

Hasil daripada pembelajaran aku pagi ini, ada banyak juga tip yang bagus dan sudah pun aku buat sepanjang sebulan lebih aku buat berblogging ini. Sekarang aku cuma perlu pertingkatkan lagi usaha untuk memajukan blogger lelaki ini.

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

Cara tarik trafik ke blog baru

Ada banyak cara dan tip yang aku dapati daripada hasil carian aku bersama pak cik Google. Namum begitu didalam artikel ini aku hanya akan tulis tips atau cara yang telah aku cuba untuk menarik trafik yang banyak blog baru aku ini.

1. Isi Kandungan Blog Yang Bagus.

Dah nama pun blog kan, kenalah ada isinya atau artikel kan?. Jadi kita perlu menulis artikel yang bagus dan berkualiti, ada juga tip yang menekankan agar jangan buat entry copy paste, tapi aku ada juga buat artikel copy paste ini, tapi buat dengan cara aku sendiri. Dan sedaya upaya aku cuba untuk menberikan kredit kepada penulis asal jika ada. Aku pun tidak pasti apakah penulisan aku ini bagus atau tidak, sebab takkan kita nak nilai diri kita sendirikan. Apa kata korang yang nilai aku.

2. Ping Entri.

Kita digalakkan untuk ping entri kita selepas kita update blog. Ada banyak laman untuk ping sebenarnya, tapi aku kadang-kadang malas juga. Dan buat setakat ini aku hanya setia untuk ping di 3 tempat sahaja iaitu Blogr.my, Pingler dan Ping 'o' matic. Aku pun kurang pasti berapa trafik yang dah masuk melalui teknik ini.

3. Blogwalking.

Ini yang selalunya aku akan buat, jika ada kelapangan waktu banyaklah blog yang aku dapat singgah. Sambil aku singgah dimana-mana blog untuk bertegur sapa dan kadang kita bernasib baik sebab ada banyak juga tip yang kita dapat daripada blogger-blogger juga. Selalunya aku akan berikan komen di blog sebagai tanda aku sudah singgah diblog mereka. Jikalau ada topik yang hangat dan bagus, panjanglah juga komen aku pun...hu3...Tapi ada juga aku tak sempat nak tinggalkan jejak sebab loading blog terlalu lambat, jadi terpaksalah aku pangkah..he3

4. Sertai Kontest atau Segmen

Setakat dah banyak jugalah kontest dan segmen yang aku dah sertai, dan siap dahn menang tempat ke-3 untuk satu kontest tu. Bagi aku ini juga salah cara untuk kita kenal dengan lebih ramai blogger lain dan juga turut menpromosikan blog baru kita.

5. Trafik Dari Laman Media Sosial.

Aku dah cuba buat tips ini, tapi ruang waktu aku agak terbatas. Sekejap sangat waktu yang aku dapat luangkan di Facebook dan Twitter. Namum setiap kali aku update entri terkini aku tak penah lupa untuk kongsikan di Google+, Facebook dan Twitter. Follower aku pun boleh tahanlah sebagai blogger baru kan, boleh dibanggakan jugaklah, cuma Fanpage FB Blogger Lelaki masih belum mendapat sambutan...hu3


Aku tahu banyak lagi tip dan cara yang ada untuk kita menarik trafik ke blog baru. Tetapi bagi aku setakat ini sahajalah yang aku mampu buat, pelan-pelan kayuh kan...jikalau korang ada lagi tips yang bernas boleh la share dengan aku okey.

37 Komen untuk "Cara Menarik Trafik ke Blog Baru"

avatar

terbaiklah!maybe meta-tag related dgn search word to kot..:)

avatar

apa ke bendanya tu..hu3

avatar

nice sharing
aah...content yg bagus akan menarik ramai pembaca
cara paling senang blogwalking

avatar

Hehe...dah nampak kan kenapa anda jadi pemenang? :) semuga trafik blog nie trus meningkat :)

avatar

terima kasih suid berkongsi tips jugak

avatar

okey..terima kasih sekali lagi

avatar

no. 2 tu aiza tak buat.. alasan sebab kebanyakan entri yang aiza kongsikan entri kisah peribadi.. tapi rugi juga kalau tak ping..

avatar

aiza tak pe dh ramai yg follow hu3

avatar

perghhh.. untung laa.. keyword tak kaitan tetiba masukk hahahah..

avatar

Yup..ini semua cara yang pernah saya buat masa mula2 buat blog..hehe

avatar

tak semena-mena tu bro..hu3

avatar

ada tip lain tak bro..he3

avatar

Hebat ko rangking alexia 3260

avatar

ranking bro pun hebat jugak tu

avatar

thanks for da tips!^^

avatar

sama2 berkongsilah tips masing2

avatar

Keyword tu kat google.com atau google.com.my? dan page berapa tu?

avatar

yg ni dekat google.com sbb selalu guna yg tak penah google pakai google.com.my..naik dkt page satu

avatar

Keyword smakin menjadi la tu...keep it up!

avatar

hu3..ntah la..main hentam je tu

avatar

wahhh..gua banyak lagi kena belajar nih..

avatar

bro ni memang r..hahahaha..

avatar

Hebat la..ada kat page googel tu.. kena belajar lagi saya macam ni.

avatar

samalah kita bro..banyak benda nak kena belajar lagi ni

avatar

nice share , bertambah lagi pengetahuan baru

avatar

best..best..tips yg sgt berguna utk saya..sy pun bdk bru blajar..

avatar

revise balik cara tarik trafik..terima kasih :)

Entry Terkini Pra Umrah 2 : Kursus Umrah

avatar

Betul tu... setuju dengan kelima-lima maklumat yg di timba dari pak cik google nie.. hehe..

Btw, nak bagi tau dah like fanpage BL.. hehe

avatar

terima kasih..tips yang berguna untuk saya yang masih bertatih

avatar

bestnyaaa... blog saya blm ada trafik lagi

http://healthbeautyvitamin.blogspot.com

avatar

Semuanya betul sebenarnya tapi bila dilakukan secara keterlaluan perkara sebaliknya akan terjadi. Lakukan semuanya secara sederhana..:)

avatar

Salam utk rakan semua...
Terima kasih atas perkongsian ini, ia amat bermakna bagi rakan2 yg baru mula memblog...
JIka berminat utk mgrtahui ttg Autoresponder Percuma, sila ke blog saya yer...
http://autoresponder-termurah.blogspot.com/

avatar

Blog saya tak pernah menerima komen..sedih sangat..blogummiaimy.blogspot.com

avatar

salam..thanks sharing!..sy budak baru belajar..budak ke??..hihi ctiezmdish.blogspot.com

avatar

:::
This is just the info that i need....thanks for the sharing...kindly visit my blog too msivviey.blogspot.com

avatar

Semakin saya bersemangat untuk berblog selepas menelaah entri saudara.. terima kasih

avatar

Wah perlu di coba dan bolehkan saya mempromosikan blog baru saja disini


http://www.downloadlagump3.ga/

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.