blogger lelaki logo

Blogger Lelaki Jadi Mr Mama?

7 Komen
Mr. Mama, mungkin korang boleh agak kan apa makna istilah tu kan. Ya, aku untuk tempoh 60 hari ini akan menjadi Mr. Mama sepenuh masa. Aku akan menjalankan misi mengasuh si comel, Alisya Nadhirah, anak sulong aku.

Pada mulanya aku pun tak yakin nak jaga Alisya nie, sebab aku memang tak ada pengalaman jaga bayi, dan Alisya ni masih kecil sangat, kalau ikut umur surat beranak memang dia sudah berusia 4 bulan, tapi Alisya lahir pramatang sebenarnya. Jadi doktor cakap kalau ikut perkiraan umur Alisya sekarang, dia baru berusia 3 minggu. Jadi nak hantar ke pengasuh memang tak la.

Lama juga aku fikirkan perkara ini, tapi sebab utama yang aku fikirkan ialah, supaya kesihatan anak sulong aku terjamin. Sebelum ini mak mertua aku yang jaga, tapi atas faktor-faktor tertentu, sebagai bapa kepada Alisya, aku akan mengalas tanggungjawab ini pula, wife aku pun kerja dan susah nak dapat cuti.

Blogger Lelaki Jadi Mr Mama

Jadi mula hari ini dengan rasminya aku menjadi Mr. Mama. Nak jaga bayi ini sebenarnya tak susah, kalau kita tahu caranya yang betul, jadi nasihat aku kepada lelaki diluar sana, carilah ilmu nak mengasuh bayi ini, bolehlah tolong isteri ringankan beban sikit. Kena pulak ada kes kecemasan macam aku ini.

Perkara asas yang aku wajib buat adalah, tukar lampin Alisya, buat susu dan susukan Alisya, lepas dia kenyang apa lagi dodoikanlah si comel tu dan yang penting juga ialah aku kena beri Alisya minum ubat ikut masa yang ditetapkan.

Kesian Alisya kecil-kecil lagi dah kena minum ubat, sampai empat jenis ubat tu. Tapi nak buat macam mana kan demi untuk kesihatan dia, terpaksalah.

Nak menjaga bayi pramatang ini, kita kena lebih berhati-hati. Dan nasibat doktor juga, jangan terlalu dedahkan Alisya pada persekitaran yang ramai orang, sebab risau kalau ada yang bawa penyakit, boleh berjangkit pada Alisya. Ketahanan antibodi Alisya agak lemah, salah satu daripada komplikasi lahir pramatang ni doktor cakap.

Lagi pun aku kesian dekat Alisya ni, selepas dia dilahirkan terpaksa tinggal di wad selama 3 bulan, jarang sekali dapat bermanja dengan Abi dan Ummi. Kalau jumpa pun waktu melawat aje la, itu boleh Alisya duk dalam inkubutor, nak pegang dia masa tu kena cuci tangan sebersih-bersihnya. Sekarang pun masih lagi kena buat macam tu, risau Alisya terkena jangkitan kuman kan.

Sebenarnya, Alisya adalah anak kedua aku, kakaknya Aliya sudah meninggal, selepas 2 bulan dilahirkan. Aliya dan Alisya sebenarnya adalah kembar. Tapi tuhan lebih sayangkan Aliya, aku dan wife aku kena redha dengan ketentuan ini. Sebab itu aku nak jaga Alisya betul-betul, aku tidak mahu rasa kehilangan lagi. 

Aliya, dikau umpama pelangi petang, muncul seketika cukup menghiburkan, Abi dan Ummi minta maaf, sebab tak sempat nak jaga Aliya betul-betul. Abi terima ini sebagai suatu takdir dan ketentuan Illahi.....

7 Komen untuk "Blogger Lelaki Jadi Mr Mama?"

avatar

semoga bro dipermudahkan semua urusan jaga anak bro dan Al-fatihah buat kakak kembar alisya.

avatar

amin..terima kasih bro...buat artikel pun...sementara Alisya tidur..hu3

avatar

takziah. mst mrka sgt comel kan..:)

avatar

hu3..betul tu..tapi dpt tatap wajah Aliya sekejap je

avatar

salam takziah,besar hikmahnya tu:)Semoga diberi segala kemudahan mengurus rumahtangga dan keluarga,aminn.

avatar

Takziah BL atas kehilangan, tetapi anak itu sudah ke syurga menunggu umi dan abinya :) Semoga tabah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.