Blog sebagai pendapatan sampingan !

Blog sebagai pendapatan sampingan !

Blog sebagai punca pendapatan sampingan tidak boleh disangkal lagi. Kita sudah baca banyak kejayaan pasa blogger yang sudah berjaya. Bagi diri aku sendiri, buat setakat ini baru je menjana RM100 dengan blog ini, bukan melalui iklan tetapi menang kontest apa kata blogger tentang traffik blog?

Ben Ashaari Blogger lelaki Kacak

Seronok sebenarnya kalau blog kita dapat menjana pendapatan sampingan ini. Mungkin orang yang cuma menganggap berblogging ini cuma sekadar hobi, sebagai tempat untuk meluahkan rasa dan berkongsi kisah hidup mereka.

Jika ada yang mampu menjana pendapatan dengan blog ini kira satu bonus buat mereka. Tetapi jangan pula ada yang menganggap kita dapat menjana duit dengan mudah melalui blog ini. Sehinggakan kita main taram je, tak kira halal haram. Kita kena berhati-hati didalam bab mencari rezeki ini. Kita kena juga menjaga batasan kita sebagai muslim.

Matlamat tidak menghalalkan cara okey. Sebab duit yang kita dapat tu mungkin kita akan gunakan untuk menyara keluarga kita, jaid berhati-hatilah. Jangan kita terlalu galak nak mencari duit sehingga kita lupa perkara asas.

Lagi satu, jangan kita fikir cari duit dengan blog ini senang, buat blog lepas tu post entri lepas tu goyang kaki tunggu duit masyuk. Rezeki takkan datang bergolek, jika tanpa usaha yang gigih.

Artikel ini khas untuk segmen dari blogger kacak Malaya Ben Ashaari.

Share this:

Disqus Comments