blogger lelaki logo

Apa kata blogger tentang trafik blog?

20 Komen
Trafik bagi aku adalah nyawa kepada blog. Umpama nadi yang mendenyutkan kehidupan blogger. Jujur aku katakan, pada mula-mula aku nak belajar tentang blogging, cari buat kajian tentang cara-cara untuk menarik trafik ke blog. Banyak tips yang aku jumpa dekat library pakcik google, banyak tips menarik trafik daripada blogger-blogger otai semua.

Dari blogger Malaysia hingga ke blogger Indonesia pun aku baca "cara mendapatkan trafik gratis ke blog kamu" (baca guna nada sinetron di TV3 okey)...huhuhu...Aku kaji dan selidik, tips yang diberikan. Semuanya amat berguna untuk aku memulakan blog aku ini. Ianya menberikan sedikit panduan untuk aku menapak di dunia blogging ini. Kiranya aku sekarang masih lagi dalam operasi eksperimen untuk meningkatkan trafik ke blog aku.

Namum aku kena terima hakikat bahawa, ini blog baru mana boleh nak disamakan dengan blog yang sudah lama bertapak dan sudah dikenali ramai. Jadi aku pasrah dan teruskan hidup macam biasa..hahaha...Trafik blog pada aku buat masa ini, bukan tidak penting tapi tidak terlalu mendesak, tetapi aku pun ada cita-cita nak merasa trafik tahap dewa macam blog popular lain. Tapi bukan sekarang masanya.

trafik blog
Trafik sebenarnya memberikan semangat kepada blogger untuk terus hidup di dlam dunia blogging. Dan aku dah baca banyak cerita pasal ada blogger baru yang mengundur langkah sebab tidak berjaya menarik trafik ke blog mereka. Rasa kecewa itu timbul disebabkan kita terlalu mengharapkan trafik mencanak naik dengan keajaiban. Kenapa kita kena ukur baju di badan Adibah Nor sedangkan badan kita sekeping macam Osman Kering. Lu fikirlah sendiri brader...

Dalam pada itu kita mesti tiap-tiap hari kita akan tengok statistik, "ada orang masuk tak ke blog aku hari ini". Ujar aku di dalam hati. Tengok-tengok statistik, adalah 35 pageviews..hahaha..bersyukur sangat dah tu, ada juga nak masuk dan baca artikel di blog kita kan. Tapi ada juga blogger yang menarik trafik ke blog mereka dengan menggunakan jalan belakang...hmmm..jalan apakah itu?

Apa yang aku tidak setuju semasa aku membaca tip dan panduan adalah cara menarik trafik menggunakan software atau laman web yang akan menghantarkan trafik ke blog kita. Aku bukan pakar pasal blog ini, tapi aku rasa itu sungguh kesian, jika kita mengharapkan trafik semacam itu. Sebabnya bagi pendapat aku, kita buat blog, kita menulis artikel, kita mahu orang baca. Buat apa kita cari trafik dummy sebegitu. Untuk siapa sebenarnya kita menulis artikel. Aku tak tahu apa pandangan blogger otai pasal trafik macam ni, tapi "saya bankang yang arif". Dengan lantangnya aku bersuara.

Tapi apa kes si blogger baru ini nak bercerita pasal trafik bagai..."Dah rasa tinggi sangat ke trafik blog dia tu". Bisik korang di dalam hati...hehehe..gurau je...Sebenarnya artikel ini adalah untuk satu contest terbaru daripada Santaikata.com , hadiah yang ditawarkan pun cukup hebat RM300. 

Kalau korang pun rasa nak join contest ni dibuka hingga 30 September.

Syarat - syarat pertandingan :
  • Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog?
  • Masukkan link laman web ini di dalam contest itu.
  • Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini.
  • Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.

20 Komen untuk "Apa kata blogger tentang trafik blog?"

avatar

Ayu pun join. dan ayu pun beginner jugak. tapi saje nak share pendapat mengenai trafik ni..

salam perkenalan..

avatar

hu3..sama beginner nak berentap nie..gerun la pulak

avatar

Salam...

Akak tetiba gatal tangan jugak nak join...:)

avatar

good luck ya untuk contest ini..

avatar

ohh..ada contest rupanya. kalau sempat, aku tulis pasal isu ni.

avatar

BETUL KATA ANDA, TAK ADIL DAN TAK IKHLAS MANA2 BLOGGER YANG TARIK TRAFIK PAKAI SOFTWARE...HIH!

avatar

baayak masa lagi bro..habis lah otai pun nak join jugak

avatar

aku tahu aku bukannya orang yang layak untuk komen pasal nie...tapi bagi aku tidak ada cabaran dan kita tak bersaing diatas padang yg rata..kalau buta macam tu

avatar

semoga berjaya brader..ternyata blog baru ini boleh tahan dan berpotensi tinggi..selamat maju jaya.

avatar

terima kasih bro..masih bnyk yg nak kena belajar ni bro...

avatar

Nor suka baca pengalaman orang. Lebih-lebih lagi pengalaman from 0 to hero. Yup, ada macam-macam cara boleh tarik trafik. Bagi yang beragama atau yang pegang pada prinsip tentu ada batasannya.

avatar

betul tu..walau apa2 pun bidang kita ceburi..prinsip kita perlu ada...dan tetaplah berpegang pada prinsip itu...

avatar

Kontest dah tamat la..hu3

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.