Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apa Itu Blog?

Apa itu blog, soalan yang sering ditanyakan oleh blogger baru macam aku. Selalunya aku akan mengajukan soalan-soalan newbies aku dekat pak cik google, hanya dia yang memahami jiwa kau...hehehe...apa pandangan korang pasal blog, apa sebenarnya maksud blog ini...jom kita tanya pak cik google, apa itu blog?..dan ini jawapannya..

Apa Itu Blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. - Sumber Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
Jadi disini kita sudah dapat bezakan diantara blog dan laman web yang lain. Blog ini pun sebenarnya termasuk di dalam beberapa jenis laman web, cuma isi kandungan ditulis dan disiarkan mengikut kronologi tarikh, macam diari atau jurnal. Manakala ada jenis laman web lain mungkin isi kandungannya statik. Dengan tujuannya semua adalah sama, iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Aku pun dah pening nak terangkan pasal masud blog ni. Tujuan artikel aku ini sebenarnya nak berkongsi macam mana aku boleh mengenali dunia blogging ini. Dan ayat "Apa itu blog?" adalah ayat yang mula-mula aku cari untuk belajar buat blog ini. Tapi banyak yang keluar di search engine result page, banyak laman blog daripada Indonesia. Hebat permainan Teknik SEO mereka ya gan.

Tak kisah ilmu itu dari mana pun kan, jadi aku terus belajar. Pada mulanya aku cukup bercita-cita tinggi, aku mahu buat templates blog aku sendiri, jadi aku belajar serba sedikit pasal coding HTML. Namum usaha aku hanya sekerat jalan, aku dah pening dengan coding aku itu, ditambah pula dengan komitmen lain yang mendesak, templates aku itu terbengkalai hingga sekarang.

Dalam pada masa yang sama aku juga belajar teknik SEO, semuanya daripada kitab pak cik google. Aku cuba fahamkan semua teknik itu, tapi dah hampir 2 bulan aku belajar, aku masih belum khatam dan betul-betul mahir nak kuasai tekni SEO ini. Mungkin disuatu hari nanti.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail