Alexa Rank Blogger Lelaki Bulan September

Alexa Rank Blogger Lelaki Bulan September

Alexa Rank untuk bulan september bagi Blogger Lelaki ini aku buat sebab syok tengok blogger lain yang buat entri pasal ranking blog mereka. Aku tahu blog aku masih baru, masih mentah lagi. Baru sebulan lebih berlegar diruang maya ini. Lagipun bukan target aku lagi buat masa sekarang untuk mengejar ranking yang hebat-hebat macam blogger popular lain.

Sebenarnya aku pun agak terkejut, selepas aku buka Alexa tadi, tiba-tiba ranking aku yang berjuta-juta lemon itu kini sudah menjadi  Alexa Traffic Rank: 928,747 Malaysia Flag Traffic Rank in MY: 3,534 . Wow! aku bersorak di dalam hati, biar betik, adakah aku sedang bermimpi. Aku tak pasti adakah ini normal dan pernah belaku kepada blogger lain. 

Alexa Rank September Blogger Lelaki


Ranking naik mendadak. Seingat aku masa aku mula daftar dekat alexa dulu, ranking global blog lelaki ini adalah 6 juta lebih. Masa itu memang aku malas gila dah nak tengok ranking ni.

Betul kata sesetengah blogger, ranking Alexa ini akan menbangkitkan lagi semangat kita untuk terus menulis di blog. Jangan salah faham pula dengan entri aku kali ini, bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak riak, cuma ada rasa nak masuk dalam bakul dan angkat sendiri aje la..hahaha..apa kata blogger lain pasal Alexa rank ini...

Share this:

Disqus Comments