Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas

Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas

Aku pernah baca artikel dekat blog Denaihati.com pasal Blogger Adalah Pemikir Hebat. Untuk jadi blogger kita sentiasa perlu berfikir untuk mengutarakan artikel-artikel terkini untuk tatapan pembaca kita. Kadang-kadang ada yang duk pening sebab tak tahu nak update entri apa hari ini.

Untuk jadi pemikir kita perlu berfikir. Dan untuk berfikir kita perlukan otak. Sebenarnya otak kita ini adalah komputer biologi, cuma tak ada Hard Disk, Processor, RAM dan macam lagi la hardware komputer. 

Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas

Otak kitalah yang akan memproses data, untuk ia bekerja ia perlu sumber tenaga. jadi sumber tenaga untuk ia bekerja dengan lancar otak kita memerlukan makanan, oksigen dan otak juga perlu dilatih. Dengan latihan yang jitu akan membuat otak kita berfikir dengan lebih baik, mungkin kita akan dapat mengalahkan Albert Einstein nanti..hahaha

Otak kita ini dicipta oleh ALLAH s.w.t. cukup unik dan hebat, ianya boleh di tingkatkan prestasinya, jika kita tahu untuk mengoptimumkan penggunaan otak kita. Jadi kita semua sudah tidak sabar mahu jadi pemikir yang hebat kan. Jom kita layan tip untuk membuatkan otak korang bekerja ditahap optimum...hahaha.

Cuba amalkan tip dibawah, isnyallah akan dapat membuatkan otak kita berfikir dengan lebih baik.

1. Minum Minyak Ikan Yang Mengandungi EPA

EPA merupakan bahan kimia yang terkandung di dalam minyak ikan, ramai yang tahu pasal minyak ikan ini kan. Jadi dengan memimum minyak ikan ini, otak kita akan meningkatkan aktiviti, peredaran darah yang lancar dan juga menguatkan daya ingatan kita.


2. Rajin Buat Teka-Teki

Teka-teki ini membuat otak kita bekerja sambil beriadah. Kita boleh main sudoku, teka silang kata atau lain-lain permainan puzzle yang menguji minda. Ini adlah salah satu cara untuk kita melatih otak kita.


3. Beriadah Dengan Berjalan Kaki

Rajin-rajinkan diri untuk beriadah, lebih sesuai dilalukan diwaktu petang. Sambil kita berjalan kaki atau joging, kita menghirup udara segar. Ini akan turut membuatkan otak kita segar dan tenang.


4. Ketawa/Senyum

Ketawa orang cakap ubat untuk orang yang stress, selain itu ia jug akan meningkatkan fungsi otak dengan menstimulasikan kedua-kedua belah otak kanan dan kiri. Boleh diamalkan selalau, tapi jangan senyum sorang-sorang yer...lain pulak orang fikir.


5. Berfikiran Kreatif

Banyak perkara kreatif yang boleh kita lakukan, dengan menulis pun kita boleh kreatif, ataupun kita boleh melukis, bermain alat muzik. Jika kita selalu melakukan aktivit kreatif begini otak kita akan berfikir lebih cepat dan Kreatif


6. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Dunia kanak-kanak ini dipenuh dengan imaginasi, mereka belajar lebih banyak perkara diawal pembesaran mereka. Sekali sekali cuba kita berfikir macam kanak-kanak, dengan berimaginasi. sebab Einstein pernah cakap dekat aku bahawasanya "Imaginasi Itu Lebih Penting Daripada Pengetahuan."


7. Seks secara terancang

Wei sapa yang buat tip ini...hmmm..betul ke ni?...apakah motifnya dengan meningkatkan perkembangan otak kita dan para blogger sekalian.

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

Jadi apa tunggu lagi jom kita sama-sama meningkatkan otak kita untuk berfikir lebih pantas dan lebih kreatif lagi.

Share this:

Disqus Comments