blogger lelaki logo

3 Faktor Kegagalan

20 Komen
Tetiba rasa nak memotivasikan diri pagi ini. Aku rasa semua orang pernah gagal dalam hidup mereka. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan kita gagal di dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Kegagalan itu sebenarnya sudah menjadi lumrah hidup manusia. Pastinya kita tak ingat, macam mana kita mula-mula mahu belajar berjalan semasa kecil dulu. Berapa kali  kita gagal ketika cuba untuk belajar berjalan.

Semua orang pernah gagal. tak kiralah gagal dalam bercinta, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan. dan bermacam-macam lagi la. Tapi...

3 Faktor Kegagalan


Pernah tak kita terfikir apa faktor yang menyebabkan kita gagal.

1. Tidak mengambil keputusan untuk berjaya.


Kita hanya berharap untuk berjaya, berdoa dan tawakal. Tapi kita tidak mengambil keputusan untuk mengatur langkah kearah kejayaan. 

Contohnya lebih kurang macam ni kita nak buat duit dengan blog, tapi kita tak membuat keputusan  untuk buat blog, macam mana nak berjaya. 

Kalau kita nak berjaya, kita kena buat keputusan yang tepat dengan memilih jalan mana yang kita mahu tujui.


2. Suka bertangguh.


Tak apa la awal lagi ni, sempat lagi ni dan bermacam-macam lagi alasan kita beri untuk menangguhkan kerja kita. 

Orang cari duit, kita pula cari alasan. 

Sampai bila pun kita takkan berjaya. Kita kena berusaha utuk berjaya. Jika semua kerja kita bertangguh, sampai sudah kerja kita tak siap.

Ini adalah sikap orang yang rugi.


3. Takut Untuk Gagal


Kita nak berjaya, tapi kita takut pada kegagalan. Sampai sudah kita tak buat apa-apa, sebabnya kita takut segala usaha kita akan gagal.

Kita takut untuk menanggung risiko. Jadi alasan kita, aku buat sikit-sikit pun tak apa, sebab kalau gagal nanti tak ada aku rasa kecewa sangat.

Dah kita usaha kita sedikit, macam mana nak hasilkan keputusan yang besar.

Memang betul rezeki datang dari ALLAH S.W.T, tapi kita disuruh berusaha, dan hasilnya adalah setimpal dengan usaha kita.

Orang yang takut untuk gagal, takkan berjaya. Sebagai contoh, orang tu takut untuk gagal dalam cinta, takut dikecewakan, dan sampai sudah dia tak pergi tackle mana-mana awek..hmmm..tunggu bulan jatuh ke riba la jawabnya.

20 Komen untuk "3 Faktor Kegagalan"

avatar

suka bertangguh= kurang disiplin diri-->tidak mengambil keputusan yg tepat-->gagal..;)

avatar

bab jodoh ni ... ada ketikanya tackle setiap awek tapi tak sangkut juga . tapi bila x berminat nak tackle awek , tetiba datang lak awek senyum mesra jer dan terus jadi rapat n serasi ... rezeki ni ada sesetengah org dapat lambat , ada lak tetiba jer dtg bergolek ... mmg kita perlu berusha , selebihnya tetap ditangan Allah . saya pernah lihat ada seorg cuba jual mcm2 , tapi masih tak dpt sambutan . ada sorg lagi , sekali jual jer terus dpt rm k dlm sehari ... ptg usaha , nekad dan tawakkal itu mmg ptg . selebihnya harus redha dgn ujian Allah ...

avatar

gagal sekali cuba usaha lagi maaa

avatar

Emm kadang2 tu kita tak berani ambik resiko..kan bro?hehe

avatar

kesimpulannya jangan takut untuk gagal..

avatar

Bagus perkongsian ni.. Suka betanggung dan takut untuk gagal tu paling susah aku nak atasi.

avatar
encikarman on
Reply delete

ensem macam bro takkan takde sangkut kot.

avatar

jgn buat hal bro..nak suh bini aku hambat dengan parang ke?..hahahaha

avatar

sokong tu..tetapi sekurang2nya kita ada usaha disitu..hu3

avatar

risiko ini sememangnya permainan hiduo bro...

avatar

faktor-faktor yang begitu dekat dengan kehidupan kita..memang jelas kebenarannya.

p/s : jangan lupa untuk singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]

avatar

Assalam. Ya. Adakalanya sehingga gagal untuk menerima kegagalan. Kerana di sebalik , sudi menerima kegagalan adalah kejayaan.

avatar

berani gagal :)

avatar

Saya jadi ingat beberapa pepatah motivasi tentang kegagalan
Kegagalan adalah awal dari keberhasilan
Kegagalan adalah keberhasilan yang tertunda

avatar

gagal yang paling gagal adalah gagal bangkit selepas gagal ..

avatar

cuba dulu... gagal2 jugak... tapi janganlah asik gagal jer.. mesti cari faktor kegagalan tuh..

avatar

saya
ada exam sejarah . tp sya takut nak buat . sbab ape yg sye blaja smua
tak dapat nak masuk . mak ayah ckap tak leh gagal , lg pun sejarah
subject pnting . sya takut takleh jwb dlam exam .

avatar
patrick-AT on
Reply delete

fail to plan is planning to fail.

avatar

Berani untuk gagal adalah salah satu semangat juang yang kuat. Perlu bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

3 faktor ini membenarkan untuk kita gagal segala-galanya.

Terima kasih kongsi info ini.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.