blogger lelaki logo

10 Soalan Tentang Lelaki

19 Komen
Apa ni main-main tanya soalan ni, ingat SPM ke ni. Nampaknya ada kekusutan berlaku di dalam minda wanita dengan mengajukan soalan sebegini. Tak salah nak bertanya kan, malu bertanya sesat jalan. Ini dia ada 10 soalan tentang lelaki yang diajukan oleh Liza Izara di blognya. 

10 Soalan Tentang Lelaki


1. Kenapa lelaki handsome lambat kahwin ?
- Sebenarnya aku dah buat pasal artikel lelaki kahiiwin lambat ni. Malas aku nak cerita panjang korang boleh terjah entri aku yang bertajuk Lelaki Kahwin Lambat.

2. Kenapa lelaki yang handsome selalu dapat wanita yang kurang cantik?
- Cantik tu sebenarnya subjektif, cantik bagi orang lain mungkin tak cantik bagi kita. Apa-apa pun yang paling penting biarlah cantik dalaman yer. Lagi satu kalau cari wanita yang cantik, susah nak jaga nanti jadi tarikan lelaki lain duk usha..hahaha

3. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan yang free hair dan seksi tapi bila memilih isteri nak isteri yang tutup aurat dan bertudung?
- Ops..itu dah dikira si mata keranjang, tapi aku tak nafikanlah memang ada lelaki yang macam ini. Terlalu menurut nafsu syahwatnya. Akan tetapi bila kita nak pilih isteri tentulah kita nak yang menutup aurat, seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah itu penyejuk mata, perhiasan lelaki muslim. Tetapi lelaki ini tetap setia. Percayalah.

4. Kenapa orang lelaki bila dah menipu dia nak menipu lagi? (ibarat tak serik-serik)
- Wei sapa tu, kasi tau aku..kuat menipu betul la...ini dah termasuk di dalam kategori sikap yang tak reti nak insaf. Kira menipu ni dah jadi darah daging dia, kalau tak menipu tak sah dalam hidup dia, orang selalu gelaran mereka ni "kaki kencing'. Tapi tak semua lelaki bersikap bergini kan...

5. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan lain, walaupun isteri kat sebelah?
- Erk..kantoi la tu...jangan salah faham mungkin si lelaki itu nak usha keadaan sekeliling, manalah tau kan ada peragut ke, ada marabahaya ke..untuk keselamatan isteri jugak tu. Mungkin itu cuam sekilas pandangan je kot, tapi waniat pun ada juga kan kalau ada lelaki ensem melintas, mesti terpandang jugak kan..hehehe

6. Kenapa orang lelaki rumah tak kisah bersepah macamana pun tapi, bab kereta nak kemas selalu?
- Kalau bab kereta, ramai yang tau kan. kereta itu ibarat bini nombor dua beb. Walaupun kereta lama, tapi body kena jaga ala-ala Che Ta gitu

7. Kenapa orang lelaki bila dah tak ada duit tapi masih boleh relax lagi?
- Kerana kita tahu, rezeki ada dimana-mana. bukan bermakna muka wat relax, tapi di dalam otak tengah duk fikir mana lubang nak cari duit tu.

8. Kenapa orang lelaki susah nak kawal marah?
-  Hmmm..itu sikap orang panas baran sebenarnya, tak boleh nak tuju kepada lelaki ke..wanita pun ada baran nya jugak kan. Orang yang panas baran ini, mungkin kurang sikit tahap kesabarannya, silap sikit je teruas nak marah.

9. Kenapa orang lelaki lebih suka bercerita masalah mereka dengan kaum sejenis mereka daripada menceritakan pada kawan perempuan mereka?  (walaupun hal tersebut berkaitan dengan perempuan)
- Hanya orang lelaki yang faham jiwa lelaki, wanita pun macam tu jugak kan?..ni jawapan ke soalan..hmmm

10. Kenapa lelaki tak suka fikir sesuatu hal tu dengan berpanjangan?
- Eh..mana ada..mungkin orang yang tak fikir panjang tu masih belum matang lagi, boleh baca sini bab lelaki lambat matang.

19 Komen untuk "10 Soalan Tentang Lelaki"

avatar

nasib baik dah ada jawapan...baru nak test tnye en.husband,..

avatar

try r tanya mana tau dia ada jawpan lain..hahaha

avatar

semua soalan tu menampilkan ciri-ciri dan karakter lelaki secara umum kan..?pendek kata, kalau dah namanya lelaki, pusing sini sana, lebih kurang jugak peel nya..:)

avatar

erk..macam gitu plak..hahaha

avatar

jawapannya pun subjektif sebenarnya.. tak semua lelaki begitu..

avatar

Perempuan suka la ni baca entri macam ni.

avatar

Hahaha..artikel yang menarik untuk dibaca...

avatar

haha nasib baik aku tak tergolong macam ni..

avatar

aku rasa sifat2 ni adalah diri kucha lana sendiri la... hehehe.. kantoi.. ooo suka tgk yg free hair ehh..

avatar

tu lelaki sahaja pompuan mana pi?

avatar

alah lelaki mesti dia menang kalu bab bagi soalan mana nak mengaku kalah ego biasalah tu..pi mana2 sebelum keluar umh mesti nak belek rambut citt..

avatar

banyak betulnyalah bro.... ada yang buat perempuan boleh mengaum...hee

avatar

wah! menarik sungguh soal jawap ini.

avatar

Memang 99% betul. Lelaki handsome bila kawin mesti dpt bini hodoh.....kenyataan yang tak boleh di sangkal.

avatar

haha..kan..baru-baru ni tembelang bf sye dah pecah..kitorg kawan dah lebih suku abad.bru sekarang tawu dia ni kaki kencing, mata keranjang..haha dugaan dapat bf mcm nie..bakal suami?xtawu la patut ke x..haha

avatar

menarik!! lepas ni kena buat soalan utk pmpuan plak..tp sy rasa kalu soalan pmpuan, 10 ni x cukup...haaa,100 ok kot..

avatar

Betul3 ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

avatar

Betul3 ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.