blogger lelaki logo

Wahai Lelaki Jom Bakar Lemak

3 Komen
Nak kempiskan perut, nak turunkan berat badan, nak adi kurus, jadi kita kena membakar lemak. Memang kita perlu bersenam. Tapi gaya permakanan kita juga memainkan peranan penting. Jadi jika mahu sukses dalam usaha kita kempiskan perut buncit, jom kita makan makanan yang boleh membakar lemak.

cara membakar lemak perut dengan cepat


Nak bakar lemak ini sebenarnya ada formulanya. Kita tidak boleh main sebarang je bersenam dan makan. Kalau silap langkah, semua usaha kita sia-sia sahaja. Buat penat je bang. Mungkin korang dah penignkan sebab ada formula ni bagai. Rilek brader, meh sini BL terangkan. Tak susah pun.


Cara mengira keperluan kalori anda dalam sehari:



BMR X (kadar aktiviti anda)= keperluan kalorisehari
kadar aktiviti seperti di bawah:
BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)
BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
< BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)
atau kira di sini : http://www.calculator.net/calorie-calculator.html#
cth saya : 1647.3 X 1.55 = 2553.3 kalori sehari

Sekiranya kita makan makanan dengan total kalori lebih besar per/day drp keperluan kalori seharian maka kita semakin GEMUK!

Sekarang jom kita lihat pula jenis-jenis makanan yang boleh menbantu membakar lemak-lemak degil kita tu.


Antara 7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak dengan cepat:-

1. Putih telur

putih telur membakar lemak

Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi


2. Bawang putih/merah

bawang putih dan bawang merah membakar lemak

Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang

3. Tomato

tomato membakar lemak

Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet

4. Lada

lada membakar lemak

Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak

5. Anggur

anggur membakar lemak

Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang

6. Lobak merah

lobak merah membakar lemak

Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak

7. Timun

timun membakar lemak

Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik

Semua makanan ini senang didapati, apalagi jomlah kita sama-sama amalkan. Semoga kita semua akan membakar lemak dengan lebih efektif lagi..hahaha

3 Komen untuk "Wahai Lelaki Jom Bakar Lemak"

avatar

selamat berdiet!heheeh..actually makan sayur n buah byk je..:)lelaki kan sng nak g exercise, cm nak tak nak je kan..ehehe..same je dgn prmpuan pun..hehe

avatar

hu3..diet la sgt kan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.