blogger lelaki logo

Proton Suprima S Spec : Mampukah Ubah Perspeksi Rakyat

Sila Komen
Proton Suprima S baru dilancarkan oleh Proton. Dengan model hatchback yang garang, dapatkah menambat hati pemuda Malaysia untuk membelinya. Namum jangan dilupa apa yang sering orang perkatakan pasal Proton, KUALITI. Diharap dengan keluaran terbaru ini, kualitinya setanding dengan harganya juga.

Walapun begitu pada diawal penlancaran Proton Suprima S ini, ada ramai juga yang komen pasal nama 'Suprima', namanya agak kureng hangat. Siapalah yang pilih nama nie? Tapi tak mengapa, itu perkara kecik je. Mari kita pergi tengok bahagian yang lebih penting pasal kereta ini.

Proton Suprima S Spec

Harga Suprima S

Ini soal pertama sekali yang orang akan tanya bila nak beli kereta. Dan yang penting juga adalah harganya setanding dengan kualitinya. Biar seiring sejalan brader.

Harga Suprima S adalah seperti beikut :-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Kuasa Enjin Suprima S

Suprima S dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Variable Transmission (CVT), Tujuh Kelajuan Automatik. Kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 rpm dan maksimum Torque 205 Nm pada 2,000-4,000 rpm, ini memberikan kuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Rekaan Luaran Suprima S

Model Suprima S ini, secara dasarnya adalah Proton Preve dalam versi hatchback. Rupa bahagian depan Suprima S dah sebijik macam Proton Preve, namum reka bentuknya boleh tahan la, lawa juga. Namum untuk rekaan bahagian belakang Suprima S, ramai yang menberikan komen negatif. Reka bentuk lampu belakang agak kurang menyerlah.

Rekaan Dalaman Suprima S

Secara jujurnya, rekaan ruang dalaman Suprima S ini nampak kosong, dan kurang menarik. Namum, ciri-ciri khas yang dimuatkan agak canggih dengan WIFI, 7 inci LCD dengan pemain DVD, 4-6 speaker berdasarkan model dan siap ada Android.

Ciri-Ciri Keselamatan Suprima S

Model Suprima S kali ini agak menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan. Ada 6 beg udara, Anti-trap Power Window (sebelah pemandu sahaja), Sistem Anti Kekunci membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), untuk model premium ada Park Assist dan Kamera undur. Dan juga Suprima S mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.

Kawalan Pemaduan Suprima S

Jika kita dengar dalam iklan dan promosi, menyatakan bahawa memandu Suprima S sama seperti memandu kereta Volkswagen. Kalau nak tahu betul atau tidak, kita kena test drive sendirilah.

Itu sahajalah penelitian Blogger Lelaki pasal kereta ini. Apa pula pandangan anda pasal Proton Suprima S ini. Dah ada yang pergi test drive ke, kalau ada berilah komen sikit.

0 Komen untuk "Proton Suprima S Spec : Mampukah Ubah Perspeksi Rakyat"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.