blogger lelaki logo

Lelaki Lambat Matang

12 Komen
Lelaki lambat matang, itu sering kita dengar dari mulut-mulut orang, lebih-lebih lagi daripada kaum wanita. Betul ke fakta ini, atapun auta semata-mata nak merendahkan marbat dan kehenseman para lelaki. Jangan bimbang dan gusar lelaki diluar sana, Blogger Lelaki akan merungkai topik ini. Kita tunjukkan kelelakian kita kepada dunia nan fana ini.

Apa makna matang sebenarnya, kita main sebut je tapi tak tahu apakah maksud disebalik perkataan ‘matang’ atau dalam bahasa omputihnya matured. What it means? Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

mandi sungai
Gambar kredit to PhotoMalaysia.

Aku masih ingat masa darjah 6 sekolah rendah dulu. Aku masih lagi suka mandi sungai dan bermain-main tanpa rasa malu (Choi! aku pakai seluar okey), sedangkan kawan aku yang perempuan, yang selalu bermain dan lepak dengan aku sejak dari kecil sudah pandai rasa malu, tak mahu dah dia mandi sungai dengan aku.

Aku masih terkontang kanting, dia dah pandai nak bercinta bagai. Aku masih still buat kepala gila-gila aku, cinta pun aku tak tahu, apekendenye tu. Bila dah start naik tingkatan, sekolah menengah. Persahabatan kami jadi bagai langit dan bumi. Kami dah tak melepak bersama di tepi sungai macam dulu-dulu. Aku kehilangan seorang kawan.L

Bagi aku untuk seseorang itu jadi matang, kita kena tengok persekitaran kita. Dengan siapa kita berkawan, kalau kita berkawan dengan orang yang lebih berusia daripada kita, kita akan terikut cara mereka itu. Mungkin perbualan kita dah gaya macam orang tua bercakap.

Faktor yang penting, bagi aku adalah pengalaman bak kata lagu ‘pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran’. Pengalamanlah sahabat sejati hidup kita. Susah senang, jatuh bangun, pengalaman yang banyak mengajar kita. Itupun kalau kita belajar daripada kesilapan dan berfikir secara positif. Walaupun lelaki lambat matangnya, tetapi mereka akan matang suatu hari nanti, apabila sudah ketemu arah tujuan dan sudah tetap matlamatnya.

Ia boleh juga disebutkan sebagai mengalas tanggungjawab. Apabila lelaki sudah mula memikirkan soal tanggungjawab, mereka akan semakin matang. Bukan sahaja bab kahwin baru kita nak bertanggungjawab, tapi apabila kita rasa bertanggungjawab untuk membantu ibubapa kita, menolong keluarga kita. Kita akan membentuk kematangan kita dari rasa tanggungjawab tadi. Kita akan lebih matang di dalam sesuatu urusan.

Menilai kematangan seseorang itu sangat subjektif, ia tidak boleh dikira dengan usia, ada orang yang lebih muda tetapi pemikirannya lebih matang dari mereka yang lebih tua. Semuanya bergantung kepada diri masing-masing, persekitaran, pergaulan, pendidikan, cara didikan semasa kecil dan bergantung kepada pengalaman individu.

Memang penting untuk lelaki menjadi matang, sebab apabila kita kahwin, orang lelaki kena jadi ketua keluarga. Kita kena uruskan sendiri rumahtangga kita, membuat keputusan penting untuk keluarga kita. Tapi kepada para wanita yang dapat suami tak berapa nak matang, jangan risau, kena tolonglah suami awak tu, jika dia tak tahu buat keputusan, berbincang dengan dia, dan bagi pendapat. Lama-lama jadi matanglah suami awak tu. Kalau tak matang-matang jugak, jangan bagi dia masuk bilik..hahaha.

Namum begitu, senang cerita lah, walaupun sematang mana si lelaki ini, mereka tetap ada permainan yang mereka suka. Yang ini tak kira dah kahwin ke, dah ada anak ke, permainan yang mereka minat tetap akan diteruskan juga, aku lebih suka panggil ianya ‘hobi’. Ada sesetengah orang suka main kereta, suka bela burung, ada yang suka memancing, yang suka menburu pun ada, suka main bola, yang suka main game juga ada dan macam-macamlah.  Jangan nak dihalang, biakan mereka puas dengan permainan mereka dahulu, sampai masa berhentilah si lelaki dengan permainannya tu.

12 Komen untuk "Lelaki Lambat Matang"

avatar

matang tak matang muja tak kisah lagi, bab yang lelaki banyak menyerah pada perempuan yang makin membimbangkan. sebenarnya, girls lagi suka lelaki yang sayang dan ego dalam satu pakej. nak cakap camne ek,,, camni kot,, lelaki yang kalau kita tanya, dye boleh jawab. kalau kita buat dia cemburu, dia rational and tak nangis meraung-raung. kalau kita acah nak tinggal dia cool but tried to fix the problems and tak melatah sampai nak bunuh diri bagai. kalau ada yang tak kena dia marah,, things like that.. i dont know,, hahaha

avatar

kalau bab sampai nak bunuh diri tu, memang tak matang r dia...lelaki ni memang ego..tapi itulah senjata lelaki kan

avatar

wah!!matang itu sesuatu yang subjektif. . :) semua lelaki mesti ada sifat bertanggungjawab yang akan membuktikan mereka matang :)

avatar

Iya lah...cara org tu matang, tempoh masa seseorang itu menuju kematangan berbeza2...

avatar

tapi bila kawin, matang tu datang sndri kot..even tak sematang perempuan sekurangnya faham tanggungjawab.:)

avatar

hahaha agree with u... saya pon suka lelaki yang berpewatakkan seperti yang diatas.. cool.. dia tahu bila masa dia nak nasihat kita,tegur kita..bergurau dengan kita.. at the same time he could be like father,brother,lover and our bestfriend.. yang penting..tak over dan gedik hahahaha.

avatar

sy ada 1 mslh,dlu akui mmg sy penah curang..dia pon pnh curang..
tp lepas bbincang kami berpakat utk bsama smula krn tdk terlanjur yg idak2..
mslh skrg ni sy sudah tglkn segala2nya spt,melepak ngn kwn2(jarang sgt la,ada jgk),dah x ada social network spt fb,tweet sgala tu la..sy akui sy dah mmg xda mnt kt pompuan lain,apa lg nk jd ramah..tp mslhnya gf sy asyik mikir bukan2 je,lama kelamaan sy dh x thn sy tinggikn suara,dia ckp puncanya slh sy yg dlu..dia pn buat slh dlu..smp skg sy xpnh ungkit..sy ni jnis x suka menipu pkara yg besar2 sprt jumpa pompuan,ctc ppuan..sy hny menipu tentang hobi sy je..p mincing x tpu la,cuma beli brg2 pancing je tpu..tpu kcik lama2 jd besar,tp sy x..sy blh pk lg..tp gf sy asyik pk bkn2 la pasal sy..dlu sy ckit pn x pnh marah dia,tp smp skg ni sy dah xmampu nk thn,asyk nk marah je dia,..kdg2 apa yg kua dr mulut dia tu rasa mcm panas je..sdangkn sy dah x buat ape2 lg..sy hny lyn hobi pancing..tu pon di pk bkn2 lg..sy tny dia nk sy berubah mcm mana lg? dia ckp control baran tu..sy dah control dah belembut n xnk gaduh,dlm pd masa yg sama dia asyk tny2 bab pompuan la,dia igt sy tipu la..bila sy bengang n marah,dia ckp sy x boleh kawal marah...sedangkn sy dah mintak,kalo xnk sy marah jgn asyk pk bkn2 n asyk sebut pasal pompuan aje..sy ni bkn kaki pompuan ok! bila kerap mcm tu,dia ckp puas dh dia bg peluang,tp sy ttp baran...padahal dia yg xpnh ikut ape sy mintk kalo xnk baran..bila mcm tu dia slhkn slh lama sy lg..mst la sy baran..sy ckp xkan sampai ke tua nk slhkn lg..sy x hadap peluang bekali2 dia bg,tp bg ruang kt sy utk belembut...time belembut,ada je dia mcm xpuas ht..mst dia kata sy ada smbunyi apa2..sy akui sy sgt penat dh..xtau nk buat mcm mana..sy dh nk bertunang..mak bapak makin tny bila tarikhnya..tp skg dh 3 taun kami teruskn kehidupan porak peranda ni..bila sy mntk putus dia meroyan2 nk langgar lori la,nk bunuh diri la..sy mntk putus sbb sy ckp sy x mampu nk bahagiakn dia kalo dia dh hr2 komplen kt sy je..pdhl sy x buat pape..sy marah ada sbb,tp di provoke lg,mula la sy smp tahap maki2..dia pn slalu jgk maki sy..dan dia penah telan Clorox 2 kali..sy mntk putus byk kali dh,sy x sggup tgk dia tekanan mcm tu,sdgkn sy byk dh berubah utk dia..sy ajak dia berbincang dgn adanya org tgh supaya dpt menilai..tp dia x nk jgk..bak kata org,kami ni kira asyk betekak je la..byk kali dh sy mengalah,time mengalah makin panjang plk dia bercerita..penattttt...sy dh xmampu...3taun sy hidup mcm ni..mntk putus nt mcm2 dia buat...... =(

Lelaki mula matang bila dia keluar dari mode main2, :D kalau ada keadaan memaksa untuk jadi serius, lelaki akan jadi hero. :D

avatar

Awak solat istikharoh la, semoga Allah memberi petunjuk jalan keluar dari masalah ini. Banyakkan istighfar dan bersedekah..=)

avatar

nice tips. doakan sy matang ye. isteri suruh google cari macam mana nak jadi matang terjumpa blog ni..

avatar

kalau saya la, saya kurang minat lelaki ego��..saya lagi suka lelaki yang boleh kongsi semua masalah dia kat saya walaupun dia ada cerita pasal perempuan lain.bukan nak bagi peluang curang,cuma sekurangnya saya tau dia jujur dengan apa dia nak cakap dan apa ada dalam hati dia.dan paling penting sebenarnya,saya cuma nak dia rasa selesa bila nak bercerita atau meluahkan perasaan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.