blogger lelaki logo

Cara Syiah Masuk Ke Malaysia

5 Komen
Syiah Di Malaysia bukannya baru setahun dua. Mereka sebenarnya sudah mulai bertapak sejak sekian lama. Daripada rekod pemerhatian, mungkin penyusupan masuk ajaran Syiah ke Malaysia bermula pada tahun 1983, atau mungkin tahun-tahun sebelumnya lagi.

Cara Syiah Masuk Ke Malaysia

Sebuah akbar mingguan yang bertarikh 6/8/1983. Dimana ia telah melaporkan berita pasal sejumlah tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami Lil Hajji tajaan Iran di Dakka, Bangladesh pada 26-30 Jun 1983.

Ada laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang bertarikh 25/10/2013. Melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia termasuk 3 orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syiah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi kerumah-rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama 2 minggu dengan bantuan pihak tertentu.

Pergerakan mereka menyusup masuk ke Malaysia terus digiatkan dari tahun ke tahun. Sehingga 2/10/1987, sebuah mingguan Islam telah melaporkan bahawa Syiah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Sisipan akbar diatas sudah cukup untuk kita tahu, bahawa adanya gerakan terancang di dalam penyebaran Syiah Di Malaysia. Mereka bergerak secara senyap, dibawah tanah. Baru-baru ini sahaja, mereka begitu berani muncul dikhalayak ramai.

Jika kita baca artikel yang tersebar kini pasal Pelan Strategi 20 Tahun Syiah Malaysia. Apakah kita sudah terlambat untuk membuang racun ini. 

Cara mereka sungguh licik untuk menperdaya. Mereka serang daripada setiap penjuru, secara senyap tanpa kita sedari.


1. Mereka menyusup masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tnazim haraki seperti Pas, ABIM, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, berpura-pura dan niat untuk menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Selain itu mereka juga menyerap masuk ke dalam pertubuhan parti politik Ummat Islam seperti Umno, Pas, PKR dan lain-lain, untuk mencari pengaruh dan merekrut pengikut mereka.

3. Mereka juga menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, dengan menyamar dan menjual nama keluarga Rasulullah S.A.W sebelah Saidina Ali.

4. Mereka pergi lebih jauh dengan menyertai pertubuhan berbaiah seperti Pekida,Al-Ehsan, Batas, Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatannya.

5. Mereka bijak mengatur langkah, sebagai back up, mereka cuba gunakan kuasa dan pengaruh politik untuk melindungi mereka.

6. Untuk mengukuhkan lagi kekuatan Syiah di Malaysia, mereka menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut anggota polis dan tentera agar masuk Syiah.

Ada banyak lagi korang pelan perancangan mereka bolehlah baca artikel ini Pelan Strategi 20 Tahun Syiah Malaysia

Syiah

Semoga kemenangan berpihak kepada kebenaran. Satu-persatu tipudaya Syiah sudah dibuka. Kini tinggal hanya kita untuk perangi Syiah habis-habisan, agar musnah semua ajaran Syiah Di Malaysia.

5 Komen untuk "Cara Syiah Masuk Ke Malaysia"

avatar

sy ada tgk salah satu video kat utube..m not sure they're really syiah or not but the way they perform solat were so differ from us. pelik. sedih betul org melayu ni.hmm

avatar

solat yg duk kipas2 tangan tu ke..itulah cara syiah solat

avatar

Dah org atas sendiri jd talibarutnya... No wonderlah syiah berleluasa... Mcm tu gak Yahudi... Ala apa nak hairan... Politik Malaysia memang memenangi Syiah dan Yahudi...

avatar

Pilak tu, org² politik asyik bercakaran sesama sendiri tk pernah nak bersatu hati. Lagilah mudah benda² sesat begini mudah menyerap... Semua nak dipolitikkan sekarang ni. Ada je isu, semua kaitkan dgn politik. Tidak akan redha Yahidi dan Nasrani, hingga umat Islam mengikuy tatacara hidup mereka. Nah,sekarang lihat apa sudah jadi dgn Malaysia?

Trm kasih buat entri ini. Sebab saya tidak berminat buat isu² yg berkaitan dgn politik. Nnt lg pedas kenyataan yg sy buat. Silap hr bulan sy pula kna kena banned

avatar

syiah dan yahudi mmg satu...lihat di youtube. ulama sunnah sendiri mengesahkannya. sayang, ahli sunnah di iraq disembelih olh syiah dan kita pula diharamkan membantu. renungkanlah....arab saudi tlh terkepung olh negara aliran syiah, jgn smpi ianya tewas dittangan syiah dan ketika itu bagaimans pula mereka meletakkan syarat dan hukum mereka jika kita mahu mengerjakan haji...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.