blogger lelaki logo

Bismillahirahmanirrahim

3 Komen
Dengan lafaz suci Bismillah. Aku mulakan bicara diblog ini, Blogger Lelaki. Salam perkenalan dari aku, izinkan aku nanti untuk mencoret dan menconteng ayat di blog ini untuk tatapan semua. Apa yang menjadi harapan aku adalah penulisan di blog ini akan bermanfaat kepada semua.

Terlalu jauh lagi perjalanan aku bersama blog baru aku ini. Jadi segala tunjuk ajar daripada blogger-blogger otai amat diperlukan, untuk aku memajukan diri lagi di dalam dunia blogging.

Apabila kita sebut pasal blog, pasti kita tidak lari dari bercerita pasal 'Niche'. Apa ya niche untuk blogger lelaki ini. Dalam perancangan awal aku, blog ini aku ingin isikan dengan artikel yang bermanfaat seperti petua dan tip untuk para lelaki dan wanita, kiranya blog ini adalah untuk semua peringkat. Mungkin bermacam-macam tips dan panduan akan aku cuba selitkan nanti.

Aku sebenarnya tidak mahu terlalu terikat dengan Niche dan keyword tertentu. Walaupun begitu bukan aku tidak menekankan teknik SEO di dalam blog aku, tapi aku akan cuba meneutralkan teknik SEO di dalam setiap artikel aku ini. Biar orang ramai boleh baca, bukan untuk robot sahaja yang baca blog aku.

Walaupun aku menggunakan nama Blogger Lelaki, bukan bermakna aku akan pinggirkan para wanita hebat di luar sana. Aku akan seimbangkan antara lelaki dan wanita. Jadi marilah para lelaki dan wanita untuk bergandingan bersama Blogger Lelaki.

Kelebihan Ungkapan Bismillah.

Biasakan diri kita untuk membaca Bismillah di setiap kali awal perbuatan kita. Itu Sunnah nabi. Ada banyak kelebihannya yang akan kita dapat.

Kelebihan Bismillah


Bismillahirahmanirrahim
Maknanya :“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

1. Kita akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

2. Jika kita amalkan membaca bismillah 21 kali sebelum tidur, kita akan aman dan bebas daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3. Apabila kita membaca bismillah 19 kali ketika kita bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, insyallah dia akan menjadi lembut.

4. Amalkan selalu membaca bismillah setiap kali sebelum kita masuk rumah, isnyallah kita akan mendapat kebahagian dalam rumahtangga.

5. Kita juga boleh mengubati penyakit, dengan membaca bismillah sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada tempat sakit selama 3 hari berturut-turut, insyallah penyakit akan sembuh.

6. Yang ini jangan dilupa juga kepada semua lelaki yang bergelar suami. Baca bismillah sebelum jimak, maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya untuk menjadi anak yang soleh.

7. Jika kita mahukan hajat kita dikabulkan oleh ALLAH S.W.T, kita hendaklah membaca bismilllah selepas selesai solat asar pada hari jumaat di dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam. Kemudian bermohonlah kepada ALLAH S.W.T mengenai hajay yang kita minta, Insyallah permintaan kita akan dikabulkan oleh ALLAH S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan dan khasiat Bismillah. nanti korang bolehlah google sendiri nanti.

Sekian dahulu daripada Blogger Lelaki, Terima Kasih.

3 Komen untuk "Bismillahirahmanirrahim"

avatar

Dimulai dengan Nama Allah SWT semoga blog kitam mebawa kebaikan kepada orang lain dan terutama diri sendiri

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.